Wednesday, February 24, 2010

Aduan Rakyat Di TV3 Dan Masalah Rakyat Di Batu Kurau

Program Aduan Rakyat yang di terbitkan oleh TV3 setiap hari Rabu adalah program yang terbaik untuk rakyat mengadu masalah. Program yang di hos kan oleh Karam Singh Walia dan bersama dua tiga orang berlainan bangsa untuk menunjukan semangat satu Malaysia.TV 3 sudah menjadi wakil rakyat, yang berfungsi untuk membawa masalah rakyat untuk di selesaikan. Malah lebih baik daripada wakil rakyat yang banyak membuat janji kosong.

Banyak masalah dapat di selesaikan dengan kadar segera bila masuk TV3. Jalan yang berlubang, kubur yang nak runtuh, gajah yang memusnahkan kebun getah dan pelbagai lagi masalah rakyat mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak yang berwajib. Malah hari ini TV3 lapor esok dah selesai, pantas seperti kilat. Tak payah usung dairy yang tebal-tebal dan tulis panjang-panjang, tak payah usung pegawai berderet seperti langau hurung tahi, tetapi masalah tak dapat diselesaikan, lima tahun lagi tabur janji pula. Karam Singh Walia datang dengan Camera man dan serangkap dua peribahasa. "Terbakar kampung nampak asap terbakar hati siapa yang tahu" masalah dengan segera dapat di selesaikan.

Pada pilihanraya akan datang elok lah Karam Singh Walia pulak menjadi wakil rakyat, elok beliau menggantikan wakil rakyat yang banyak buat tuntutan perjalanan tetapi tidak hadir sidang Parlimen.

Masalah rakyat yang di siarkan oleh aduan rakyat sebenarnya adalah tamparan kepada wakil Rakyat di tempat tersebut. Tambahan pula masalah itu begitu mudah di selesaikan, pagi Karam Singh Walia datang petang dah selesai, ini jelas menunjukan bahawa wakil rakyat tempat tersebut tidak membuat kerja. Koh Soo Koon tak payah nak buat buku laporan KPI tebal-tebal, lihat kepada aduan rakyat sahaja sudah tahu bahawa wakil rakyat tersebut tak buat kerja, malah pada Pilihanraya yang akan datang elok di gugurkan sahaja. Rakyat menderita bila mempunyai wakil rakyat sebegini.

Rakyat memilih wakil rakyat bukan nak suruh makan gaji buta, bukan nak suruh jadi kontraktor, bukan nak suruh buat syarikat letak nama bini. Rakyat memilih dengan penuh harapan agar masalah mereka dapat di ketengahkan untuk di selesaikan. Wakil rakyat bukan sahaja perlu bijak tetapi perlu di lihat bijak dalam menyelesaikan masalah rakyat. Jangan la pulak lepas jadi wakil rakyat beban kan pulak rakyat yang memilih dengan masalah peribadi.

Jadi wakil rakyat kalau tak terpilih jadi ketua bahagian pon masih boleh menolong rakyat, Allah swt tetap memberi pahala atas pertolongan tersebut. Ini tidak! bila tak boleh jadi Ketua Bahagian potong line handphone, dulu masa nak bertanding janji macam-macam. Jumpa kambing pon mengaku adik beradik.

Kepada TV3 teruskan usaha murni anda, saya amat menghargai usaha murni ini...terima kasih TV3.

Tulisan di bawah tiada mengena dengan yang di atas..

Kepada pengendali program aduan rakyat, saya dengan ikhlas hati menjemput saudara ke kampung saya 'Kampung Batu Kurau Perak" untuk melihat masalah 'kereta sapu' yang di gunakan sejak sekian lama oleh penduduk kampung sekitar untuk ke Pekan Batu Kurau. Kereta sapu ini tiada pelindungan insurans penumpang, tidak mematuhi peraturan-peraturan JPJ. Saya khuatir nanti ada penumpang yang akan mati katak.

Selain itu pelajar-pelajar sekolah menengah Jelai dan sekolah menengah dato Kamaruddin boleh pergi sekolah dengan bas Sekolah , tetapi bila kena pergi sekolah sesi petang (kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum ) tiada bas sekolah. Kena naik kereta sapu atau bawak motor tanpa lesen untuk ke sekolah.
Sekolah menengah Jelai tiada kelas untuk tingkatan 6, jadi kepada sesiapa yang nak ambik tingkatan 6 perlu ke sekolah dato Kamaruddin. Tiada Bas dari Ijok untuk ke Batu Kurau.
Banyak pelajar sekolah bawak motor tanpa lesen pergi sekolah...

Ke-dua, masalah air bersih, bukan tak ada paip air kerajaan negeri di kampung ini, tetapi bayaran masuk yang mahal, menyebabkan orang kampung tak mampu bayar, selain Bill air juga mahal, orang kampung menggunakan air yang berpunca dari bukit, di usahakan secara bergotong royong. Tetapi akibat penebangan balak halal dan haram maka banyak punya air yang rosak, bila musim hujan air langsung tak boleh minum.

Ketiga tiada balai bomba, sekiranya ada kebakaran dalam pekan batu kurau atau kampung sekitar nya, pihak bomba taiping yang terletak puluhan kilometer di harapkan untuk memadamkan kebakaran. Bila pihak bomba tiba rumah yang terbakar sudah jadi abu. Banyak kebakaran yang berlaku sebelum ini. Orang kampung hanya mampu cedok air pakai baldi untuk memadam kebakaran tersebut. (sini ada sikit berita rumah terbakar)