Wednesday, February 23, 2011

Malaysia perlu akal baru & bukan lagi akal Mahadey

Tun Mahathir memerintah Malaysia selama 22 tahun. Banyak jasa beliau kepada negara. Jasa yang baik harus di puji manakala yang tidak baik jangan lah di keji. Manusia ada juga melakukan kesilapan.

Selama 22 tahun umat melayu khas nya menelan bulat-bulat apa yang mahthir kata. Jarang umat melayu mengkritik beliau. Satu faktor mengapa ini terjadi kerana apa yang di buat oleh Madey bukan hanya melalui kata-kata, tetapi ia boleh di rasai dan di nikmati oleh rakyat.

Seni politik mahadey halus. Sukar di baca, seni nya lebih kurang mamak nasi kandar... dalam pusing-pusing dia kata 6 ringgit. Sebab itu kita menyaksikan sesiapa yang melawan Mahadir akan rebah tersungkur. Pak Lah yang di jadikan kambing hitam oleh beliau supaya beliau boleh di pandang cantek oleh org lain dengan memburukan pak lah. Pak Lah tersilap kerana tidak menjunjung Mahathir semasa hayat pemerintahan nya. Sepatutnya Pak lah memuji dan Memuja Mahathir.

Lihat sekarang Kerajaan Najib, Mahathir di usung dan di puja semula. Segala kata-kata Mahathir sewaktu mahu berhenti dahulu kununya "Dah lama dah" tak mahu dah terlibat dalam politik dan mahu berehat, saya dengar pesan mak saya supaya berhenti semasa org sedang suka sudah hilang. Kini kita lihat Mahathir lebih perdana menteri daripada Najib. Dia lah yang lebih sibuk... segala air liur yang keluar dari kerongkong nya di tadah bagaikan mutiara.

Terbaru ini kita dapat saksikan yang Mahathir sedang menyamak diri. Opps lalang beliau tidak terlibat, semasa pemerintahanya dia minta Isa di mansuhkan. Ini adalah bukti-bukti di mana dia sedang menyamak dan beristinjak. Ini di lakukan supaya diri nya nampak bersih dan pemerintahanya tidak zalim.

Hari ini Malaysia sudah 53 tahun Merdeka, lagi 9 tahun akan menempuh tahun 2020 di mana di janjikan Malaysia akan menjadi negara maju. Mahathir juga sudah meninggal tampuk kuasa selama 9 tahun. Sudah dua perdana menteri sesudah beliau.

Namun kini nampaknya umno dan pemerintah Malaysia masih guna akal Mahadey. Di kutip nya lagi. Sepatutnya kita sudah menggunakan akal lain lah pulak untuk membangunkan negara ini. Ini tak habis-habis akal Mahathir. Semalam di dalam berita di tunjukan Mahathir berkata lebuhraya tidak perlu di milik negarakan. Ini kerana ia akan membebankan kerajaan dan sudah pasti akan lebih teruk kerana tiada kerja penyelenggaraan dapat di buat kerana tidak mengutip tol.

Milik negara kan ini akan menyebabkan syarikat kroni Mahathir lingkup. Itu sahaja perlu faham. Kerajaan tetap mengutip tol, cuma dalam kadar yang tidak membebankan rakyat. Kerajaan boleh melantik syarikat GLC untuk mengawal dan meyelengara. Contoh macam TNB dan Telekom. Bagi kenderaan perdagangan seperti pengangkutan untuk barangan keperluan utama seperti gula, beras dan lain-lain kerajaan boleh mansuh kan tol untuk mereka dan ini sudah tentu harga barangan tersebut menjadi murah. Kerajaan juga senang hendak kontrol tawkey-tawkey ini.

Kalau kita melihat sekarang ini, kerajaan seolah-olah tiada kuasa langsung ke atas lebuh raya. Terpaksa menurut dan mengikut sahaja.

Maka untuk ada perubahan seperti di jana oleh datuk seri Najib dan rakyat merasa perubahan nya maka elok lah pemikiran Mahadey ini di tolak ketepi. Bawalah pemikiran baru, kearaha masa depan yang lebih cemerlang untuk Negara, UMNO dan Barisan Nasional. Kalau tidak kita fikir kita sedang melangkah ke depan rupanya kita sedang undur ke belakang.