Friday, January 22, 2010

Batu Kurau & Buah Durian Yang Tak Standard

Minggu kemarin Tabuan balik ke Batu Kurau, sudah lama tak balik ke Batu Kurau, kerana kesibukan mencari rezeki di luar. Musim Durian sudah selesai, tangkai-tangkai moktan, pulasan, langsat dan dokong sudah lama kering. Sekarang musim buah mekai (baca Tampoi) dengan buah rambai.

Kalau dulu masa remaja, masa dok Sekolah Dato Kamaruddin, Tabuan akan ambil kontrak panjat Mekai dengan Rambai. Kalau panjat rambai kena bawak sorang tukang ikat. Masa tu sekilo tiga kupang. Biasanya sepokok boleh lah dapat dalam seratus kilo dan kalau pokok besar sampai lima ratus kilo pon pernah, tapi kepenatan amat lah terasa.

Panjat Mekai lebih senang, dan harga lebih mahal. Buah Rambai dan mekai ni sedap juga kalau di makan. Orang lebih suka buah mekai. Kalau nak rasa kesedapan makan mekai kena telan sekali dengan biji, nikmat nya akan terasa bila anda berada di dalam jamban..

Musim durian tempohari Tabuan ada balik makan durian. Ramai orang kampung merungut harga buah durian yang murah. Di kapoh dengan teruk ( kapoh : 2 atau 3 atau 4 atau lima biji durian di campur dan di kira satu biji) satu biji buah kapoh di kira dengan harga rm 2.00. Bawak satu bakul penuh baru dapat rm 15.00. Saya tak pasti makhluk mana yang mengaja atau memberi idea begitu untuk mengira buah durian.Idea yang bingai dan bodoh sama sekali. Sudah pasti keuntungan adalah kepada orang tengah dan yang pasti tawkey cina. Orang Melayu yang menjadi "Tuan" naik tebang rimba, tanam durian, tembak babi, tembak beruk, tembak tupai, kandar durian bawak turun, bubuh dalam motor bawak pi kedai, kena tipu akhir nya...tawkey yang kaya tawkey yang untung...kesian Tuan Melayu.

Itu lah nasib pekebun durian Batu Kurau, nak harap kan FAMA untuk membantu jauh sekali.

Dulu masa saya sudah pandai jual durian, harga nya memang mahal. Saya pernah menjual durian dengan harga rm 7.00 satu biji, paling-paling kurang pon rm 5.00 satu biji. Semua ini sudah 20 tahun lalu. Masa tu Chai ( Baca Atok) belum mati. Musim durian tak berserok (Baca Sarapan) di rumah, Serok kedai kopi la. Sangat seronok, musim menebas, boleh tahan burung cokcok (Baca burung kelicap) di pokok kantan. Pagi-pagi sudah naik ke bukit durian, adakala nya tidur di bukit durian, tunggu babi hutan.

Orang kampung sangat seronok kerana ramai orang berkunjung ke Batu Kurau. Ada yang datang sebagai sedara mara, ada yang mengaku adik beradik, (Bukan nak jadi ahli parlimen sahaja mengaku ada adik beradik di batu kurau, nak makan durian pon mengaku) tapi itu tidak menjadi masalah kepada orang kampung untuk melyan tamu yang datang.

Durian Batu Kurau terkenal, dari Perlis sehingga ke Johor orang akan bercerita tentang keenakan durian Batu Kurau. Tapi kini amat heran mengapa Durian Batu Kurau terus mapos, tidak lagi menjadi sebutan orang, malah orang sudah tidak lagi mengenali akan kehebatan dan kenakan durian Batu Kurau. Orang lebih mengenali durian Balik Pulau, Pulau Pinang. Mengapa??? mengapa terus berkubur...

Saya tidak mahu menunding jari menyalahkan Jabatan Pertanian, tak mahu menyalah peladang kerana kerana replika durian di tepi pejabat nya. Tak mahu menyalahkan wakil rakyat, tak mahu menyalahkan Tok Hamzah, Jauh sekali menyalahkan pak itam. Saya menyalahkan penanam-penanam durian kawasan Batu Kurau.

Masa dulu, mengikut riwayat yang bersurah kepada saya, sewaktu saya berkunjung ke rumah nya untuk mengambil umbut tepus dan pucuk salang. Seorang tua, dia bercerita tentang kehebatan dusun besar, dusun besar yang terletak di batu 16. Kata nya masa dulu, masa durian mahal, masa lori Singapore bertayar lapan belas mengangkut durian, dusun besar di pajak. Harga pajakan mencecah tujuh puluh ribu, kata nya. Masa tu durian memang mahal, memang menjadi harga. Selain dusun besar ada juga pemilik-pemilik dusun kecil dan pemilik sebatang dua pokok durian. Harga durian mahal pada waktu mula luruh (baca gugur).

Pokok siapa yang luruh dulu, maka orang tersebut akan meraih laba. Jadi pemilik-pemilik dusun, terutama orang yang memajak dusun, pada masa ini lah nak buat duit dengan cepat nak untung dengan cepat. Bagaimana nak bagi buah durian luruh cepat? boleh jual lekas, boleh dapat untung. Bubuh baja urea, taburkan baja urea kat bawah pokok gerenti buah akan luruh cepat. Buah yang tak berapa masak yang luruh akan di kutip untuk di jual, biasanya di sulam dengan buah yang elok. Ada juga di himpun dan di simbah air bancuhan isi durian supaya ada bau.

Buah durian ni memang ada bau, tapi tak ada rasa.. tawar hebeh. Bila di angkut di jual di bandar-bandar besar orang akan beli. Pembeli akan tertipu. Bila pembeli dah tertipu maka serik lah nak beli lagi... maka jatuh lah harga...hilang lah minat orang terhadap durian batu kurau...

Biasa nya ini adalah kerja orang yang memajak dusun, pemilik kurang buat begini kerana takut mampus pokok panas urea. Lagi pemajak nak cepat dapat modal pajakan. Kesan daripada tindakan kurang bijak daripada segelintir ini lah yang menyebabkan durian Batu Kurau di pandang enteng hari ini.

Untuk memulihkan semula situasi ini semua pemilik dusun perlu lah meng kualitikan balik buah durian. Kalau ada pokok yang buah nya magka jangan lah jual, buat naya kat pembeli. Tanam lah durian yang buah nya di jamin elok, seperti pokok kawin..D24, D9, D7 , tangkai panjang, Ang hai (udang lipan). Bagi buah yang di ketahui elok, isi nya baik, gred kat buah tersebut..angkat darjat buah tersebut. InsyaAllah zaman kemilangan durian batu Kurau akan kembali semula....