Tuesday, April 19, 2011

Sarawak : Untung Nya Rakyat

Sekejap hitam sekejap kuning, senyum pon tawar habeh itu lah muka PM Najib waktu berkempen di Sarawak. Berkampung Najib Dan TS Muhyiddin sampai seminggu di bumi Sarawak. Berkampung bukan untuk belajar menyumpit atau tarian sumazau tetapi untuk menawan hati rakyat Sarawak.

Kehulu- hilir mereka menjelajah dengan helikopter, kadang kala nak tunjuk susah naik lah sekejap boat penambang. Mereka berpecah Muhyiddin tak bersama Najib sewaktu berkempen manakala Taib pula di tidak di bawa sebagaimana selalu. Mungkin Taib tak selesa berkempen bersama mereka kerana dia berbini muda dan anak dara. Berbanding dengan janda sudah tentu ia jauh berbeza.

Ini lah penangan pilihanraya Negeri Sarawak ke-10. Makan tak lalu berak pon tak keluar, tidur laglah tak lena. Segala strategy mesti rancang, vedio sex, raja petra masih tak laku malah meraih simpati. Maka di angkutnya projek untuk di tabur janji.

Segala sungai yang di jumpai dan denai yang di lalaui di hadiahkan jambatan dan jalan raya. Ini cukup baik bagi negeri Sarawak. Sebuah negeri yang kaya tetapi rakyatnya papa kedana. Hasil hutan, hasil pekan, hasil bumi semua di sembat dan di rembat. Maka segala janji di tabur kan untuk menarik semula kepercayaan rakyat dan di terjemahkan dalam bentuk undi.

Bagi Rakyat Sarawak ia merupakan hadiah yang besar. Maka sudah semestinya mereka mengundi BN untuk kali ini. Tetapi ingat rakyat Sarawak jikalau mereka hanya memasang papan tanda projek tanpa perlaksanaan elok lah lima tahun lagi kamu usah percaya dengan janji mereka.