Friday, January 22, 2010

Batu Kurau & Buah Durian Yang Tak Standard

Minggu kemarin Tabuan balik ke Batu Kurau, sudah lama tak balik ke Batu Kurau, kerana kesibukan mencari rezeki di luar. Musim Durian sudah selesai, tangkai-tangkai moktan, pulasan, langsat dan dokong sudah lama kering. Sekarang musim buah mekai (baca Tampoi) dengan buah rambai.

Kalau dulu masa remaja, masa dok Sekolah Dato Kamaruddin, Tabuan akan ambil kontrak panjat Mekai dengan Rambai. Kalau panjat rambai kena bawak sorang tukang ikat. Masa tu sekilo tiga kupang. Biasanya sepokok boleh lah dapat dalam seratus kilo dan kalau pokok besar sampai lima ratus kilo pon pernah, tapi kepenatan amat lah terasa.

Panjat Mekai lebih senang, dan harga lebih mahal. Buah Rambai dan mekai ni sedap juga kalau di makan. Orang lebih suka buah mekai. Kalau nak rasa kesedapan makan mekai kena telan sekali dengan biji, nikmat nya akan terasa bila anda berada di dalam jamban..

Musim durian tempohari Tabuan ada balik makan durian. Ramai orang kampung merungut harga buah durian yang murah. Di kapoh dengan teruk ( kapoh : 2 atau 3 atau 4 atau lima biji durian di campur dan di kira satu biji) satu biji buah kapoh di kira dengan harga rm 2.00. Bawak satu bakul penuh baru dapat rm 15.00. Saya tak pasti makhluk mana yang mengaja atau memberi idea begitu untuk mengira buah durian.Idea yang bingai dan bodoh sama sekali. Sudah pasti keuntungan adalah kepada orang tengah dan yang pasti tawkey cina. Orang Melayu yang menjadi "Tuan" naik tebang rimba, tanam durian, tembak babi, tembak beruk, tembak tupai, kandar durian bawak turun, bubuh dalam motor bawak pi kedai, kena tipu akhir nya...tawkey yang kaya tawkey yang untung...kesian Tuan Melayu.

Itu lah nasib pekebun durian Batu Kurau, nak harap kan FAMA untuk membantu jauh sekali.

Dulu masa saya sudah pandai jual durian, harga nya memang mahal. Saya pernah menjual durian dengan harga rm 7.00 satu biji, paling-paling kurang pon rm 5.00 satu biji. Semua ini sudah 20 tahun lalu. Masa tu Chai ( Baca Atok) belum mati. Musim durian tak berserok (Baca Sarapan) di rumah, Serok kedai kopi la. Sangat seronok, musim menebas, boleh tahan burung cokcok (Baca burung kelicap) di pokok kantan. Pagi-pagi sudah naik ke bukit durian, adakala nya tidur di bukit durian, tunggu babi hutan.

Orang kampung sangat seronok kerana ramai orang berkunjung ke Batu Kurau. Ada yang datang sebagai sedara mara, ada yang mengaku adik beradik, (Bukan nak jadi ahli parlimen sahaja mengaku ada adik beradik di batu kurau, nak makan durian pon mengaku) tapi itu tidak menjadi masalah kepada orang kampung untuk melyan tamu yang datang.

Durian Batu Kurau terkenal, dari Perlis sehingga ke Johor orang akan bercerita tentang keenakan durian Batu Kurau. Tapi kini amat heran mengapa Durian Batu Kurau terus mapos, tidak lagi menjadi sebutan orang, malah orang sudah tidak lagi mengenali akan kehebatan dan kenakan durian Batu Kurau. Orang lebih mengenali durian Balik Pulau, Pulau Pinang. Mengapa??? mengapa terus berkubur...

Saya tidak mahu menunding jari menyalahkan Jabatan Pertanian, tak mahu menyalah peladang kerana kerana replika durian di tepi pejabat nya. Tak mahu menyalahkan wakil rakyat, tak mahu menyalahkan Tok Hamzah, Jauh sekali menyalahkan pak itam. Saya menyalahkan penanam-penanam durian kawasan Batu Kurau.

