Tuesday, January 19, 2010

KEKKWA : Sila Masukkan Bangunan Ini Dalam Senarai Bangunan Warisan



Ini adalah bangunan yang di bina di sebelah stesen bas Puduraya atau nama komersial nya Plaza Rakyat. Bangunan ini di beri apanama adalah tidak di ketahui, sebab nya papan tanda yang menerangkan susur galur projek ini telah lama reput di makan anai-anai.

Rangka bangunan ini boleh di lihat dengan jelas sekiranya di pandang dari atas stesen LRT hentian Plaza Rakyat. Mengikut suara mulut oleh orang yang sudah lama bermastautin di sini bangunan tersebut sudah lama terbiar di situ. Kalau melihat dari pokok yang tumbuh kita boleh menilai dan mempercayai khabar mulut tersebut.

Khabar mulut itu bersurah panjang kepada saya sewaktu bergebang dengan nya sewaktu sama-sama menunggu LRT untuk ke Ampang. Kata mulut tersebut sekiranya di tukar nama bangunan tersebut kepada nama Tun Razak ke, Tun Husin on ke atau pon Tun Abdullah pasti cepat siap. Tapi nama Plaza Rakyat, untuk rakyat memang macam tu. Cuba tengok stesen Bas ni, Plaza untuk rakyat la kata kan. Saya diam dan hanya mendengar surah nya.......

Mungkin ini adalah khazanah negara yang tidak ternilai harganya, maka saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Warisan (Kekkwa) supaya mewartakan bangunan tersebut sebagai bangunan warisan. Amat sesuai sekali sekiranya di masukan kedalam kalendar pelancongan negara.

Sign Board yang besar dan terpampang di jalan raya yang mempromosikan pelancongan di Malaysia, amat molek kiranya di lekatkan gambar bangunan tersebut. Para pelancong dalam negara yang tidak berkemampuan untuk melawat piramid di Mesir, tamam tergantung bayblon, dan Angkor Wat di Burma, maka mereka dapat melawat bangunan tersebut. Ini akan mengelakan pengaliran wang negara keluar.Pihak Kekkwa juga boleh berusaha untuk mendapat pengiktirafan UNESCO untuk mewartakan bangunan tersebut.

Seribu tahun lagi sekiranya bumi masih berputar pada paksi nya, matahari masih naik di timur dan turun di barat, anak cucu, cicit, piut kita pasti nya akan mengali. Mereka akan mengali untuk mengkaji. Mengali seperti mana kita mengali di lembah bujang. Mereka akan mengesan kerangka bangunan tersebut.

Mereka pasti berbangga dengan hasil kerja nenek moyang mereka. Cikgu sejarah mereka pasti akan bersurah sedikit sebanyak akan perihal binaan orang terdahulu. Mereka pasti akan berteori seperti mana kita berteori.Kalau kita berteori tentang orang dahulu menggunakan putih telur, menggunakan selut untuk membina bangunan, maka cucu, cicit piut kita akan berteori bahawa moyang mereka mengurangkan simen dan melebihkan pasir dalam bancuhan. Mereka juga akan berteori bahawa saiz besi pon di kecilkan dari saiz sebenar.

Kalau mereka bernasib baik, mereka pasti berjumpa dengan peti yang menyimpan maklumat projek tersebut. Mereka pasti akan berjumpa surat-surat perjanjian. Mereka pasti terbaca surat -surat melantik sub-con, surat-surat pengagihan percent, surat-surat lobi-melobi. Mereka pasti terjumpa surat melantik kontraktor bumiputra, dan surat kontraktor bumi putra tersebut menjual projek tersebut kepada tawkey-tawkey. Ohh mereka pasti terfikir ini lah dasar bumiputra yang di buat oleh moyang mereka.

Kepada mereka yang ingin melawat sila lah datang ke Puduraya ( Baca Plaza Rakyat)....