Thursday, February 17, 2011

Kes Liwat : Tindakan lebih cerdik daripada zaman Madey dulu


Dulu pergi Mahkhamah bawak Tilam....
Kaji-kaji rupanya melayu ini tak bodoh lagi...masih boleh fikir...
Ingatkan melayu tak pernah tidur di hotel mewah.....
Rupanya melayu pernah tidur di hotel... dan tahu tilam di hotel di lapik cadar....
Bila ada lapik cadar mana mungkin air mani boleh tembus....
Bila lapik cadar mana mungkin bulu pungkok munawar boleh melekat...
Akhirnya Madey terkantoi.........
Kesian pulis jenuh usung tilam.......hapak lagi busuk...

Tindakan Cedik sikit kali ini.................

Liwat II: Bulu, seluar dalam, cadar dikemukakan

3.00pm: Dr Seah berkata ujian DNA pada calitan kapas B5 pula (dari kawasan peri annal) menunjukkan ia milik Saiful dan campuran DNA termasuk Saiful, lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki.

2.50pm: “Tiada profil DNA pada calitan B, B1, B2, B3, B4 dan B6,” kata Dr Seah.

Menurutnya, tompokan pertama air mani daripada seluar dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful. Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA. Satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidaak dikenali dan dilabelnya sebagai “lelaki Y”.

2.45pm: Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.

2.40pm:
Mahakamah bersambung semula dengan Dr Seah mengambil tempatnya di kandang saksi.

1.04pm: Laporan kimia itu juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan berkata ia akan disambung pada jam 2.30 petang.

12.43pm: Dr Seah berkata dua ujian dijalankan ke atas tompokan spesimen B - iaitu ujian PSA dan ujian menentukan kehadiran sperma.

Tiga ujian dilakukan pada kesan tompokan mani - iaitu ujian asid phosphosate, PSA dan ujian kehadiran sperma.

12.38pm:
Dr Seah berkata beliau berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan dan juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.

12.34pm:
Doktor itu juga menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan.

12.29pm: Dr Seah berkata beliau hanya mengetahui lokasi calitan kapas diambil berdasarkan tanda-tanda yang dibuat. Antaranya:

Calitan B5 yang ditanda P36 ialah kawasan sekitar peri-anal atau dubur.

Calitan kapas B7 dan B 39 yang ditanda P38 dan P 39, masing-masing adalah sekitar dubur atas manakala calitan B9 yang dilabel sebagai P40 adalah di kawasan sekitar dubur bawah.

12.23pm: Dr Seah menyambung keterangan dan berkata ujian DNA dimulakannya pada 1 Julai 2008. Ujian kedua pula dilakukan pada hari keesokannya.

Katanya, analisis DNA itu selesai pada 5 Julai 2008 dan hasilnya beliau mendapati kesan air mani pada calitan kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9.

12.20pm: Mahkamah diberitahu semua barangan termasuk permaidani dan selimut disimpan di bilik sejuk Jabatan Kimia.

12.17pm: Dr Seah berkata ujian toksilogi dilakukan oleh seorang ahli kimia toksilogi,AP Mohan.

12.12pm: Mahkamah bersambung semula. Turut hadir hari ini adalah bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan ahli parlimen Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff.

11.37am: DPP Noorin memohon mahkamah untuk rehat seketika. Hakim Zabidin bersetuju dan meminta semua pihak masuk semula pada tengahari.

11.32am: Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Anwar dari tempatnya memerhatikan sampul surat yang berisi cadar itu dibuka. Menurut Dr Seah bungkusan itu dihantar ke jabatannya dengan tanda keselamatan polis.

Setelah memeriksanya, ia dibungkus semula dan ditandakan dengan mohor Jabatan Kimia.

11.28am: Selain pakaian Saiful yang lain seperti, baju hijau jenama G2000, turut ditawarkan sebagai bahan bukti adalaghpermaidani pelbagai warna yang disita oleh Jabatan Kimia.

11.17am: Satu lagi seluar dalam yang juga dipercayai kepunyaan Saiful turut dikenal pasti. Semua bahan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah sampul.

11.14am: Seluar dalam Saiful yang berjenama Levi's pula dikenal-pasti. Seluar dalam ini telah dikemukakan sebagai bahan bukti.

Ketika ini, Wan Azizah dilihat menundukkan kepalanya, manakala Anwar sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.

11.10am: Kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren yang digunakan oleh Saiful pula dikemukakan.

11.04am: Sepasang seluar hitam (tanpa jenama) yang dipercayai yang digunakan oleh Saiful juga dikemukakan sebagai bahan bukti.

Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.

11.02am: Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan.

"Macam mana Dr Seah tahu perkara tersebut?" soalnya.

DPP Noorin berkata ia berdasarkan laporan doktor itu.

Sankara berkata ia sepatutnya ditanda sebagai segumpalan rambut.

10.59am: Bahan-bahan bukti, termasuk bulu kemaluan kini sedang ditandakan. Ketika proses itu, DPP Noorin, peguam Ram Karpal dan Sankara Nair semuanya memakai sarung tangan getah.

Dr Brian Mc Donald yang duduk di antara Sankara dan Ram memerhatikan perkembangan itu.