Masa dulu, mengikut riwayat yang bersurah kepada saya, sewaktu saya berkunjung ke rumah nya untuk mengambil umbut tepus dan pucuk salang. Seorang tua, dia bercerita tentang kehebatan dusun besar, dusun besar yang terletak di batu 16. Kata nya masa dulu, masa durian mahal, masa lori Singapore bertayar lapan belas mengangkut durian, dusun besar di pajak. Harga pajakan mencecah tujuh puluh ribu, kata nya. Masa tu durian memang mahal, memang menjadi harga. Selain dusun besar ada juga pemilik-pemilik dusun kecil dan pemilik sebatang dua pokok durian. Harga durian mahal pada waktu mula luruh (baca gugur).

Pokok siapa yang luruh dulu, maka orang tersebut akan meraih laba. Jadi pemilik-pemilik dusun, terutama orang yang memajak dusun, pada masa ini lah nak buat duit dengan cepat nak untung dengan cepat. Bagaimana nak bagi buah durian luruh cepat? boleh jual lekas, boleh dapat untung. Bubuh baja urea, taburkan baja urea kat bawah pokok gerenti buah akan luruh cepat. Buah yang tak berapa masak yang luruh akan di kutip untuk di jual, biasanya di sulam dengan buah yang elok. Ada juga di himpun dan di simbah air bancuhan isi durian supaya ada bau.

Buah durian ni memang ada bau, tapi tak ada rasa.. tawar hebeh. Bila di angkut di jual di bandar-bandar besar orang akan beli. Pembeli akan tertipu. Bila pembeli dah tertipu maka serik lah nak beli lagi... maka jatuh lah harga...hilang lah minat orang terhadap durian batu kurau...

Biasa nya ini adalah kerja orang yang memajak dusun, pemilik kurang buat begini kerana takut mampus pokok panas urea. Lagi pemajak nak cepat dapat modal pajakan. Kesan daripada tindakan kurang bijak daripada segelintir ini lah yang menyebabkan durian Batu Kurau di pandang enteng hari ini.

Untuk memulihkan semula situasi ini semua pemilik dusun perlu lah meng kualitikan balik buah durian. Kalau ada pokok yang buah nya magka jangan lah jual, buat naya kat pembeli. Tanam lah durian yang buah nya di jamin elok, seperti pokok kawin..D24, D9, D7 , tangkai panjang, Ang hai (udang lipan). Bagi buah yang di ketahui elok, isi nya baik, gred kat buah tersebut..angkat darjat buah tersebut. InsyaAllah zaman kemilangan durian batu Kurau akan kembali semula....

Thursday, January 21, 2010

PilihanRaya Di Malaysia & Acara "Laga" Lembu


Pada 18 Januari 2010 Utusan Malaysia Online telah menyiarkan kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya bahawa terdapat seramai 4.39 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi belum mendaftar sebagai pemilih.

Berita itu menyatakan 65 peratus adalah bumiputra. Mengikut statistik negeri yang paling ramai belum mendaftar ialah Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

Mengikut berita tersebut bangsa Melayu adalah paling ramai, terutama adalah generasi muda. Mengapakah generasi muda Melayu tidak berminat menjadi pengundi?

Saya sebagai generasi muda dan sering bergebang dengan mereka, dan saya sering mengajukan soalan mengapa anda tidak mendaftar untuk menjadi pengundi? Jawabpan mereka ialah tidak berminat dan ada seorang member saya yang tidak pernah mengundi dan langsung tak berminat hal-hal politik dan pilihanraya bersurah bahawa dia langsung tidak berminat kerana Pilihanraya yang di adakan di Malaysia adalah Pilihanraya yang tidak bertamadun, lahir dari fikrah yang tidak cerdik dan akal tak waras . Saya tergaru-garu kepala..

