Friday, September 3, 2010

Respon Dari Blog Ustaz Kepada Komen Tabuan

Anda boleh baca di sini..(.komen saya) dan jawapan di sini...
Saya ucapakan terima kasih kepada Ustaz Misbah atas respon ini..

Monday, June 21, 2010

Anak Batu Kurau Pulang Lah Menabur Jasa

Ramai yang berkata kepada saya 'kritik memang senang tetapi cuba buat tengok". "Hang dok kat luar boleh la kami duduk dalam kami tahu la". Saya menerima apa yang mereka kata kepada saya. Pada saya, saya akan terus juga mengkritik dan mengatakan apa sahaja yang terbuku di hati saya. Saya tiada kepenting apa pon, saya tidak mendapat bayaran satu sen pon daripada mana-mana pihak. Saya juga tidak mendapat sebarang projek, sebarang tender, samada tender kantin sekolah, atau pon tender kambus parit tali air.

Saya cuma mahu melihat Batu Kurau tidak ketinggalan dari arus pembangunan negara. Saya juga tidak mahu melihat orang kampung saya di perbodohkan. Saya sangat sedih kalau saya mengetahui nya.

Saya melihat ramai anak wwarga Batu Kurau yang merantau di luar, ramai yang berjaya. Setahun sekali atau dua kali mereka akan pulang ke Batu Kurau. Biasa nya bila tiba musim perayaan atau pon durian che dema berbuah-buah (durian tok wan mereka berbuah).
Saya boleh melihat keramaian orang Batu Kurau di perantauan bila tiba hari Hari Raya dan hari raya tersebut jatuh hari rabu dan pada hari Selasa jalan akan jam dengan teruk sekali.

Bagi saya ini adalah satu kejayaan orang Batu Kurau, kejayaan dalam menghasilkan modal insan. Modal insan yang mengembeleng tenaga membangunkan negara.

Saya terfikir untuk mengajak anak-anak Batu Kurau yang berjaya di perantauan supaya kita balik membangunkan tempat kita. Kita curahkan idea dan sebagainya untuk membantu membangunkan tempat kita.

Monday, May 24, 2010

Judi ekor, judi bola dan kedai ekor haram

1. Kerajaan sudah bagi lesen judi bola kepada Berjaya Group walaupon akhbar "Utusan Melayu" tak tulis di muka depan sebagaimana Zaid Ibrahim ada kuda lumba.

2. Lesen judi 'bola' ini di berikan dengan harapan kerajaan dapat lah mengutip sedikit cukai selain membenteras kegiatan judi tidak berlesen.

3. Sebenarnya belambak @ banyak kedai judi haram, kalau orang Kelantan kata negeri dia tak dok kedai nombor ekor, tetapi sebenarnya banyak kedai nombor ekor haram . Begitu juga Terengganu...cuba siasat kalau tak percaya.

4. Di Batu Kurau tempat yang mejority nya Melayu islam pon ada kedai nombor ekor haram. Satu dekat kedai basikal jalan nak masuk pekan Selasa dan satu lagi di Jelai, tepi kedai jual ikan...pintu warna kuning. Saya tak pasti di ijok, selama, kubu gajah..

5. Kalau kerajaan menghapuskan terus judi nombor ekor, magnum, kuda, toto, kedai judi haram ini tetap wujud. Mereka akan gunakan keputusan nombor singapura pula untuk pertaruhan.

6. Dengan kewujudan kecangihan internet adalah sukar untuk kerajaan membendung kegiatan judi bola ini. Setiap tahun, terutama musim world cup begitu banyak wang negara mengalir keluar melalui pertaruhan melalui internet.

7. Judi tetap haram, kerajaan tidak menghalalkan yang haram. Tetapi hanya memberi lesen untuk kerajaan mengawal nya.

8. Duit cukai hasil kutip daripada judi menjadi wang yang di satukan dan hanya PM sahaja boleh gunakan untuk rumah-rumah ibadat orang bukan islam.

9. Kita perlu menyiasat dari mana DAP sekutu kuat PAS/PKR ini mendapat duit. Ada sumber mengatakan salah satu sumber pendapatan terbesar bagi parti DAP adalah dari judi/arak/ rumah urut yang tak berlesen. Mohon siasat

10. Untuk menghalang orang islam daripada mengunjungi dan membeli nombor ini, adalah elok kerajaan mensyaratkan setiap premis meletakan pengawal yang akan menghalau org islam membeli dan jika ada org islam yang membeli denda boleh di kenakan kepada premis yg menjual..

Tuesday, May 18, 2010

Ulasan : Geran Tanah & Dusun Durian Org Batu Kurau..

Apabila saya menulis tentang banyaknya tanah Dusun Durian orang Batu Kurau Masih belum dapat Geran, sangat banyak SMS yang masuk ke Handphone saya. Ramai yang menyokung dan ada sorang dua yang baca pakai kaki dan fikir pakai kepala lutut yang mempertikaikan tulisan saya. Saya ucapakan Terima Kasih. (siapa belum baca sila klik sini )

Salah satu SMS yang menyentuh hati dan perasaan saya ialah bukan sahaja geran tanah dusun durian yang belum dapat tetapi masih ramai penduduk Kampung Kelian dalam DUN Kubu Gajah di bawah YB Raja Ahmad yang masih belum dapat Geran Tanah Tersebut.

Geran Tanah rumah mereka masih belum dapat walaupon tok nenek mereka sudah bermaustautin di situ hampir 100 tahun. Mungkin pekara ini perlu di siasat samada betul atau tidak.

Saya sebenarnya tak berapa suka sangat nak masuk Kampung Kelian, ini kerana jalan masuk kampung tersebut yang sangat sempit. Kalau masuk dengan motor is ok. Tetapi kalau masuk dengan kereta dan kereta tersebut perlu pulak selisih, keadaan sangat sukar...

Saya tidak tahu bila jalan ini akan di lebarkan. Pernah saya adukan pekara ini kepada YB Raja Ahmad di melalui blog beliau. Jawabpan nya kerana orang kampung tak mahu bagi tanah mereka untuk buat jalan.

Saya fikir itu bukan jawabpan yang bijak, kalau alasan ini digunakan sudah pasti kerajaan tidak boleh membuat pembangunan, sudah pasti terbantut segala projek kerajaan. Saya bertanya mengapa kerajaan tak bayar kepada tuan tanah tersebut, bayar untuk mengambil sekaki atau dua kaki dari jalan sedia ada, saya yakin orang kampung akan bagi. Mengapa kerajaan ambik tanah cina dalam pekan boleh bayar. Kekadang tu tanah tersebut bukan pon tanah cina tapi tanah rizab kerajaan, tetapi kerajaan tetap bayar pampasan. Kepada orang cina boleh bayar mengapa kepada orang Melayu tak boleh.

Ada juga sms yang memberitahu bahawa tanah dusun durian tersebut sudah pon di ukur dan orang kampung sekrang sedang membayar premium. Apabila sudah proses di pejabat tanah geran akan di bagi.

Saya rasa pekara ini sudah lama, sudah lama saya dengar cerita ini. Persoalan nya mengapa lama sangat. Mengapa Datuk Ir Hj Nizar jadi MB tak sampai setahun sudah mampu bagi geran dan juga menyambung tempoh pajakan 999 tahun kepada kampung baru dan juga kampung baru coldstream. Mengapa UMNO/BN yang sudah 51 tahun memerintah tak mampu bagi geran...kepada orang Melayu yang terus-terusan menyokong mereka..

Monday, May 17, 2010

PRK Sibu : Lesen Judi Bola Membawa Petaka Kepada BN

Kelulusan lesen judi bola oleh kerajaan BN kepada Berjaya Group ternyata membawa petaka yang amat besar kepada Barisan Nasional. Bukan sahaja orang Melayu islam sahaja yang menolak BN tetapi juga semua kaum di Sibu menolak BN.

Sekiranya lesen judi bola ini di teruskan juga sudah pasti UMNO/BN juga akan di sepak oleh rakyat ke dalam tong taik dalam pru akan datang. Bukan sahaja rakyat Sarawak tapi seluruh rakyat Malaysia.

Masyarakat Malaysia bukan Masyarakat judi. ..

Wednesday, May 12, 2010

Bila Nak Bagi Geran Tanah Dusun Durian Orang Batu Kurau..

Sewaktu Datuk Seri Hj.Nizar masih bertahta di singahsana kuasa Negeri Perak beliau telah pon memberikan geran dan meyambung tempoh pajakan tanah bagi penduduk kampung baru selama 999 tahun.

Perbuatan beliau umpama berterima kasih kepada kaum cina yang mengundi DAP dan beliau di lantik menjadi Menteri Besar.
Pemberian geran tanah dan sambungan yang panjang bagi pajakan tanah telah berjaya memberi satu keyakinan dan kepercayaan yang amat kuat kepada kaum Cina untuk terus menyokong Pakatan Rakyat.

Mereka merasakan mereka mendapat lebih kuasa bila menyokong Pakatan Rakyat. Semua kehendak mereka akan di angguk oleh datuk Seri Nizar.
Namun tidak salah untuk Datuk Seri Nizar dalam hal ini, amat tidak salah kaum Cina yang menuntut dan mendapat apa yang di tuntut.

Datuk Seri Nizar membalas budi kaum Cina. Beliau boleh berada di anjung kuasa, beliau boleh bermalam di rumah menteri besar, beliau boleh memandu kereta Camry beliau juga boleh dapat "datuk Seri " ini adalah kerana undi kaum Cina. Tidak timbul soal beliau boneka atau wayang kulit yang mana tok dalang nya adalah Ngeh dan Nga. Beliau melaksankan tugas sebagai menteri Besar dengan baik, "siapa yang sokong aku maka aku berikan untuk nya".


