Tuesday, February 1, 2011

Keyakinan Rakyat bertambah elok kerajaan Naik kan harga Minyak

Pilihanraya di DUN Tenang Barisan Nasional mendapat mandat yang besar daripada Rakyat. Kemenangan yang sangat selesa walaupon hujan lebat dan banjir. Tahniah Barisan Nasional.

Rakyat sangat tahu kerajaan BN sangat perihatin dengan nasib mereka. Sebab itu walaupon banjir melanda rakyat keluar juga mengundi demi untuk memenangkan calon BN.

Kemenangan Bn di Johor sudah di Jangka tetapi yang tidak di jangka ialah mejority yang besar. Dengan kemenangan ini eloklah BN mengambil beberapa tindakan drastik. Ini kerana rakyat sudah kembali percaya dan yakin dengan BN.

Pertama untuk membangunkan negara, elok kiranya BN menaikan harga barang keperluan asas seperti minyak bakar dan minyak masak. Ini penting kerana pengurangan subsidi kerajaan dapat berjimat dan najib dapat buat renovation rumah 65 juta.. ehh silap dapat mempertingkatkan kehidupan rakyat.

kedua, melaksana cukai GST, good service tax. Ini penting untuk menambah kantung negara, boleh lah Rusmah buat meeting 1st lady pulak 4.999 juta, ishh silap.. boleh lah kerajaan ganti kereta sapu di batu kurau dengan BAS. Kesian Husni Haznazilah berbueh mulut dok cakap pasal GST akhirnya Najib kata tak mau buat. perabih duit mesyuarat saja dan buat makmal sahaja.

Ketiga elok di lepaskan semula kes-kes pendakwaan rasuah ke atas pemimpin BN seperti kes PKFZ dan lain-lain, ini baik untuk BN supaya boleh menunjukan BN ini parti yang terbaik...