Saya memasanga telinga untuk mendengar surah nya, kata nya bangsa kita (Melayu) sudah lama mempunyai tamadun sebelum Orang Amerika memakai baju, mempunyai sistem pemerintahan sejak dari kerajaan Kedah Tua. Tetapi setelah beratus tahun kita masih tak boleh menggunakan kewarasan akal kita. Saya pelekat rokok sebatang...

Mengapa hang kata tak waras, dah lima puluh tahun kita merdeka, dah dua belas kali kita mengadakan Pilihanraya Umum dan ntah beratus kali kita mengadakan pilihanraya kecil tak dak masalah pon tak dak orang komen pon kata saya....

Apa tujuan kita mengadakan pilihanraya kata nya, belum sempat saya jawab beliau sambung...kita mengadakan pilihanraya adalah untuk memilih pemimpin dan pemimpin yang kita pilih yang akan membina dan membangun kan negara, memajukan negara, menaik taraf kehidupan rakyat, kita mesti nak pilih yang terbaik di kalangan kita. Kita bukan nak mengadakan pertandingan "Laga" lembu kata nya.

Maksud hang? Cuba hang tengok penamaan calon, satu team bawa sekor lembu dan satu team lagi bawak sekor lembu, sampai kat sana pakat-pakat pelaga. Hang tengok sistem pilihanraya yang kita buat, yang di uruskan oleh SPR, bila nak penamaan calon buat serentak parti A dan parti B pakat mai serentak lepas tu pakat dok berkelahi, berapa ramai pihak polis, Fru dan lain agensi keselamatan kena bertugas, semua buang duit dan buang masa.

Kalau SPR tu cerdik sikit, buat la penamaan calon dua hari, hari ni parti A esok parti B, lepas buat la bagi panjang tempoh bantahan...baru la tak bergaduh...kita bukan nak pelaga lembu kita nak pilih pemimpin.

Sepatut nya parti yang menang, parti yang jadi Perdana Menteri la senang cerita, tak payah la dok sorok tarikh pilihanraya, bagi tau kat umum lagi 3 bulan saya akan umum kan pembubaran dewan, boleh lah orang bersiap sedia, parti lawan, ka sapa-sapa yang nak bertanding boleh bersiap siaga...ni dak esok saya ada banyak lagi mesyuarat last-last umum bubar dewan...

Kalau SPR buat perubahan hang nak mengundi? tanya saya...Mungkin kalau nampak cerdik...saya pon campak puntung rokok...


Tuesday, January 19, 2010

KEKKWA : Sila Masukkan Bangunan Ini Dalam Senarai Bangunan Warisan



Ini adalah bangunan yang di bina di sebelah stesen bas Puduraya atau nama komersial nya Plaza Rakyat. Bangunan ini di beri apanama adalah tidak di ketahui, sebab nya papan tanda yang menerangkan susur galur projek ini telah lama reput di makan anai-anai.

Rangka bangunan ini boleh di lihat dengan jelas sekiranya di pandang dari atas stesen LRT hentian Plaza Rakyat. Mengikut suara mulut oleh orang yang sudah lama bermastautin di sini bangunan tersebut sudah lama terbiar di situ. Kalau melihat dari pokok yang tumbuh kita boleh menilai dan mempercayai khabar mulut tersebut.

Khabar mulut itu bersurah panjang kepada saya sewaktu bergebang dengan nya sewaktu sama-sama menunggu LRT untuk ke Ampang. Kata mulut tersebut sekiranya di tukar nama bangunan tersebut kepada nama Tun Razak ke, Tun Husin on ke atau pon Tun Abdullah pasti cepat siap. Tapi nama Plaza Rakyat, untuk rakyat memang macam tu. Cuba tengok stesen Bas ni, Plaza untuk rakyat la kata kan. Saya diam dan hanya mendengar surah nya.......

Mungkin ini adalah khazanah negara yang tidak ternilai harganya, maka saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Warisan (Kekkwa) supaya mewartakan bangunan tersebut sebagai bangunan warisan. Amat sesuai sekali sekiranya di masukan kedalam kalendar pelancongan negara.