Dalam situasi sempang peranang itu pon sebenarnya UMNO tidak kalah di negeri Perak, tetapi yang kalah ialah MCA, Gerakan, MIC dan PPP. Orang Melayu Negeri Perak tetap memberi harapan dan bergantung harap kepada UMNO. Walaupon UMNO itu sebuah parti yang tua tetapi kepercayaan orang Melayu kepada UMNo tidak pernah luntur.


Setelah berlaku nya lompatan adun sehingga membolehkan Barisan Nasional mengambil alih kuasa dan Datuk Seri Zamry dapat di nobatkan untuk berada di anjung kuasa, sebenarnya memberi kelegaan yang tak terhingga kepada umat Melayu Negeri Perak. Mereka merasakan sudah selamat, mereka merasakan bahawa negeri mereka tidak tergadai lagi. Mereka berasa amat selamat. Namun ini adalah peristiwa yang bakal di catat dalam buku sejarah, sejarah yang wajib untuk setiap warga menghayati dan mengingati nya.

Orang melayu dengan UMNO tidak boleh di pisahkan. Orang Melayu banyak bekorban untuk parti UMNO. Terutama mereka-mereka yang ortodoks UMNO. Hidup mati pon hanyalah dengan UMNO. Mereka meyokong dan terus menyokong... Kuasa Melayu sudah kembali kata mereka.

Maka mari kita lihat apakah pemimpin Melayu yang baru ini, yang kini berada di anjung kuasa, menggantikan datuk seri Nizar, sudah membalas budi orang Melayu yang menyokong nya seperti mana Datuk Seri Haji Nizar membalas budi kaum Cina.


Orang Melayu Batu Kurau yang sangat ortodoks menyukung UMNO, tidak pernah kalah lagi parti UMNO di Dun Batu Kurau. Orang Batu Kurau adalah penyumbang undi yang besar bagi menyelamtkan UMNO daerah Larut. Kalau tidak kerana undi DUN Batu Kurau sudah pasti rebah Datuk Hamzah (calon import ipoh timur) sebagai Ahli Parlimen Larut.

Apalah sangat boleh di harap dari undi DUN Kubu Gajah. Raja Ahmad pon sudah rebah nasib baik Mahkhamah menyebelahi beliau. Raja Ahmad menang 68 undi sahaja.
Namun apalah nasib orang Batu Kurau, lihat lah saja. Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zamry pon tak sudi melawat orang Batu Kurau. Tak sudi berqiamullai dengan orang Batu Kurau. Tidak berjanji untuk memodenkan pekan Batu Kurau seperti mana janjinya pada pekan Kubu Gajah.

Wahai orang Batu Kurau renung lah sedikit, tempat yang selalu kalah senang mendapat projek atau pon tempat yang sentiasa menang mudah mendapat projek.
Tengok Datuk Seri Dr.Zamry lebih menyayangi DUN Kubu Gajah, segala projek di janji kan disana. Lihat juga projek-projek untuk DUN Selama dan bandingkan dengan DUN Batu Kurau. Orang Batu Kurau sokong dan sorak saja lebih habuk pon tarak...

Apa yang mereka bawa untuk bawa untuk orang Batu Kurau, mereka bawa datuk Zahrin dan Fairus orang keluar PKR, untuk bercerita pasal jubur Anwar. Mereka tak bawa pemimpin yang berfikiran untuk memajukan Batu Kurau. Ternga-nga orang Batu Kurau dengar cerita pasal jubor...Apakah kisah jubor menjubori ini akan membawa pembangunan dan kemajuan untuk kita?

Lihatlah dusun-dusun durian kita. Dulu kita yang menebang rimba untuk bercucuk tanam. Berhuma, menanam jagung, menanam labu, menanam pisang menanam durian. Kita, tok nenek kita membesarkan kita dengan hasil daripada cucuk tanam inilah. Berapa banyak rimba kerajaan yang di tebang secara haram. Tanah di teroka, bukan kita mencuri balak, sama sekali bukan. Tetapi mencari sesuap nasi untuk membela anak bini.Kita memanjat bukit mencari rotan, mencari damar, mencari depu.

Usia kita menanam Durian lebih lama daripada usia penanam Sayur di kampung coldstream yang di anugerah geran dan pajakan 999 tahun oleh Hj Nizar. Namun lihat lah adakah kita di berikan geran oleh kerajaan yang kita sokong hari ini. Tiada habuk pon tarak...tunggu YB mati kut...

Tanah kita, kebun durian kita, kebun pisang kita masih belum dapat geran, sudah berapa lama kita menyokong UMNO. Sudah berapa lama kita berjuang untuk parti UMNO. Sudah berapa lama kita berkorban untuk UMNO. Yang kaya, yang senang, yang boroi hanyalah para pemimpin-pemimpin UMNO.

Kita jangan silap wahai orang kampung ku Batu Kurau, kita sanggup berlelah dengan perjuangan UMNO tetapi lihatlah mereka yang meraih kaya dengan UMNO, meraih pangkat darjat, harta, kekuasaan..lihat mereka..lihat Tan Sri Rafidah Aziz, lihat Syed hamid albar, lihat Azalina, lihat Shahril samad adakah mereka turun berkempen, berpenat lelah seperti kita bila mana mereka sudah tiada kepentingan... sudah tidak dapat apa-apa, lihat di hulu Selangor sudah... ada Rafidah Aziz turun berkempen.. ada Pak lah turun... nyata tiada..

Datuk Seri Hj Nizar membalas jasa kaum Cina kerana kaum cina memberikan beliau kuasa...Apakah Datuk Seri Zamry langsung tak pandai balas budi...percepatkan lah proses bagi geran tanah kepada orang kampung..

Perhatian!! Orang Batu Kurau ;Sabuah Highway Akan Di Bina Dari Ipoh Ke Selama

Semalam di bawah screen Tv sewaktu pembaca berita TV3 sedang membaca berita ada di tulis "Sebuah Lebuh Raya Akan Di Bina Dari Ipoh Ke Selama Perak/Kedah Dan Bersambung Dengan Lebuh Raya BKE Di Kulim". Berita ini tidak di baca tetapi hanya di tulis di bawah screen.

Tidak tahu sumber berita ini terpancul dari mulut menteri mana. Tidak di ketahui juga sama ada projek ini hanya angan-angan Pak Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar atau pon wakil rakyat kawasan tersebut.Tidak di ketahui juga sama ada projek ini di peringkat cadangan atau pon di peringkat perbincangan atau pon sedang menunggu kelulusan EPU. Mungkin sudah di luluskan oleh EPU dan sedang menunggu untuk melantik Consultans atau pon Contractor atau pon menunggu untuk di serah kepada syarikat konsensi untuk melaksanakan projek ini. Boleh juga di anggap cakap ahli politik untuk menyejukan hati rakyat. Tetapi adalah molek kita bersangka baik dalam hal ini.

Adalah tidak di ketahui bilakah projek ini akan di laksanakan, adakah dalam rancangan Malaysia ke-10? Pada fikiran saya mungkin projek ini tercetus bila Menteri Besar Perak Datuk Dr. Zamry ber Qiamullail di masjid Kubu Gajah. Beliau mungkin mendapat ilham sewaktu ini. Mungkin juga ilham ini tercetus bila beliau melihat deretan kedai di Kubu Gajah. Apakah kedai sebegini akan di persembahkan sehingga Malaysia berada di status Negara Maju. Apakah beliau akan rela melihat bangsa nya masih terperosok menaiki kereta sapu waktu itu. Alhamdulillah rahmat Allah sudah sampai...

Projek ini jika berjaya di laksanakan akan memberikan impak yang besar kepada ekonomi penduduk di kawasan ini terutama penduduk kawasan Larut Matang & Selama. Ini adalah kerana kawasan ini pasti nya akan terlibat secara langsung dengan projek ini.

Saya tidak pasti sama ada jalan ini akan menghubungkan Ipoh ke Kuala Kangsar ke Grik dan akan menghubungkan Ijok melalui sumpitan dan ke Selama Perak masuk ke Selama Kedah terus ikut sungai Ular dan keluar di Politeknik Kulim dan bersambung dengan lebuh raya Butterworth Kulim Ekspress Way (BKE). Namun sekiranya laluan tersebut sebegini maka banyak tempat akan turut merasai impak ekonomi. Ruang dan peluang ekonomi terbuka cerah. Banyak tempat pelancongan boleh di buka.

Namun untuk penduduk di sini berhati-hati lah dengan cukong dan hantu raya yang akan berkeliaran sekiranya projek ini akan di laksanakan. Cukong dan hantu raya ini akan bergerak masuk ke kampung-kampung untuk memujuk, mengumpan, membodek, dan menipu orang kampung untuk menjual tanah kepada mereka.

Tanah-tanah ini akan di beli dengan harga yang murah dan di jual dengan harga yang amat tinggi. Awas dan perhatikan lah sifat-sifat orang yang cuba mendekati anda samada mereka ini bersifat seperti hatu raya atau tidak. Jika anda tersilap langkah anda akan kerugian.

Melayu Tulen Kah Yang di Nobatkan.............................

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang sempena ulang tahun ke-64 Umno, menyifatkan anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau selama 40 tahun dalam dunia kewartawanan dan dunia politik yang singkat.

Beliau berkata kepimpinan Umno telah menjadikan hidupnya lebih berharga kerana memberi sesuatu yang tidak pernah dicita-citakan sebelum ini...............(pungut dari m/kini)

..Anugerah ini tak tenguk Kad Pengenalan ka....
..Pengadil tak check surat beranak ka....
..Atau pengadil sudah kena bodek...kahkah

Dapat pasal dulu kena ketuk ketampi kut.....kahkah
Dah 64 tahun tak lagi Melayu Tulen yang berjasa ka....