10.27am: Semua sampul yang bertanda B1 hingga B11 yang dipercayai mengandungi calitan kapas, di mana spesimen diambil ditandakan sebagai bahan bukti.

10.15am: Menurut Seah beliau menerima bungkusan berkenaan daripada DSP Jude Blacious Pereira. Seah kemudian mengena-pasti pegawai polis itu dan juga bungkusan tersebut.

10.08am: Hakim Zabidin membuat keputusan yang memihak pihak pembelaan bahawa dokumen (borang kedua Pol 21) yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit.

10.06am: Mahkamah bersidang semula.

Mahathir Sudah Nya yu..........

Tun Mahathir adalah negarawan. Dia sudah pon keluar dari pentas politik negara tetapi kini beliau di lihat lebih susah hati berbanding Datuk Seri Mohd Najib dengan nasib Parti UMNo. Mengapa??

Beliau berkata sekarang melayu dalam di lemma dengan nasib mereka. Apakag betul kata Mahathir ini. Selama 50 tahun UMNO berkuasa apakah nasib melayu terbela. Atau hanya melayu-melayu tertentu sahaja yang melimpah ruah kekayaan nya.

Mari kita lihat...5o tahun Melayu berkuasa

Lima Puluh tahun Melayu berkuasa.....Lim kuan yew dapat Tanah Singapura...........

Lima Puluh tahun Melayu berkuasa..........Singapura menjadi luas.... hasil tambak Pasir dari Johor.......

Lima Puluh tahun Melayu berkuasa.....Singapura beli air 3sen dan jual balik 50sen........

Lima puluh tahun Melayu berkuasa.........Lim kuan yew dapat Pulau Batu Putih..........

Lima Puluh Tahun Melayu berkuasa .......Lim Kuan Yew dapaT Tanah KTM.............

Lima puluh Tahun Melayu berkuasa.......Melayu amat Takut nak bina Jambatan di atas tanah sendiri.............

Lima puluh tahun Melayu berkuasa.... Vincent Tan dapat lesen judi.....vincent Tan menjadi kaya raya....Melayu terus ternga-nga...

Lima puluh tahun Melayu berkuasa.......Anananda dapat Satelit Measat....Ananda dapat Astro... Ananda dapat Maxis......Anananda kaya raya...........melayu Nga-nga...

Lima puluh tahun Melayu berkuasa ......Lim Goh Tong dapat bukit Genting....Lim Goh Tong seketurunan kaya raya...Melayu terus Nga-nga....

Lima Puluh tahun Melayu Berkuasa.........YTL.. dapat tanah KTM Sentul... Bina apartment Mewah....Melayu Flat Sentul...Melayu Flat Seri Kelantan....Melopong...

Lima Puluh Tahun Melayu Berkuasa.....YTL dapat bina penjana bebas IPP....YTL dapat subsidi gas tanpa satu sen pon di potong...... YTL kaya raya....Melayu Pak tani dengan melayu nelayan yang kena potong dan tanggung subsidi..............

Lima puluh Tahun Melayu Berkuasa.........Kampung Chu Badak...Kampung Abdullah Hukum....Kampung beremban..... Kampung Melayu batu Uban.... habis di rembat dan di berikan kepada Tawkey......Melayu pindah masuk bukit.........

Lima Puluh Tahun Melayu Berkuasa......di Petaling Street ada China Town.....di brickfields ada Little India.........Dimana Malay town....Dimana....Little Malay ? Melayu terus ternga-nga....

Lima Puluh Tahun Melayu berkuasa......Sekolah Cina Ada.....Sekolah India ada....Di mana sekolah Melayu?...........Melayu...terlopong.......

Lima Puluh Tahun Melayu Berkuasa.........Menteri Melayu Cium Keris pusaka warisan nenek moyang kena sujud mohon maaf..... tetapi Namawee... hina melayu....Soi lek hina Melayu.....Karam singh kata melayu bangsat... tak perlu mintak maaf...............oh Melayu terus ternga-nga..........

Lima Puluh Tahun Melayu berkuasa.....Melayu tulis Novel Interlok......kena mintak maaf....kena menanggis...........dan kena pinda penulisan............oh Melayu.....

Lima Puluh Tahun Melayu berkuasa....Melayu Felda dapat baja campur pasir.............

Lima Puluh Tahun Melayu berkuasa.......Melayu Felda terus tanggung hutang tanah............

Lima Puluh Tahun Melayu berkuasa.........Melayu Felda Tanam semula sawit Rm 8000/ekar tetapi Sime darby tanam 1 ekar Rm 3000........Melayu felda terus berhutang........

Lima puluh tahun Melayu berkuasa...........Melayu Felda jual sawit gred A di kira Buah gred C........ternga-nga lagi Melayu.....

Lima Puluh Tahun Melayu Berkuasa........Orang Melayu Batu Kurau terus Naik Kereta sapu........

Lima Puluh Tahun Melayu Berkuasa......Rumah Orang Melayu Batu Kurau terus terbakar kerana balai bomba yang jauh..........

Lima Puluh Tahun Melayu berkuasa.......Orang melayu lihat KLCC macam tengok ikan dlam balang ..........seorang melayu pon tak berpeluang berniaga.......

Lima Puluh tahun melayu berkuasa ...seorang melayu pon tak tahu siapa bapak madey...kahkahakha