Sign Board yang besar dan terpampang di jalan raya yang mempromosikan pelancongan di Malaysia, amat molek kiranya di lekatkan gambar bangunan tersebut. Para pelancong dalam negara yang tidak berkemampuan untuk melawat piramid di Mesir, tamam tergantung bayblon, dan Angkor Wat di Burma, maka mereka dapat melawat bangunan tersebut. Ini akan mengelakan pengaliran wang negara keluar.Pihak Kekkwa juga boleh berusaha untuk mendapat pengiktirafan UNESCO untuk mewartakan bangunan tersebut.

Seribu tahun lagi sekiranya bumi masih berputar pada paksi nya, matahari masih naik di timur dan turun di barat, anak cucu, cicit, piut kita pasti nya akan mengali. Mereka akan mengali untuk mengkaji. Mengali seperti mana kita mengali di lembah bujang. Mereka akan mengesan kerangka bangunan tersebut.

Mereka pasti berbangga dengan hasil kerja nenek moyang mereka. Cikgu sejarah mereka pasti akan bersurah sedikit sebanyak akan perihal binaan orang terdahulu. Mereka pasti akan berteori seperti mana kita berteori.Kalau kita berteori tentang orang dahulu menggunakan putih telur, menggunakan selut untuk membina bangunan, maka cucu, cicit piut kita akan berteori bahawa moyang mereka mengurangkan simen dan melebihkan pasir dalam bancuhan. Mereka juga akan berteori bahawa saiz besi pon di kecilkan dari saiz sebenar.

Kalau mereka bernasib baik, mereka pasti berjumpa dengan peti yang menyimpan maklumat projek tersebut. Mereka pasti akan berjumpa surat-surat perjanjian. Mereka pasti terbaca surat -surat melantik sub-con, surat-surat pengagihan percent, surat-surat lobi-melobi. Mereka pasti terjumpa surat melantik kontraktor bumiputra, dan surat kontraktor bumi putra tersebut menjual projek tersebut kepada tawkey-tawkey. Ohh mereka pasti terfikir ini lah dasar bumiputra yang di buat oleh moyang mereka.

Kepada mereka yang ingin melawat sila lah datang ke Puduraya ( Baca Plaza Rakyat)....

Thursday, January 7, 2010

Jangan Makan Gula Nanti Potong Kaki........

Sepatutnya Tabuan menulis pasal kenaikan harga masa penguman ini keluar, tetapi isu kalimah "Allah" lebih hangat, maka Tabuan pun tumpang semangkuk berkhutbah perihal penggunaan kalimah "Allah" oleh paper Kristian itu.

Tabuan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan datuk Najib kerana telah menaikan harga gula semasa warga negara tengah syahdu menyambut dan meraikan kedatangan tahun baru.

Kenaikan di saat para ibu bapa te
ngah seronok bershopping barangan persekolahan anak-anak, kenaikan sewaktu para penjawat awam tengah mengira bonus 250 ringgit, kenaikan sewaktu penoreh getah sedang mengutip getah beku (baca getah skrap) untuk di jual bagi membiyai yuran sekolah anak. Kenaikan ini juga sewaktu para nelayan di Pantai Timur tengah meraikan pukulan ombak musim tengkujuh. Amat syahdu kenaikan ini, memang rakyat amat di dahulukan.

Bertambah syahdu lagi bila mana para
keladi lembayung menyayikan kenaikan pasal kesihatan. Rakyat bertambah penyakit kerana mengguna lebih gula, jadi apa guna kerajaan menanggung subsidi yang banyak untuk rakyat nya memperolehi penyakit.

M
emang banyak penyakit akibat gula walaupon saya tidak pernah pon membaca di dalam surat mati yang menulis bahawa si polan bin si polan mati kerana makan gula lebih. Apa yang selalu saya jumpa alasan mati kerana sakit tua atau pon kecelakaan jalan raya. Mungkin saya silap atau pon kurang membaca surat mati orang-orang lain yang mati.