Tuesday, May 11, 2010

Menyambut Hari Tua UMNO Yang Ke-64

Hari ini adalah hari ulang tahun yang ke-64 penubuhan United Malayan Nation Organisation atau singkatan nya UMNO . Bertitik tolak dari penentangan Malayan Union dan turun nya bendera Union Jack maka Orang Melayu yang yakin boleh memerintah dan mentadbir urus Tanah Melayu dengan sendiri telah bersatu hati untuk menuntut kemerdekaan.

Kesedaran ini wujud setelah 450 tahun orang asing datang mentadbir dan mengaut hasil bumi di Tanah Melayu. Keyakinan ini lahir pon setelah pihak Jepun menyerang dan menawan Tanah Melayu...ohh rupanya orang putih ini tidak kuat rupanya, oh rupa nya orang putih ini tidak pandai...kesedaran yang lahir selepas perang dunia ke-2 ini lah yang mengheret perjuangan untuk menuntut kemerdekaan.

Setelah kemerdekaan ini di raih, penentangan golongan kiri yang amat dahsyat telah berjaya di uruskan. Banyak kemajuan untuk negara telah berjaya di kecapi walaupon banyak yang terpaksa di korbankan. Bukan sahaja askar Melayu yang di korbankan untuk menjaga perniagaan mereka tetapi juga nama Tanah Melayu di korbankan untuk menjaga hati kaum bukan Melayu. Begitu indah dan murah hati nya masyarakat Melayu.

Setelah 12 tahun merdeka rusuhan kaum pulak terjadi sehingga mengelamkan kapal layar yang menjadi cap bagi parti perikatan. Setelah tengelam nya kapal layar, maka ia di ganti dengan cap dacing. Semua masalah yang merumitkan ini berjaya di urus dengan baik.

Rakyat di berikan pendidikan di celikan dengan menghantar untuk belajar di luar negara, banyak universiti di tubuhkan. Ramai para peniaga Melayu di lahirkan. Orang Melayu yang ketika dulu tak pernah sebut atau kenal pon perkataan "Kontraktor' kini dengan lancar sekali menyebutnya,malah sikit-sikit hal pon mereka akan menyebut "quotation". Perkataan kontraktor kelas "F" tak lekang di bibir.

Inilah kejayaan negara ini yang di tadbir urus secara bersama dengan pelbagai kaum, dengan orang Melayu menjadi tonggak nya. Namun setelah 52 tahun merdeka dan 64 tahun usia parti Melayu UMNO yang berusaha membantu orang Melayu keluar melihat dunia kini parti ini semakin nazak.

Orang-orang muda Melayu akan terasa tua kalau memasuki parti UMNO. Terasa sangat tua kalau memasang bendera UMNO atau bercakap tentang parti UMNO. Orang muda sudah meluat dan membenci UMNO. Apakah kesalahan UMNO?

Apakah orang muda langsung tak menghargai jasa parti UMNO. Sebuah parti yang berjaya membawa keluar orang Melayu dari bawah tempurung. Apakah orang muda Melayu ini langsung tidak di kecapi oleh adat dan budaya Melayu yang sangat tahu berterima kasih?

Sebenarnya perjuangan UMNO sudah tidak lagi berlandaskan perjuangan tulen. Kalau dulu nenek moyang kita sangup bergolok gadai untuk perjuangan UMNO, sanggup melurut rantai di leher, sangup menjual lembu di kandang untuk membiyai perjuangan UMNO. Namun kini semua nya para pejuang yang kunun nya masuk UMNO untuk berjuang membela bangsa tetapi sangat ramai yang hanya bermuka-muka. Ini termasuk lah para pemimpin UMNO. Gila kuasa, gila pangkat, gila projek..semua nya gila.

Setelah Datuk Seri Najib mengambil alih anjung kuasa dan memperkenalkan slogan 1Malaysia, UMNO umpama sudah hilang punca. Hilang barang jualan, hilang barang dagangan. Pemuda UMNO menjadi kera duku, putri dan wanita hilang punca. Mengapa saya berkata bergini?

Ok mari kita lihat, tujuan asal penubuhan parti UMNO. Tujuan nya untuk membela, membantu, memperkasakan orang Melayu. Barang jualan UMNO ialah hidup Melayu, ketuanan Melayu...
Setiap kempen setiap masa mereka akan bersurah tentang hak-hak orang Melayu...Namun kini...

Setelah Slogan 1Malaysia di perkenalkan, lihat sahaja apa berlaku, pemuda UMNO sudah jadi kodomo lion, putri UMNO sudah jadi putri mandi, wanita UMNO sudah jadi sabun fab. Tuntutan dari bukan Melayu, serangan dari kaum bukan Melayu langsung tidak mampu di jawab oleh puak-puak ini, yang kununya nak menjaga semangat 1Malaysia. Tekas ucapan pon bertapis-tapis takut di label rasis oleh kaum bukan Melayu. Apa yang mereka lakukan ialah report polis itu pon setelah tuan presiden atau timbalan presiden buat kenyataan media mengenai puak-puak pembangkang, maka esok pagi berduyun-duyun lah para pemuda yang perut boroi ini akan pergi buat report di balai polis.

Ternyata sifat bodek dan mengampu ini tidak boleh di buang dari perut-perut boroi mereka ini.

Setelah 64 tahun usia tua UMNO, kerja UMNO, MatlamatUMNO, visiUMNO, misi UMNO wadah perjuangan UMNO semua nya sudah di ambil alih oleh PERKASA. Apakah UMNO akan di kuburkan dan di gantikan dengan parti 1Malaysia...sama-sama kita nantikan, jika dulu Tun Razak menubuhkan parti Barisan Nasional setelah tengelamnya kapal layar. Apakah anak nya akan berbuat begitu juga..

Monday, May 10, 2010

Friday, May 7, 2010

Ibu Kesah Mu Kesah Sedih..... kesah mu kesah sadis



PASIR PUTEH 6 Mei - Apa yang dipanggil rumah buat seorang ibu bersama sembilan orang anaknya berteduh di Kampung Kolam Tembesu di sini hanyalah sebuah bangsal, bekas kandang lembu.

Sudah lima bulan keluarga itu menetap di situ dan mereka tidak mempunyai pilihan lain biarpun terpaksa tinggal bersesak, tanpa kemudahan bekalan air bersih, malam yang diterangi pelita ayam dan basah bila hujan.

Seperti ibu-ibu yang lain, Rosnani Mamat, 38, mengimpikan anak-anaknya tinggal dalam keadaan sempurna tetapi nasib keluarganya tidak sebaik orang lain kerana himpitan kemiskinan dan diburukkan dengan konflik keluarga.

"Sebelum ini kami menumpang di rumah orang tua tidak jauh dari sini dan kemudiannya terpaksa berpindah, menjadikan keadaan lebih buruk," ujarnya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Bangsal seluas tiga meter persegi di tanah datuknya dibaiki dan diubahsuai menggunakan plastik tebal dan papan lama sebagai dinding (Baca Lagi)

Mu bacalah...bacalah..
Bacalah bagaimana lima bulan sudah berlalu....
Lima bulan....
lima bula dulu ..tika YB hulu Selangor pon masih belum Mati...
YB Sibu pon belum nazak......
Orang Felda Sg.Buaya masih belum dapat 50 ribu....


Sebuah kisah sedih...sebuah kisah sadis....
Kisah ibu yang mahu membela anak nya....
Kisah ibu yang tinggal dalam bangsal lembu...........

Aku tidak mahu menulis tentang ketuanan Melayu...
Aku juga tidak mahu bersurah tentang serambi Mekah, bumi tadahan wahyu, barisan kepimpinan Ulama..
Kerana Ku tahu Ibu ini pasti tidak akan mengerti....
Aku juga tidak mahu menulis tentang empat Juta...
Aku juga tidak mahu mengulas tentang Perarakan Perkasa di Pulau Pinang...
Kerana ku tahu ibu ini pasti tidak mengerti siapa itu Ibrahim Ali siapa itu Kickdefella......

Ohhh..aku tidak ingin berbicara tentang PMBK....kerana ibu tidak kenal siapa itu menantu...
Aku juga tak ingin bersurah tentang hutan-hutan lojing....
ataupon tentang kambing jamnapari , tentang jagung atau pon tentang depu....
ohhh sama sekali tidak....

Jumaat ini ...aku tidak ingin mengumpat...
Aku tidak ingin membuat dosa.....
ohh... aku tidak akan bertanya....dimanakah
Duit zakat...dimanakah duit baitulmal....
Di manakah mereka bermesyuarat....
Walaupon ku tahu kerusi mufti sangatlah empuk..
Kereta pengutip zakat sangatlah besar....
Rumah mereka tersergam indah............

Bayangkan anak-anak ini bermain...
bayangkan anak-anak ini makan....
bayangkan anak-anak ini mengaji.......
bayangkan tika malam anak-anak ini tidur...
bayangkan hujan yang mencurah tika mereka tidur....
bayangkan......ketika pelita ayam menerangi malam.......

ohh sadis ohh sedih
ohh shahrizat....ohh rosmahhh...
memang mahal gincu mu....
memang mahal jambul mu.....
Tidak ku minta lampu cindelia rumah mu menerangi mereka........
Tidak ku mintak pelapik cawan rumah mu menjadi pingan mereka....
Tidak ku mintak pengelap kaki rumah mu menjadi alas tidur mereka..........
memandang ke langit lihatlah sama rumput di bumi.....

Apakah anak-anak ini tahu tentang telaga minyak...
Apakah anak-anak ini tahu tentang wang ehsan...
Apakah anak-anak ini tahu tentang burung kakak tua berbulu emas

Ohh kawan-kawan ku..
bacalah kisah ini..........bacalah
tika kamu memakai baju merah berarak di komtar........
tika kamu mengucup keris.....
tika kamu melaung di PWTC.......
ohh ini lah Melayu yg kamu perlu cari....
bukan nya Melayu yang berkereta besar........
bukan nya Melayu yang berperut besar..........

