Monday, April 25, 2011

Ini Sudah Gila: Apabila Cina Kena Marah Kerana Tak Mahu Baca Utusan

PERKASA berdemo depan pejabat MCA

Kira-kira 50 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhimpun di depan ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur bagi membantah gesaan parti itu untuk memboikot Utusan Malaysia.

Mereka melaungkan slogan "Hidup Melayu", "Hidup Utusan Melayu" dan bertakbir selain membawa poster bertulis "MCA jangan main api".

Menganggap akhbar itu sebagai pembela orang Melayu, Setiausaha PERKASA Syed Hassan Syed Ali berkata perhimpunan itu diadakan kerana MCA terus menyentuh sensetiviti kaum itu.

Ini sudah gila....walaupon gila ada macam-macam jenis gila.......

Ini gila tahap gaban.....

Kalau cina tak mahu baca nanyang siang pau..wajib la di marah..

Kalau cina tak mahu baca Sin Chew Daily....wajib di marah...

Kalau Cina tak mahu baca China Press..wajib di marah....

Ini di marah cina yang tak mahu baca Utusan Meloya.....kena marah

Ini macam marah Samy Vellu tak mahu baca Talkin.......

Ini macam marah Soi Lek tak mahu baca Kitab Jawi....

Ini macam suruh koh soo Koon Bersunat.......

Ini Kerja gila...........

Kehebatan Mata : Sembunyi Nampak Yang Terang Tak Nampak

Utusan hari ini di muka depan melaporkan Pulau Pinang lubuk judi. Taruhan jutaan ringgit sehari dan 59 di tahan seminggu. Ini lah gambaran oleh akhbar Utasan mengenai negeri Pulau Pinang yang di perintah oleh YAB Lim Guan ENG yang bukan beragama Islam.

Ya!! Lim Guan Eng bukan beragama Islam, dia memakan babi dan penyembah berhala. Ayah nya Lim Kit Siang juga begitu. Judi tidak haram bagi mereka.

Utusan cuba mengambarkan betapa buruknya pemerintahan Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang di penuhi dengan Judi. Haram judi kata utusan!!!

Di Ipoh ada padang untuk lumba kuda tetapi Lim Guan Eng tidak memerintah di sana. Dr Zamry seorang Islam yang tidak menyembah berhala dan makan babi memerintah di sana. Di Kamunting dan di Ipoh banyak kedai magnum, toto dan kuda. Di Batu kurau Dekat kedai basikal ada jual nombor dan di Jelai kedai pintu warna kuning ada juga jual nombor ekor.

Di Melaka datuk Ali Rustam memerintah walaupon susur galur Lim Guan Eng Berasal dari sana. Datuk Ali Rustam Seorang Melayu yang beragama Islam. Dia tidak menjamah babi walaupon di masjid tanah ada banyak ladang babi. Di melaka ada banyak kedai number ekor magnum, kuda dan toto.

Lim Guan Eng Juga tidak memerintah negeri pahang. Adnan Yaakob yang beragama islam memerintah di sana. Di atas bukit genting ada pusat judi kasino.

Dari Johor sampai Perlis ada beribu-ribu pusat judi Magnum kuda dan toto....Dari Kudat sampai Bau ada beribu kedai nombor ekor..

Tuesday, April 19, 2011

Sarawak : Untung Nya Rakyat

Sekejap hitam sekejap kuning, senyum pon tawar habeh itu lah muka PM Najib waktu berkempen di Sarawak. Berkampung Najib Dan TS Muhyiddin sampai seminggu di bumi Sarawak. Berkampung bukan untuk belajar menyumpit atau tarian sumazau tetapi untuk menawan hati rakyat Sarawak.

Kehulu- hilir mereka menjelajah dengan helikopter, kadang kala nak tunjuk susah naik lah sekejap boat penambang. Mereka berpecah Muhyiddin tak bersama Najib sewaktu berkempen manakala Taib pula di tidak di bawa sebagaimana selalu. Mungkin Taib tak selesa berkempen bersama mereka kerana dia berbini muda dan anak dara. Berbanding dengan janda sudah tentu ia jauh berbeza.

Ini lah penangan pilihanraya Negeri Sarawak ke-10. Makan tak lalu berak pon tak keluar, tidur laglah tak lena. Segala strategy mesti rancang, vedio sex, raja petra masih tak laku malah meraih simpati. Maka di angkutnya projek untuk di tabur janji.