Memang Datuk Seri Najib amat sayangkan rakyat nya. Beliau amat sadis dan sedih bila mana melihat rakyatnya yang menangung penyakit akibat lebih menggunakan gula. Itulah sebab nya tindakan sebegini di ambil, fikir saya..

Memang ramai rakyat kita mati setiap tahun, malah kita akan melihat keramaian kematian adalah di atas jalan raya. Setiap detik, setiap masa, setiap hari dan saban tahun statistik ini pasti berada di puncak kematian rakyat Malaysia. Namun tiada tindakan dan kata putus untuk mengakhiri masalah ini seperti mana kenaikan harga gula untuk menjaga kesehatan rakyat.

Kematian dan kecacatan rakyat akibat bertembung di atas jalan raya tidak pulak menimbulkan buah fikiran di kepala otak Datuk Najib dan anggota kabinetnya untuk mengurangkan jumlah kenderaan persendirian di atas jalan raya. Tidak pula barisan kepimpinan nya terfikir untuk memahalkan kenderaan persendirian dan menambah serta memurahkan kenderaan awam.

Mungkin selepas ini bilamana kerajaan tak membina jalan raya akan ada alasan bahawa kerana 'kemalangan maka kami tidak membina jalan raya' dan datuk najib akan bagi alasan apa guna kerajaan mengeluarkan bajet berbilion-bilion untuk membina jalan raya sedangkan setiap tahun berjuta rakyat mati. "Maka kerajaan ambil keputusan ini kerana sayangkan rakyat", ini alasan yang tarbaik...

Bercerita pasal gula ini dan atas faktor kesihatan maka saya mengambil cadangan kepada Kementerian Kesehatan supaya pembungkus gula di letakan gambar seperti mana kotak rokok. Pihak Kementerian kesehatan boleh lah meletakan gambar mayat ataupon gambar kaki berulat akibat makan gula secara berlebihan.

Mungkin juga kementerian pengangkutan pon boleh tiru dan letak juga gambar mayat pada bas ekpress atau pon motorsikal.


Apa sekali pon rakyat mengharapkan yang terbaik dari kerajaan, tak payah la nak cerita naik harga pasal rakyat guna gula lebih, rakyat tak sihat, nak bandingkan dengan vietnam, indonesia dan negara lain-lain, kami bukan nak pindah pergi duduk sana, kami nak tinggal di sini.

Naik kan harga dan kata kerajaan memang patut naik harga sebab kerajaan dah tak ada duit, ekonomi tak berapa baik..habis cerita, rakyat tak marah kalau setakat 20 sen tu. Rakyat bayar bil astro lagi mahal. Tapi rakyat marah bilamana kerajaan nampak seperti menipu, mereka-mereka cerita, mengupah keladi lembayung supaya buat-buat cerita menakut-nakutkan rakyat.

Hari ini rakyat bukan macam zaman hang tuah dulu, rakya hari ini ramai yang boleh berfikir, dan rakyat juga berharap para pemimpin lagi lah boleh berfikir. Kalau betul nak menjaga kesihatan rakyat kenapa hospital masih lagi kena bayar, ada wad kelas 1, ada wad kelas 2 ada wad kelas 3 macam kasta pulak. Semua rakyat sepatutnya mendapat rawatan secara percuma dan tak di layan berkasta-kasta.

Nasib pakcik menoreh getah dengan cikgu sekolah sewaktu mendapat rawatan adalah lain. Pak cik menoreh duduk wad kelas 3 cikgu duduk wad kelas 1. Cikgu free tapi pakcik kena bayar.
Mereka adalah rakyat Malaysia tak kira pakcik penoreh ka, cikgu ker, driver bas kerr, mereka menyumbang kepada negara, jadi mengapa mereka harus di layan secara berkasta?

Kerajaan tak payah lah nak memantau harga barangan yang berasaskan gula supaya tak naik. Buang masa dan tak dak faedah sama sekali. Barangan lain yang berasaskan gula akan tetap naik walaupon pegawai penguatkuasa pergi tidur di premis mereka.