Kawan ku perjuangan ini masih belum selesai...
perjuangan ini perlu ketulenan..
janganlah hanya memetingkan perut boroi mu sahaja..........
Lihatlah mereka...sama

Friday, April 23, 2010

Jentera PAS Yang Cemerlang Di Hulu Selangor

KUALA LUMPUR 22 Jun – Pas adalah sebuah parti yang banyak berdosa kerana mengganggu tugas UMNO untuk mengubah sikap orang Melayu yang beragama Islam menjadi kaum yang berjaya.

Wakil Kelantan, Zaid Ibrahim berkata, UMNO tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk melakukan revolusi mental kerana terpaksa menangkis dakyah Pas yang membuat pelbagai tafsiran baru demi kepentingan politik mereka.

‘‘Kita banyak kerja dan tidak boleh setiap masa untuk menjawab apa yang Pas kata atau memberi penerangan mengenai Islam sebenar kepada orang ramai.

‘‘Soal siapa yang mengamalkan Islam sebenar tidak harus timbul lagi kerana orang Melayu sudah memeluk Islam 1,000 tahun dahulu,” ujarnya ketika membahaskan usul agama dan sosial di sini.

Beliau berkata, Pas juga adalah parti yang ganas dan ini terbukti apabila ia menuduh orang Islam lain sebagai kafir dan menggubal rang undang-undang hudud yang menekan wanita.

‘‘Sikap Pas ini sama dengan parti-parti bertopengkan agama lain seperti Parti Likud di Israel dan Parti Bharatiya Janata (BJP) di India yang percaya mereka dipilih Tuhan untuk memerintah dunia.

‘‘Pas juga tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan.

‘‘Orang Kelantan yang memilih Pas kerana hendak mencuba kepimpinan ulama kini sudah faham benar mengenai sikap pemimpin Pas yang hipokrit dan sibuk mengaut kekayaan menerusi hasil penjualan balak,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan perlu mengubah dasarnya yang kini agak berlembut dan berhati-hati dengan Pas.

‘‘Kita kini agak bimbang untuk mengambil tindakan terhadap Pas kerana takut ia dianggap sebagai satu cubaan menentang Islam,” katanya.

Beliau berkata, cara terbaik untuk berhadapan dengan Pas ialah dengan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 atau mengharamkan terus parti itu.

‘‘Orang kata tindakan ini akan menyebabkan negara huru-hara, tetapi saya jamin benar kalau kita terus biarkan Pas, Melayu akan hancur dan orang Islam akan lemah,” ujarnya

Friday, April 16, 2010

Hulu Selangor : Anwar akan Bersumpah....

Teka-teki mengenai calon sudah terjawab. Pakatan Rakyat memilih mantan menteri di jabatan perdana menteri Dato Zaid Ibrahim sebagai calon. Barisan Nasional tetap mengekalkan konsep perkongsian kuasa yang di amalkan sejak berzaman dengan memilih calon daripada parti MIC. Namun ini bukan nya keputusan rasmi lagi. Segala keputusan rasmi mengenai calon akan terjawab bilamana penamaan rasmi telah di lakukan.

Dalam PRK kali ini pastinya setiap calon yang bertanding akan mengambil risiko yang amat besar. Mereka pastinya akan di londeh sehingga nampak teloq. Segala cerita yang tak baik mengenai calon akan di angkut kesana. Segala kitab lama mengenai keburukan akan di buka. Tak kira sama ada calon itu sudah bertaubat atau pon tidak. Segala aib akan di buka. Kalau calon tersebut menikah lebih dari satu tetapi secara senyap, bini kedua calon tersebut pon akan di heret ke pentas ceramah, hatta yang mengheret itu berstatus ustaz sekali pon. Segala Ayat-ayat Allah hanya memberi keuntungan kepada parti mereka sahaja di baca.

Inilah politik Malaysia yang di amalkan sejak berkurun lama nya. Pada hari penamaan calon di jadikan seolah-olah hari mempelaga lembu. Sekumpulan mengheret sekor dan sekumpulan lagi mengheret saekor. Duit di pertaruhkan. Apakah ini menunjukan nilai-nilai tamadun manusia walahualam bisawab. Sekiranya Nabi masih hidup apakah baginda menyukainya? Beginikah cara manusia memilih pemimpin, kalau begini rupanya tak jauh beza nya dengan kumpulan singa di afrika memilih ketua.

Saya tak pasti apakah PRK hulu Selangor bakal mengubah kepada yang lebih baik.

Tuesday, April 13, 2010

Hulu Selangor : Keropok Cap Bulan Sudah Sampai....................


Mari adik abe pakat-pakat ambik, pakat-pakat make, ambo buke nak bagi rasuah, kalau dema yang bagi tu baru rasuah, ambo dok rasuah...ambo berjuae kerano isle...dema isle plestik...



Monday, April 12, 2010

Kekalahan BN Di Hulu Selangor Bakal Pulih Imej Pak Lah?

Teka-teki mengenai calon yang bakal mengisi kerusi Parlimen hulu Selangor terus bermain. Pakatan Rakyat menunggu Barisan Nasional, manakala Barisan Nasioanl serba salah. Tempat mejoriti Kaum Melayu nak di letakan wakil kaum India. Kalau lah situasi ni berlaku dekat negara India agak-agak mereka nak bagi tak? Mungkin mereka fikir kaum Melayu hulu tak berapa nak cerdik kut dalam hal-hal calon ni. Kalau letak tongkoi kayu pon mereka undi.

Ini adalah PRK yang berlaku selepas setahun Dato Seri Najib mengambil alih pemerintahan dari Tun Abdullah Hj.Ahmad. Kekalahan teruk Barisan Nasional pada PRU 12 terus di lemparkan ke atas batu jembala datuk Seri Abdullah Hj.Ahmad yang menjadi menteri perdana ketika itu. Abdullah yang berhenti atas desakan ketika itu terpaksa mengheret sekali bangkai kekalahan tersebut. Imej Abdullah sangat teruk tercemar atas kekalahan besar tersebut. Semua yang berlaku adalah kesalahan Pak Lah.

Menamatkan Pak Lah dari anjung kuasa di rasakan mampu memulihkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Maka, kalau teori ini betul bermakna PRK Hulu Selangor adalah padang sebenar untuk membuat ukuran. Adakah penolakan rakyat kepada BN di sebabkan oleh kelemahan Pak Lah atau pon sebab generasi muda terasa tua bila berada bersama BN.

Pilihanraya Hulu Selangor akan menjadi cerminan untuk BN merangkul semula kemantapan pemerintahan negara ini. Kekalahan BN pada PRK kali ini pasti luka tersebut akan di heret ke Pru 13.

Namun bagi bekas menteri perdana yang di jadikan korban kerana kemerosotan undi BN, kekalahan BN di hulu Selangor pasti akan memulihkan imej nya yang tercalar.
Sama-samalah kita perhatikan.....

Monday, March 8, 2010

Sembelihan-Sembelihan korban Untuk Santapan Ultra Kiasu Selepas Pru 12..

Semalam adalah hari ulang tahun ke-2 PRU ke-12, dan kalau menyorot balik 2 tahun yang lepas hari ini 9 Mac semua orang dalam situasi terkejut.Selepas PRU-12 banyak sempang peranang berlaku dalam rumah politik di Malaysia. Parti yang menang sedikit tetapi mengejut menaruh harapan yang besar untuk terus menaluk anjung kuasa. Parti yang menang tapi tipis pula mencanang perubahan agar tidak terus di sepak oleh rakyat ke dalam tong taik.Tidak kira parti mana, tidak kira parti cap apa, cap bulan, cap keris ataupon cap mata sebelah semua nya seperti cicak telan kapur selepas keputusan pilihanraya umun ke-12 di umumkan.

Semua saluran TV memanggil penganalisis untuk menafsir mimpi tersebut. Ada penganalisis cap kangkung, ada penganalisis cap lembayung dan ada juga cap bodek. Boleh di katakan semua nya pakat bercakap mengenai masa depan dan senario politik negara. Siang malam, pagi petang, magrib subuh semua saluran mempunyai surah yang sama. Pada masa tu umpama negara ini di landa gorila.

Namun kini sudah dua tahun peristiwa tersebut berlalu. Sudah dua puluh empat bulan, sudah tujuh ratus tiga puluh hari sudah 17520 jam. Semua penganalisis barangkali sudah mendapat bayaran dari stesen TV tersebut. Manakala yang hadir mengalisis secara percuma barangkali teh dan kuih yang di makan ketika berdikusi sudah menjadi baja. Penganalisis ini barangkali kalau di tanya kembali soalan yang sama pada hari ini pasti jawapan pon sudah berlainan.

Namun rakyat tetap bertanya "Apa yang berubah setelah pru yang lepas"? Yang berubah Abdullah dapat TUN Janne dapat juga TUN. Mahathir dapat masuk Tv semula. Koh Soo Kun dapat jadi menteri walaupun kalah. Itu secara am nya. Tetapi secara khas nya ialah semua parti politik cap Melayu mengadaikan hak-hak orang Melayu untuk menagih undi bukan Melayu, inilah hakikat sebenar yang terjadi selepas PRU-12.

Tidak kira parti politik mana, parti cap keris, parti cap bulan, parti cap mata sebelah, pak janggut, atau pak keris, semua sanggup menjadi tisu jamban demi untuk menagih undi mereka. Demi sekelumit kuasa mereka sanggup mengadaikan hak-hak yang sudah termaktub dalam pelembagaan.

Malang apabila ada wakil Melayu yang menentang mereka akan di jadi kan sembelihan korban untuk di santap oleh puak ultra kiasu ini. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada datuk dr. Hassan Ali, Tok Mat Ismail, Khalid Samad, Saudara Fairus, Dato Zaharin, Zul Nordin, mereka ini di korban kan oleh parti demi undi ultra Kiasu kepada parti mereka.

