Monday, February 21, 2011

Madey : Kuda Tua Yang Masih Gila Kuasa

Mahathir memerintah selama 22 tahun. Di masa pemerintahan beliau Ananda krisnan menjadi kaya raya kerana mendapat satelit, astro dan maxis. YTL juga mendapat tanah KTM sentul dan didirikan apartment mewah, dan ini menjadikan flat melayu di sekitar sentul seperti Flat Seri terengganu, seri pangkor sebagai flat melayu peminta sedekah di tanah sendiri. YTL juga mendapat lesen untuk membina penjana bebas IPP dengan Subsidi yang besar dari kerajaan. Subsidi tidak dipotong sepertimana subsidi kepada paktani dan nelayan. Mahathir juga memberi lesen judi kepada vicent tan.

Di dalam jawabpan nya kepada Nik Aziz beliau mengangkat Mustafa kamel atartuk sebagai tokoh Islam. Mustafa Kamel manusia yang menghapuskan sistem pemerintahan khalifah di bumi arab. Lihat lah umat Islam di Turki, mereka menjadi lebih barat daripada barat. Ini lah rasanya yang Mahatir mahu orang melayu jadi, kunun nya mengecapi kemajuan.

Mahathir semasa eranya banyak perpecahan orang melayu terjadi. Mahathirlah puncanya Tengku Razali menubuhkan parti semangat 46. Perpecahan besar bagi orang melayu. Begitu juga semasa krisis Anwar , orang belaan Mahathir. Dan yang terakhir Mahathir juga lah yang memecah belah kan orang Melayu supaya membenci Pak lah, orang yang di pilih oleh Mahathir sendiri.

Perpecahan paling besar pada tahun 2008. Mahathir sakit hati dan cemburu dengan menang besar Pak Lah pada 2004. Mahathir lah penghasut untuk memecah belah kan umat Melayu.

Sekarang kita lihat, kunun nya dulu masa nak berhenti mahathir kata dia nak berehat dari politik, nah sekarang lihat dia lebih sibuk daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Dia lah sibuk ke hulur-hilir melebihi perdana menteri.

Datuk Seri Najib tak pernah kata tok Guru Nik Aziz, dan mengajak kepada muafakat, tetapi Mahathir lah yang menolaknya kata nya nanti tiada cermin nak suluh muka umno....tetapi sekarang dia lah yang mengatakan PAS lah punca perpecahan orang melayu...tetapi sebenarnya dia lah mamak tongkang yang memecah belahkan melayu....