Segala sungai yang di jumpai dan denai yang di lalaui di hadiahkan jambatan dan jalan raya. Ini cukup baik bagi negeri Sarawak. Sebuah negeri yang kaya tetapi rakyatnya papa kedana. Hasil hutan, hasil pekan, hasil bumi semua di sembat dan di rembat. Maka segala janji di tabur kan untuk menarik semula kepercayaan rakyat dan di terjemahkan dalam bentuk undi.

Bagi Rakyat Sarawak ia merupakan hadiah yang besar. Maka sudah semestinya mereka mengundi BN untuk kali ini. Tetapi ingat rakyat Sarawak jikalau mereka hanya memasang papan tanda projek tanpa perlaksanaan elok lah lima tahun lagi kamu usah percaya dengan janji mereka.

Monday, April 11, 2011

Sarawak : Pengundi Jangan Beri Keselesaan Kepada BN

Penamaan calon dan tempoh berkempen sudah mencecah lima hari. Dari blog ke blog yang banyak ialah isu vedio sex. Suasana di Sarawak dan kempen melalui blog agak kurang. Mungkin banyak blogger kurang akses dengan maklumat dari sana.

Negeri bumi Kenyalang adalah bumi yang terluas di dalam negara Malaysia, negeri yang kaya dengan hasil minyak nya. Menurut sejarah minyak yang mula di korek di Sarawak ialah pada tahun 1910. Negeri ini juga amat kaya dengan hasil balak selain pengeluar utama lada hitam.

Lebih 20 suku kaum mendiami bumi Kenyalang, dengan ke amanan serta keharmonian yang wujud di bumi kenyalang ini adalah satu petanda yang baik bahawa suku kaum nya saling hormat-menghormati dan bekerjasama.

Pada 16 april nanti bumi kenyalang akan mengadakan pilihanraya yang ke-10. Setelah 9 kali pilihanraya negeri di adakan menyaksikan barisan Nasional menjadi parti tunggal yang memerintah negeri Sarawak. Dalam Pilihanraya negeri yang lepas hanya 6 kerusi di menangi pembangkang.

Dulu pada 2006 setelah selesai penamaan calon, barisan nasional akan memenangi tidak kurang dari 10 kerusi dengan tanpa berlawan. kemenangan Free dan kerana calon tarik diri. Namun dalam penamaan calon baru-baru ini situasi sudah berubah.

Isu - isu Sarawak adalah tidak berkaitan dengan semenanjung dan juga vedio sex Ds Anawar. Di sana ialah isu tanah adat dan kemiskinan mereka yang selama 48 tahun berada di dalam Malaysia dan 30 tahun bersama Taib Mahmud yang berbini muda itu.

Kemiskinan dan kesusahan rakyat Sarawak yang berada di negeri yang kaya raya adalah menjanggalkan. Hasil bumi nya seperti minyak, gas, balak, hasil pertanian & perikanan adalah penyumbang utama kepada pendapatan negeri. Amat pelik rakyat miskin berada di dalam negeri yang kaya -raya. Mereka yang kaya raya hanya lah golongan yang menguruskan kekayaan ini. Golongan ini adalah mereka yang di pilih oleh rakyat sarawak di dalam pilihanraya.

Di kawasan pendalaman Sarawak, kebanyakan pendudk nya masih lagi membuang taik, mandi, membasuh dan mengangkut air di Sungai. Mereka masih lagi membeli barang yang mahal kerana kos pengangkutan yang tinggi. Namun mereka hanya melihat kayu balak di hanyut kan di sungai dan kawasan hutan mereka di cerobohi. Air sungai kemerahan. Namun hasil daripada duit balak itu mereka langsung tidak dapat nikmati.

Di dalam Pilihanraya kali ini rakyat Sarawak perlulah bermuhasabah, setakat hari ini apa pembangunan, janji dan juga keuntungan yang mereka dapat hasil dari pemerintahan Bariusan Nasional di negeri Sarawak. Mereka harus buat audit dan penilaiaan.

Orang Sarawak perlu sedar bagaimana hak mereka di rampas dan kekayaan negeri mereka di rompak. Sesuatu perlu di lakukan.

Pengundian yang di jalankan nanti turunlah membuang undi, berilah undi kepada parti dan calon yang anda suka tetapi janganlah beri keselesaan kepada mereka. Kerena keselesaan yang anda berikan kepada parti dan calon akan menyebabkan mereka jadi raja dan anda jadi kuli. Sekiranya anda memberikan mereka kedudukan yang was-was, seperti tarik tali, anda akan jadi raja dan mereka jadi kuli....Selamat mengundi