Parti Ultra Kiasu tidak pon korban untuk santapan kita, lihat Kok, kok yang menghina orang azan, lihat Ronie Lew, lihat ratu bogel, yang nyata dan terang tindakan mereka menghina bukan sahaja adab dan tatasusila orang Melayu tetapi agama Islam. Namun mereka di maaf kan...

Apakah ini perubahan yang di canangkan selepas pru-12? Apakah ini harapan baru untuk Malaysia? Sudah lah tawkey-tawkey ini mendapat lesen yang besar untuk membuka pusat-pusat maksiat. Pusat judi genting, kapal judi, segala macam kedai nombor ekor, disco , pub, karaoke, pusat urut, yang mana anak-anak Melayu lah yang menjadi pekerja nya. Lepas lulus lesen menteri kita meraung "anak-anak Melayu banyak terlibat dalam gejala sosial" Anak Melayu buang anak' ..macam lidah biawak.

Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. Apabila orang Melayu tumpang berniaga, di tangkap, di saman, barang jualan di rampas. Lesen sukar nak lulus, segala macam karenah birokrasi lagi yang ada. Kalau tak percaya cuba bawak durian batu kurau pergi jual di jalan masjid india.

Selepas Pru-12, orang Melayu sudah mula mengemis di bumi sendiri, mungkin selepas Pru-13 umat Melayu akan menjadi pelarian pulak di negara sendiri, seperti mana umat islam di Palastein.

Friday, March 5, 2010

Penduduk Anak Kurau Rindukan JalanRaya Baru....

Penduduk Kg Anak Kurau Batu Kurau telah lama berharap untuk mempunyai sebuah jalan baru ke bandar Taiping. Sejak zaman sebelum merdeka penduduk kampung telah menggunakan jalan kerbau untuk ke bandar Taiping.

Kenapa dinamakan jalan kerbau? Dahulu penduduk kampung menggunakan laluan tersebut untuk membawa kerbau atau lembu untuk dijual kepada peniaga daging di bandar.

Orang-orang lama juga bercerita bahawa di puncak bukit genting tersebut terdapat kedai kopi yang menjadi persinggahan penduduk yang berulang alik membawa hasil jualan buah kayu dan lain-lain. (Sila Baca lagi di dengan KLIK di sini)

Tabuan mengucapkan terima kasih kepada Taiping Mali (TM) kerana pendedahan secara terperinci dalam blog beliau.

Wednesday, March 3, 2010

Wasiat- Wasiat Terakhir Dari SaEkor C.I.F.U.T

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini baru-baru ini, Anwar disoal pelbagai perkara berhubung proses peralihan dalam PKR, termasuk pengganti-penggantinya dan kedudukan pemimpin nombor dua dalam parti itu Syed Husin Ali.

"Azizah tidak mahu serahkan jawatan itu. Apa boleh saya buat? (Ketawa) Lebih senang jika Azizah teruskankannya sebab saya boleh tumpukan perhatian pada perkara lain. (Setakat ini) saya sudah cukup terlibat.

Nota..
Ini lah tanda-tanda akhir...
Lihat bagaimana soal peralihan kuasa di bangkitkan..
Soal siapa pengganti...
Ini soalan macam ada sesuatu yang besar dan mengejutkan akan berlaku...
Segala macam wasiat telah di turunkan...

Sila lah baca kat web Malaysiakini..
Wasiat terakhir saekor C.I.F.U.T
Sebelum C.I.F.U.T ini di hantar ke sangkar besi

Mengikut firasat biasanya bila seseorang tu buang tabiat..
Tanda-tanda ajal akan kunjung tiba
tapi ini bukan mau mati...
Tanda yang menunjukan hendak menuju perjalanan jauh...
Perjalanan ke sangkar...kahkahkah...

Tuesday, March 2, 2010

Marilah Ketawa Sampai Kentut....Kahkahkah...

















Kahkahkah...nak Ketawa lagi ...sila klik sini..awas sebelum klik bagi pasword dulu...kahkahkah.(klik)

Monday, March 1, 2010

Pendatang Asing Dan Penjara Di Malaysia

Buletin Utama TV3 malam kemarin ada menyiarkan berita tentang kesesakan penjara di Malaysia. Kesesakan utama penjara adalah kerana di penuhi oleh warga asing. Warga asing yang datang dan melakukan kesalahan di sini.

Kerajaan terpaksa membelanjakan beratus juta ringgit untuk memberi makan minum banduan, membina penjara tambahan, menambah pegawai penjara dan meyediakan fasiliti untuk mereka.Banduan ini kebanyakan juga adalah banduan yang sebati dengan penjara, yakni banduan yang sering keluar masuk.

Penjara di Malaysia di lihat mewah berbanding penjara di tempat lain. Kalau tak salah kos kerajaan menyara seorang banduan adalah rm 30 satu hari.

Kemarin dulu kawan saya merungut, merungut kerana ke indahan Bandaraya Kuala Lumpur tercemar dengan ke hadiran pendatang asing. Kata nya pendatang asing banyak membina rumah-rumah haram, lihat di sekitar pantai dalam, kalau anda pernah menaiki komuter dari KL sentral nak ke Seremban atau pon dari Seremban nak ke KL Sentral, lepas stesen Salak Selatan nak ke stesen Bandar Tasik Selatan anda akan nampak satu rumah haram warga asing di dirikan di tepi pagar di antara rail KTMB dengan rail Starlink, bawah jejambat.

Warga asing juga yang memenuhi Komuter, menaiki kenderaan tersebut tanpa adab sopan, menolak warga tempatan sesuka hati, bergesel dan bersenggol dengan anak dara kita. Tanya anak dara kita wangi tak ketiak mat Bangla.

Ramai anak dara kita di larikan ke Lombok untuk di nikahi tanpa wali. Ramai anak dara kita berminat dengan Mat Hitam. Kahwin campur konon nya anak akan genius. Mat Hitam usung ke hulu hilir akhir nya kena tangkap kerana tolong Mat Hitam bawak dadah.

Pihak berkuasa kita juga banyak menangkap pengedar dadah warga asing. Walau pon ramai mereka tak pernah serik untuk mengulangi kesalahan yang sama.

Kawan saya juga merungut, dia terpaksa berulang alik ke negeri Melaka setiap minggu untuk mengambil anak nya yang tinggal di asrama. Kata nya kalau nak tinggal di asrama hujung minggu boleh tapi makan kena bayar sendiri. Kata nya kerajaan dah tanggung lagi pada hari cuti. Nasib baik dia ada kereta dan ada juga pendapatan tetap boleh ulang alik, kalau orang kampung luar bandar macam mana agak nya. Saya fikir mungkin kerajaan sudah habis duit kerana tanggung banduan warga asing dalam penjara. Belum di kira lagi perbelanjaan untuk menyediakan "Pasukan penangkap" warga asing.

Memang kita memerlukan tenaga kerja asing untuk membina bangunan, mencuci tandas, memotong pokok bunga dan menyapu sampah kerana warga kita dah tak berminat untuk kerja-kerja sebegini. Tetapi warga asing yang masuk bukan sahaja buat kerja sebegini malah mereka lebih advance lagi. Ramai mereka menjadi tukang urut, tukang memberi kepuasan batin,

Tapi saya heran bin pelik kepada negara jiran kita yakni Singapura , bagaimana mereka mengawal? Negara mereka tidak pulak di robosi oleh pendatang asing. Tidak dengar pulak penjara mereka penuh, pasti akan ada yang kata negara mereka kecil dan senang di kawal. Ok! Bagaimana pulak Australia, negara yang di kelilingi oleh laut. Bagaimana mereka mengawal? Adakah mereka mempunyai peralatan yang cukup lengkap berbanding kita yang mempunyai kapal selam yang tak tengelam dan jet pejuang yang tiada enjin. Adakah Pihak berkuasa kita sibuk menjaga orang politik sahaja sehingga tak mampu nak jaga negara?

Bagaimana kita menafsir kekuatan dan ke daulatan kita. Sekiranya negara kita di serang oleh musuh adakah kita mampu mempertahankan serangan tersebut. Ramai rakyat tidak mampu menilai kekuatan kita, saya sendiri tak mampu. Tetapi saya mengambil kira kekuatan kita untuk menangani pendatang tanpa izin, saya nampak kita sudah tak mampu. Belambak pendatang tanpa izin, bersepah, malah di mana-mana kita jumpa mereka. Kalau pendatang asing pon kita tak mampu nak kawal apakah kita mampu nak kawal negara kita daripada serangan musuh.

Wednesday, February 24, 2010

Aduan Rakyat Di TV3 Dan Masalah Rakyat Di Batu Kurau

Program Aduan Rakyat yang di terbitkan oleh TV3 setiap hari Rabu adalah program yang terbaik untuk rakyat mengadu masalah. Program yang di hos kan oleh Karam Singh Walia dan bersama dua tiga orang berlainan bangsa untuk menunjukan semangat satu Malaysia.TV 3 sudah menjadi wakil rakyat, yang berfungsi untuk membawa masalah rakyat untuk di selesaikan. Malah lebih baik daripada wakil rakyat yang banyak membuat janji kosong.

Banyak masalah dapat di selesaikan dengan kadar segera bila masuk TV3. Jalan yang berlubang, kubur yang nak runtuh, gajah yang memusnahkan kebun getah dan pelbagai lagi masalah rakyat mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak yang berwajib. Malah hari ini TV3 lapor esok dah selesai, pantas seperti kilat. Tak payah usung dairy yang tebal-tebal dan tulis panjang-panjang, tak payah usung pegawai berderet seperti langau hurung tahi, tetapi masalah tak dapat diselesaikan, lima tahun lagi tabur janji pula. Karam Singh Walia datang dengan Camera man dan serangkap dua peribahasa. "Terbakar kampung nampak asap terbakar hati siapa yang tahu" masalah dengan segera dapat di selesaikan.

Pada pilihanraya akan datang elok lah Karam Singh Walia pulak menjadi wakil rakyat, elok beliau menggantikan wakil rakyat yang banyak buat tuntutan perjalanan tetapi tidak hadir sidang Parlimen.

Masalah rakyat yang di siarkan oleh aduan rakyat sebenarnya adalah tamparan kepada wakil Rakyat di tempat tersebut. Tambahan pula masalah itu begitu mudah di selesaikan, pagi Karam Singh Walia datang petang dah selesai, ini jelas menunjukan bahawa wakil rakyat tempat tersebut tidak membuat kerja. Koh Soo Koon tak payah nak buat buku laporan KPI tebal-tebal, lihat kepada aduan rakyat sahaja sudah tahu bahawa wakil rakyat tersebut tak buat kerja, malah pada Pilihanraya yang akan datang elok di gugurkan sahaja. Rakyat menderita bila mempunyai wakil rakyat sebegini.

Rakyat memilih wakil rakyat bukan nak suruh makan gaji buta, bukan nak suruh jadi kontraktor, bukan nak suruh buat syarikat letak nama bini. Rakyat memilih dengan penuh harapan agar masalah mereka dapat di ketengahkan untuk di selesaikan. Wakil rakyat bukan sahaja perlu bijak tetapi perlu di lihat bijak dalam menyelesaikan masalah rakyat. Jangan la pulak lepas jadi wakil rakyat beban kan pulak rakyat yang memilih dengan masalah peribadi.

Jadi wakil rakyat kalau tak terpilih jadi ketua bahagian pon masih boleh menolong rakyat, Allah swt tetap memberi pahala atas pertolongan tersebut. Ini tidak! bila tak boleh jadi Ketua Bahagian potong line handphone, dulu masa nak bertanding janji macam-macam. Jumpa kambing pon mengaku adik beradik.

Kepada TV3 teruskan usaha murni anda, saya amat menghargai usaha murni ini...terima kasih TV3.

Tulisan di bawah tiada mengena dengan yang di atas..

Kepada pengendali program aduan rakyat, saya dengan ikhlas hati menjemput saudara ke kampung saya 'Kampung Batu Kurau Perak" untuk melihat masalah 'kereta sapu' yang di gunakan sejak sekian lama oleh penduduk kampung sekitar untuk ke Pekan Batu Kurau. Kereta sapu ini tiada pelindungan insurans penumpang, tidak mematuhi peraturan-peraturan JPJ. Saya khuatir nanti ada penumpang yang akan mati katak.

Selain itu pelajar-pelajar sekolah menengah Jelai dan sekolah menengah dato Kamaruddin boleh pergi sekolah dengan bas Sekolah , tetapi bila kena pergi sekolah sesi petang (kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum ) tiada bas sekolah. Kena naik kereta sapu atau bawak motor tanpa lesen untuk ke sekolah.
Sekolah menengah Jelai tiada kelas untuk tingkatan 6, jadi kepada sesiapa yang nak ambik tingkatan 6 perlu ke sekolah dato Kamaruddin. Tiada Bas dari Ijok untuk ke Batu Kurau.
Banyak pelajar sekolah bawak motor tanpa lesen pergi sekolah...

Ke-dua, masalah air bersih, bukan tak ada paip air kerajaan negeri di kampung ini, tetapi bayaran masuk yang mahal, menyebabkan orang kampung tak mampu bayar, selain Bill air juga mahal, orang kampung menggunakan air yang berpunca dari bukit, di usahakan secara bergotong royong. Tetapi akibat penebangan balak halal dan haram maka banyak punya air yang rosak, bila musim hujan air langsung tak boleh minum.

Ketiga tiada balai bomba, sekiranya ada kebakaran dalam pekan batu kurau atau kampung sekitar nya, pihak bomba taiping yang terletak puluhan kilometer di harapkan untuk memadamkan kebakaran. Bila pihak bomba tiba rumah yang terbakar sudah jadi abu. Banyak kebakaran yang berlaku sebelum ini. Orang kampung hanya mampu cedok air pakai baldi untuk memadam kebakaran tersebut. (sini ada sikit berita rumah terbakar)

Tuesday, February 23, 2010

Peladang Batu Kurau Dan Jihad Ekonomi...

Minggu lepas dato Noh Omar melancarkan hari ulang tahun Lembaga Pertubuhan Peladang. Saya tidak berminat untuk mengulas berkenaan hari ulang tahun tersebut. Saya hendak menceritakan perihal Pertubuhan Peladang Kawasan Batu Kurau.

Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Batu Kurau yang terletak di depan sekolah Dato Kamaruddin dan di hadapan jalan hendak menuju ke Pusat Kesihatan Batu Kurau. (Tengok Sini Lokasi nya) Dato seri Raja Ahmad Zainuddin (adun Kubu Gajah ) adalah pengerusi yang ke- tujuh. Beliau masuk pada 14. 1. 1992.


Pump Minyak Shell di Batu Kurau adalah hak milik Peladang, selain daripada lesen kelas F yang selalu di pinjam oleh mereka tertentu untuk meraih tender buat padang futsal. Berita harian pada 25 nov 2005 mengeluarkan berita mengatakan bahawa peladang Batu Kurau akan menternak lembu daging pada tahun 2006 di atas tanah seluas 0.8 hectar di kampung Gudang.


Manakala Peladang Batu Kurau juga melaksanakan projek lain iaitu ladang durian seluas kira-kira 85 hektar di Bukit Cop Ijuk yang ditanam beberapa tahun lalu dan kini hampir mengeluarkan hasil. (baca sini) Bagi projek terbaru pula ialah ladang sawit secara komersial.


Datuk Seri Hj. Ir. Nizar sewaktu menjadi Menteri besar pernah menyampaikan hadiah Peladang Jaya Wanita,kepada Sharifah Abdul Rahman dari Batu Kurau.


Pejabat Peladang Batu Kurau menjual segala racun, baja dan alatan untuk tujuan pertanian. Sesuai dengan kedudukan geografi Batu Kurau yang muka bumi nya amat sesuai untuk aktiviti pertanian. Dulu orang kampung mengusahakan sawah padi, tapi kini sawah padi hanya dapat di lihat di kampung Gudang dan di batu 20 sahaja, itu pun di usahakan oleh syarikat tertentu. Parit tali air di kampung Pantai Besar yang di bina puluhan tahun dahulu sudah di kambus. Atas nama projek untuk memajukan Kampung Parit Tali Air ini di kambus.

Orang kampung dulu berjuang begitu lama untuk mendapat parit tali air ini bagi tujuan pengairan sawah padi. Sekarang bila beras beli di kedai dan sawah terbengkalai, nak bagi projek dekat ketua cawangan punya pasal tali air di kambus, lepas di timbus parit tali air di jerit dasar kerajaan "Pertanian adalah satu perniagaan".

Berbalik kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Batu Kurau, yang menjual segala peralatan pertanian tadi. Sebenar nya dalam pekan Batu Kurau tidak kurang empat buah kedai yang menjual segala racun, baja dan peralatan pertanian. Empat buah kedai hardware, semua bukan Melayu hanya satu siam bumiputra.

Empat Buah kedai ini berada betul-betul dalam pekan Batu Kurau, sangat mudah di acces oleh pelanggan, berbanding dengan pusat jualan Pertubuhan Peladang Batu Kurau yang terletak jauh dari pusat Pekan Batu Kurau dan sukar untuk di Acces oleh pelanggan. Malah saya amat percaya tak ramai penduduk Batu Kurau yang mengetahui bahawa Peladang Batu Kurau ada menjual peralatan pertanian.

Baru-baru ini saya ada melihat sebuah bangunan baru ada di dirikan dalam kawasan pagar bangunan Peladang tersebut. Di fahamkan bangunan tersebut di dirikan dengan tujuan untuk menempatkan barangan pertanian untuk di jual, di bina untuk mudah di acces oleh pelanggan tapi dalam pagar. Ada papan tanda yang menjelaskan kepada pelanggan. Namun bagi saya ia nya tetap jauh.

Saya mencadangkan agar Pihak Peladang Batu Kurau menyewa sebuah rumah kedai dalam pusat pekan Batu Kurau. Rumah kedai ini boleh di letakan pelbagai barangan pertanian, malah boleh di jadikan kedai Hardware sekali, dengan menjual pelbagai barangan lagi. Bangunan pejabat biarkan di lokasi lama, mana-mana staff yang suka duduk dalam air-cond boleh terus duduk di sana, yang nak berkhidmat jual-beli boleh duduk di rumah kedai. Peladang Batu Kurau ada modal, pump minyak kepunyaan peladang, ahli Peladang ramai sudah pasti support kuat.

Orang Melayu kurang modal untuk buat semua itu, Peladang Batu Kurau ada modal, peladang Batu Kurau boleh tolong pacu, bergerak untuk jihad ekonomi bagi umat islam. Beri lah peluang kepada umat Islam Batu Kurau membeli di kedai yang di uruskan oleh orang islam, kerana sudah lama membeli di kedai Cina. Kedai Hardware Cina dari bangunan kayu sudah mampu di dirikan bangunan batu tiga tingkat. Apakah orang Islam masih menongkat dagu?

Talian-talian Hayat Untuk Selamatkan Satu Batang...



Pelbagai talian hayat telah di gunakan untuk menyelamatkan hanya satu batang...yang merobos satu lubang. Pelbagai ragam dan garam yang dapat di saksikan.

Gambar di atas merupakan salah satu talian hayat juga, membaca yassin di pekarangan Makhamah. Mungkin elok mana-mana hartawan untuk sewa kapal terbang supaya kita dapat ramai-ramai membaca yassin di hadapan kaabah di mekah. Kita Jemput semua ustaz, ulama, mufti, untuk sama-sama hadir. Kita mohon kehadrat ilahi moga di tunjukan siapa yang benar.

Friday, January 22, 2010

Batu Kurau & Buah Durian Yang Tak Standard

Minggu kemarin Tabuan balik ke Batu Kurau, sudah lama tak balik ke Batu Kurau, kerana kesibukan mencari rezeki di luar. Musim Durian sudah selesai, tangkai-tangkai moktan, pulasan, langsat dan dokong sudah lama kering. Sekarang musim buah mekai (baca Tampoi) dengan buah rambai.

Kalau dulu masa remaja, masa dok Sekolah Dato Kamaruddin, Tabuan akan ambil kontrak panjat Mekai dengan Rambai. Kalau panjat rambai kena bawak sorang tukang ikat. Masa tu sekilo tiga kupang. Biasanya sepokok boleh lah dapat dalam seratus kilo dan kalau pokok besar sampai lima ratus kilo pon pernah, tapi kepenatan amat lah terasa.

Panjat Mekai lebih senang, dan harga lebih mahal. Buah Rambai dan mekai ni sedap juga kalau di makan. Orang lebih suka buah mekai. Kalau nak rasa kesedapan makan mekai kena telan sekali dengan biji, nikmat nya akan terasa bila anda berada di dalam jamban..

Musim durian tempohari Tabuan ada balik makan durian. Ramai orang kampung merungut harga buah durian yang murah. Di kapoh dengan teruk ( kapoh : 2 atau 3 atau 4 atau lima biji durian di campur dan di kira satu biji) satu biji buah kapoh di kira dengan harga rm 2.00. Bawak satu bakul penuh baru dapat rm 15.00. Saya tak pasti makhluk mana yang mengaja atau memberi idea begitu untuk mengira buah durian.Idea yang bingai dan bodoh sama sekali. Sudah pasti keuntungan adalah kepada orang tengah dan yang pasti tawkey cina. Orang Melayu yang menjadi "Tuan" naik tebang rimba, tanam durian, tembak babi, tembak beruk, tembak tupai, kandar durian bawak turun, bubuh dalam motor bawak pi kedai, kena tipu akhir nya...tawkey yang kaya tawkey yang untung...kesian Tuan Melayu.

Itu lah nasib pekebun durian Batu Kurau, nak harap kan FAMA untuk membantu jauh sekali.

Dulu masa saya sudah pandai jual durian, harga nya memang mahal. Saya pernah menjual durian dengan harga rm 7.00 satu biji, paling-paling kurang pon rm 5.00 satu biji. Semua ini sudah 20 tahun lalu. Masa tu Chai ( Baca Atok) belum mati. Musim durian tak berserok (Baca Sarapan) di rumah, Serok kedai kopi la. Sangat seronok, musim menebas, boleh tahan burung cokcok (Baca burung kelicap) di pokok kantan. Pagi-pagi sudah naik ke bukit durian, adakala nya tidur di bukit durian, tunggu babi hutan.

Orang kampung sangat seronok kerana ramai orang berkunjung ke Batu Kurau. Ada yang datang sebagai sedara mara, ada yang mengaku adik beradik, (Bukan nak jadi ahli parlimen sahaja mengaku ada adik beradik di batu kurau, nak makan durian pon mengaku) tapi itu tidak menjadi masalah kepada orang kampung untuk melyan tamu yang datang.

Durian Batu Kurau terkenal, dari Perlis sehingga ke Johor orang akan bercerita tentang keenakan durian Batu Kurau. Tapi kini amat heran mengapa Durian Batu Kurau terus mapos, tidak lagi menjadi sebutan orang, malah orang sudah tidak lagi mengenali akan kehebatan dan kenakan durian Batu Kurau. Orang lebih mengenali durian Balik Pulau, Pulau Pinang. Mengapa??? mengapa terus berkubur...

Saya tidak mahu menunding jari menyalahkan Jabatan Pertanian, tak mahu menyalah peladang kerana kerana replika durian di tepi pejabat nya. Tak mahu menyalahkan wakil rakyat, tak mahu menyalahkan Tok Hamzah, Jauh sekali menyalahkan pak itam. Saya menyalahkan penanam-penanam durian kawasan Batu Kurau.

Masa dulu, mengikut riwayat yang bersurah kepada saya, sewaktu saya berkunjung ke rumah nya untuk mengambil umbut tepus dan pucuk salang. Seorang tua, dia bercerita tentang kehebatan dusun besar, dusun besar yang terletak di batu 16. Kata nya masa dulu, masa durian mahal, masa lori Singapore bertayar lapan belas mengangkut durian, dusun besar di pajak. Harga pajakan mencecah tujuh puluh ribu, kata nya. Masa tu durian memang mahal, memang menjadi harga. Selain dusun besar ada juga pemilik-pemilik dusun kecil dan pemilik sebatang dua pokok durian. Harga durian mahal pada waktu mula luruh (baca gugur).

Pokok siapa yang luruh dulu, maka orang tersebut akan meraih laba. Jadi pemilik-pemilik dusun, terutama orang yang memajak dusun, pada masa ini lah nak buat duit dengan cepat nak untung dengan cepat. Bagaimana nak bagi buah durian luruh cepat? boleh jual lekas, boleh dapat untung. Bubuh baja urea, taburkan baja urea kat bawah pokok gerenti buah akan luruh cepat. Buah yang tak berapa masak yang luruh akan di kutip untuk di jual, biasanya di sulam dengan buah yang elok. Ada juga di himpun dan di simbah air bancuhan isi durian supaya ada bau.

Buah durian ni memang ada bau, tapi tak ada rasa.. tawar hebeh. Bila di angkut di jual di bandar-bandar besar orang akan beli. Pembeli akan tertipu. Bila pembeli dah tertipu maka serik lah nak beli lagi... maka jatuh lah harga...hilang lah minat orang terhadap durian batu kurau...

Biasa nya ini adalah kerja orang yang memajak dusun, pemilik kurang buat begini kerana takut mampus pokok panas urea. Lagi pemajak nak cepat dapat modal pajakan. Kesan daripada tindakan kurang bijak daripada segelintir ini lah yang menyebabkan durian Batu Kurau di pandang enteng hari ini.

Untuk memulihkan semula situasi ini semua pemilik dusun perlu lah meng kualitikan balik buah durian. Kalau ada pokok yang buah nya magka jangan lah jual, buat naya kat pembeli. Tanam lah durian yang buah nya di jamin elok, seperti pokok kawin..D24, D9, D7 , tangkai panjang, Ang hai (udang lipan). Bagi buah yang di ketahui elok, isi nya baik, gred kat buah tersebut..angkat darjat buah tersebut. InsyaAllah zaman kemilangan durian batu Kurau akan kembali semula....

Thursday, January 21, 2010

PilihanRaya Di Malaysia & Acara "Laga" Lembu


Pada 18 Januari 2010 Utusan Malaysia Online telah menyiarkan kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya bahawa terdapat seramai 4.39 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi belum mendaftar sebagai pemilih.

Berita itu menyatakan 65 peratus adalah bumiputra. Mengikut statistik negeri yang paling ramai belum mendaftar ialah Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

Mengikut berita tersebut bangsa Melayu adalah paling ramai, terutama adalah generasi muda. Mengapakah generasi muda Melayu tidak berminat menjadi pengundi?

Saya sebagai generasi muda dan sering bergebang dengan mereka, dan saya sering mengajukan soalan mengapa anda tidak mendaftar untuk menjadi pengundi? Jawabpan mereka ialah tidak berminat dan ada seorang member saya yang tidak pernah mengundi dan langsung tak berminat hal-hal politik dan pilihanraya bersurah bahawa dia langsung tidak berminat kerana Pilihanraya yang di adakan di Malaysia adalah Pilihanraya yang tidak bertamadun, lahir dari fikrah yang tidak cerdik dan akal tak waras . Saya tergaru-garu kepala..

Saya memasanga telinga untuk mendengar surah nya, kata nya bangsa kita (Melayu) sudah lama mempunyai tamadun sebelum Orang Amerika memakai baju, mempunyai sistem pemerintahan sejak dari kerajaan Kedah Tua. Tetapi setelah beratus tahun kita masih tak boleh menggunakan kewarasan akal kita. Saya pelekat rokok sebatang...

Mengapa hang kata tak waras, dah lima puluh tahun kita merdeka, dah dua belas kali kita mengadakan Pilihanraya Umum dan ntah beratus kali kita mengadakan pilihanraya kecil tak dak masalah pon tak dak orang komen pon kata saya....

Apa tujuan kita mengadakan pilihanraya kata nya, belum sempat saya jawab beliau sambung...kita mengadakan pilihanraya adalah untuk memilih pemimpin dan pemimpin yang kita pilih yang akan membina dan membangun kan negara, memajukan negara, menaik taraf kehidupan rakyat, kita mesti nak pilih yang terbaik di kalangan kita. Kita bukan nak mengadakan pertandingan "Laga" lembu kata nya.

Maksud hang? Cuba hang tengok penamaan calon, satu team bawa sekor lembu dan satu team lagi bawak sekor lembu, sampai kat sana pakat-pakat pelaga. Hang tengok sistem pilihanraya yang kita buat, yang di uruskan oleh SPR, bila nak penamaan calon buat serentak parti A dan parti B pakat mai serentak lepas tu pakat dok berkelahi, berapa ramai pihak polis, Fru dan lain agensi keselamatan kena bertugas, semua buang duit dan buang masa.

Kalau SPR tu cerdik sikit, buat la penamaan calon dua hari, hari ni parti A esok parti B, lepas buat la bagi panjang tempoh bantahan...baru la tak bergaduh...kita bukan nak pelaga lembu kita nak pilih pemimpin.

Sepatut nya parti yang menang, parti yang jadi Perdana Menteri la senang cerita, tak payah la dok sorok tarikh pilihanraya, bagi tau kat umum lagi 3 bulan saya akan umum kan pembubaran dewan, boleh lah orang bersiap sedia, parti lawan, ka sapa-sapa yang nak bertanding boleh bersiap siaga...ni dak esok saya ada banyak lagi mesyuarat last-last umum bubar dewan...

Kalau SPR buat perubahan hang nak mengundi? tanya saya...Mungkin kalau nampak cerdik...saya pon campak puntung rokok...


Tuesday, January 19, 2010

KEKKWA : Sila Masukkan Bangunan Ini Dalam Senarai Bangunan Warisan



Ini adalah bangunan yang di bina di sebelah stesen bas Puduraya atau nama komersial nya Plaza Rakyat. Bangunan ini di beri apanama adalah tidak di ketahui, sebab nya papan tanda yang menerangkan susur galur projek ini telah lama reput di makan anai-anai.

Rangka bangunan ini boleh di lihat dengan jelas sekiranya di pandang dari atas stesen LRT hentian Plaza Rakyat. Mengikut suara mulut oleh orang yang sudah lama bermastautin di sini bangunan tersebut sudah lama terbiar di situ. Kalau melihat dari pokok yang tumbuh kita boleh menilai dan mempercayai khabar mulut tersebut.

Khabar mulut itu bersurah panjang kepada saya sewaktu bergebang dengan nya sewaktu sama-sama menunggu LRT untuk ke Ampang. Kata mulut tersebut sekiranya di tukar nama bangunan tersebut kepada nama Tun Razak ke, Tun Husin on ke atau pon Tun Abdullah pasti cepat siap. Tapi nama Plaza Rakyat, untuk rakyat memang macam tu. Cuba tengok stesen Bas ni, Plaza untuk rakyat la kata kan. Saya diam dan hanya mendengar surah nya.......

Mungkin ini adalah khazanah negara yang tidak ternilai harganya, maka saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Warisan (Kekkwa) supaya mewartakan bangunan tersebut sebagai bangunan warisan. Amat sesuai sekali sekiranya di masukan kedalam kalendar pelancongan negara.

Sign Board yang besar dan terpampang di jalan raya yang mempromosikan pelancongan di Malaysia, amat molek kiranya di lekatkan gambar bangunan tersebut. Para pelancong dalam negara yang tidak berkemampuan untuk melawat piramid di Mesir, tamam tergantung bayblon, dan Angkor Wat di Burma, maka mereka dapat melawat bangunan tersebut. Ini akan mengelakan pengaliran wang negara keluar.Pihak Kekkwa juga boleh berusaha untuk mendapat pengiktirafan UNESCO untuk mewartakan bangunan tersebut.

Seribu tahun lagi sekiranya bumi masih berputar pada paksi nya, matahari masih naik di timur dan turun di barat, anak cucu, cicit, piut kita pasti nya akan mengali. Mereka akan mengali untuk mengkaji. Mengali seperti mana kita mengali di lembah bujang. Mereka akan mengesan kerangka bangunan tersebut.

Mereka pasti berbangga dengan hasil kerja nenek moyang mereka. Cikgu sejarah mereka pasti akan bersurah sedikit sebanyak akan perihal binaan orang terdahulu. Mereka pasti akan berteori seperti mana kita berteori.Kalau kita berteori tentang orang dahulu menggunakan putih telur, menggunakan selut untuk membina bangunan, maka cucu, cicit piut kita akan berteori bahawa moyang mereka mengurangkan simen dan melebihkan pasir dalam bancuhan. Mereka juga akan berteori bahawa saiz besi pon di kecilkan dari saiz sebenar.

Kalau mereka bernasib baik, mereka pasti berjumpa dengan peti yang menyimpan maklumat projek tersebut. Mereka pasti akan berjumpa surat-surat perjanjian. Mereka pasti terbaca surat -surat melantik sub-con, surat-surat pengagihan percent, surat-surat lobi-melobi. Mereka pasti terjumpa surat melantik kontraktor bumiputra, dan surat kontraktor bumi putra tersebut menjual projek tersebut kepada tawkey-tawkey. Ohh mereka pasti terfikir ini lah dasar bumiputra yang di buat oleh moyang mereka.

Kepada mereka yang ingin melawat sila lah datang ke Puduraya ( Baca Plaza Rakyat)....

Thursday, January 7, 2010

Jangan Makan Gula Nanti Potong Kaki........

Sepatutnya Tabuan menulis pasal kenaikan harga masa penguman ini keluar, tetapi isu kalimah "Allah" lebih hangat, maka Tabuan pun tumpang semangkuk berkhutbah perihal penggunaan kalimah "Allah" oleh paper Kristian itu.

Tabuan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan datuk Najib kerana telah menaikan harga gula semasa warga negara tengah syahdu menyambut dan meraikan kedatangan tahun baru.

Kenaikan di saat para ibu bapa te
ngah seronok bershopping barangan persekolahan anak-anak, kenaikan sewaktu para penjawat awam tengah mengira bonus 250 ringgit, kenaikan sewaktu penoreh getah sedang mengutip getah beku (baca getah skrap) untuk di jual bagi membiyai yuran sekolah anak. Kenaikan ini juga sewaktu para nelayan di Pantai Timur tengah meraikan pukulan ombak musim tengkujuh. Amat syahdu kenaikan ini, memang rakyat amat di dahulukan.

Bertambah syahdu lagi bila mana para
keladi lembayung menyayikan kenaikan pasal kesihatan. Rakyat bertambah penyakit kerana mengguna lebih gula, jadi apa guna kerajaan menanggung subsidi yang banyak untuk rakyat nya memperolehi penyakit.

M
emang banyak penyakit akibat gula walaupon saya tidak pernah pon membaca di dalam surat mati yang menulis bahawa si polan bin si polan mati kerana makan gula lebih. Apa yang selalu saya jumpa alasan mati kerana sakit tua atau pon kecelakaan jalan raya. Mungkin saya silap atau pon kurang membaca surat mati orang-orang lain yang mati.

Memang Datuk Seri Najib amat sayangkan rakyat nya. Beliau amat sadis dan sedih bila mana melihat rakyatnya yang menangung penyakit akibat lebih menggunakan gula. Itulah sebab nya tindakan sebegini di ambil, fikir saya..

Memang ramai rakyat kita mati setiap tahun, malah kita akan melihat keramaian kematian adalah di atas jalan raya. Setiap detik, setiap masa, setiap hari dan saban tahun statistik ini pasti berada di puncak kematian rakyat Malaysia. Namun tiada tindakan dan kata putus untuk mengakhiri masalah ini seperti mana kenaikan harga gula untuk menjaga kesehatan rakyat.

Kematian dan kecacatan rakyat akibat bertembung di atas jalan raya tidak pulak menimbulkan buah fikiran di kepala otak Datuk Najib dan anggota kabinetnya untuk mengurangkan jumlah kenderaan persendirian di atas jalan raya. Tidak pula barisan kepimpinan nya terfikir untuk memahalkan kenderaan persendirian dan menambah serta memurahkan kenderaan awam.

Mungkin selepas ini bilamana kerajaan tak membina jalan raya akan ada alasan bahawa kerana 'kemalangan maka kami tidak membina jalan raya' dan datuk najib akan bagi alasan apa guna kerajaan mengeluarkan bajet berbilion-bilion untuk membina jalan raya sedangkan setiap tahun berjuta rakyat mati. "Maka kerajaan ambil keputusan ini kerana sayangkan rakyat", ini alasan yang tarbaik...

Bercerita pasal gula ini dan atas faktor kesihatan maka saya mengambil cadangan kepada Kementerian Kesehatan supaya pembungkus gula di letakan gambar seperti mana kotak rokok. Pihak Kementerian kesehatan boleh lah meletakan gambar mayat ataupon gambar kaki berulat akibat makan gula secara berlebihan.

Mungkin juga kementerian pengangkutan pon boleh tiru dan letak juga gambar mayat pada bas ekpress atau pon motorsikal.


Apa sekali pon rakyat mengharapkan yang terbaik dari kerajaan, tak payah la nak cerita naik harga pasal rakyat guna gula lebih, rakyat tak sihat, nak bandingkan dengan vietnam, indonesia dan negara lain-lain, kami bukan nak pindah pergi duduk sana, kami nak tinggal di sini.

Naik kan harga dan kata kerajaan memang patut naik harga sebab kerajaan dah tak ada duit, ekonomi tak berapa baik..habis cerita, rakyat tak marah kalau setakat 20 sen tu. Rakyat bayar bil astro lagi mahal. Tapi rakyat marah bilamana kerajaan nampak seperti menipu, mereka-mereka cerita, mengupah keladi lembayung supaya buat-buat cerita menakut-nakutkan rakyat.

Hari ini rakyat bukan macam zaman hang tuah dulu, rakya hari ini ramai yang boleh berfikir, dan rakyat juga berharap para pemimpin lagi lah boleh berfikir. Kalau betul nak menjaga kesihatan rakyat kenapa hospital masih lagi kena bayar, ada wad kelas 1, ada wad kelas 2 ada wad kelas 3 macam kasta pulak. Semua rakyat sepatutnya mendapat rawatan secara percuma dan tak di layan berkasta-kasta.

Nasib pakcik menoreh getah dengan cikgu sekolah sewaktu mendapat rawatan adalah lain. Pak cik menoreh duduk wad kelas 3 cikgu duduk wad kelas 1. Cikgu free tapi pakcik kena bayar.
Mereka adalah rakyat Malaysia tak kira pakcik penoreh ka, cikgu ker, driver bas kerr, mereka menyumbang kepada negara, jadi mengapa mereka harus di layan secara berkasta?

Kerajaan tak payah lah nak memantau harga barangan yang berasaskan gula supaya tak naik. Buang masa dan tak dak faedah sama sekali. Barangan lain yang berasaskan gula akan tetap naik walaupon pegawai penguatkuasa pergi tidur di premis mereka.