Friday, May 20, 2011

Perjuangan Anwar Betul : Subsidi IPP Bakal Di Kurangkan

Dato Seri Anwar dalam Debat harga minyak dengan Dato Seri Shabery Chik menegaskan tentang subsidi yang besar kepada IPP. Sehingga kan menimbulkan satu soalan daripada naib Canselor UUM Nordin Kardi 'Kata nak debat pasal harga minyak mengapa terlibat pula IPP? Nordin Kardi seorang Naib Canselor boleh bertanya soalan sebegitu...mampuih budak Universiti, lingkup.

Namum biarkan soalan Nordin Kardi tadi. Apa yang betul ialah Perjuangan Anwar, debat dan ceramahnya adalah benda yang betul. Ada logiknya dan hari ini sudah terbukti bila mana Idris Jala berkata Subsidi bahan bakar kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) akan disemak semula dan dikurangkan.

Buat masa ini IPP menikmati sebahagian besar subsidi bagi barangan berasaskan petroleum yang dibekalkan oleh kerajaan pusat dan menurut Idris kontrak mereka hampir luput dan subsidi berkenaan akan disemak semula.

"Ia sedang dirunding semula. Perbincangan sedang berlangsung dan ada juga yang telah beres. Kami akan membuat pengumuman tidak lama lagi,” katanya.

Pengumuman berkenaan perkara itu adalah dalam bidang kuasa Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Seri Peter Chin.

Pengeluar tenaga bebas atau IPP adalah entiti swasta yang memiliki kemudahan bagi membekalkan tenaga elektrik untuk dijual.

Buat masa ini terdapat 26 IPP di seluruh negara dan semua mereka menikmati pembelian harga gas dan barangan berasakan petroleum pada harga disakuan.

Pada tahun 2008, subsidi gas kepada IPP bernilai RM8.1 bilion, manakala Tenaga Nasional Bhd pula menerima RM5.7 bilion.

Thursday, May 19, 2011

Parti Keadilan Rakyat Bakal Di Haramkan........


Berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lepas Parti Keadilan Rakyat yang di tubuhkan pada tahun 1999 bakal menghadapi risiko di haramkan oleh Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

TV Selangor memetik sumber yang melaporkan yang parti Keadilan (PKR) telah menerima surat pembatalan pendaftaran daripada pejabat pendaftaran pertubuhan awal bulan ini.

Menurut satu sumber PKR, berdasarkan surat daripada Pendaftar Pertubuhan itu, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan parti tersebut, yang ditubuhkan pada April 1999.

Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang parti itu tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dijadualkan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini. “Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti,” katanya lagi.

PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian. Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan pelbagai masalah dan aduan.

Sejak pilihan raya umum 2008 PKR tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk ada pihak yang menggesa Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan ke atas parti itu. PKR yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum itu menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat parlimen dan dewan undangan negeri yang berpaling tadah.

Thursday, May 12, 2011

Surat : Bagaimana Rasuah Berlaku di Bumi Merdeka?

SURAT KEPADA KETUA POLIS NEGARA



Kepada,
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur,
Email:iho@rmp.gov.my


YDH Tan Sri,

KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP PDRM SEMAKIN PARAH

1. Sejak dua minggu kebelakangan ini orang ramai nampaknya bertambah lantang mengecam dan mengutuk caramana tindakan PDRM menangani isu video lucah yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim.Malahan terdapat mereka dengan secara terbuka dan berani mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap pucuk pimpinan PDRM.Melihat tindak tanduk dan kenyataan umum yang dibuat oleh Polis sendiri,dan diperbesarkan oleh media,kita tidak dapat menyalahkan rakyat jika berpendirian sedemikian.

1.1. Secara peribadi saya mendapati PDRM terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri.Sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan,saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan “pisang akan berbuah dua kali”.

1.2. Saya tidak bimbang untuk menyatakan,bahawa akibat terlalu melayani karenah Peguam Negara dan terlalu mengharapkan dan percaya kepada Gani Patail, menyebabkan mantan Ketua Polis Negara,Tan Sri Rahim Noor terpaksa masuk kepenjara selama dua bulan selain terpaksa membayar denda maksima RM 2000.

1.3. Pada hal,sekiranya Rahim Noor mengekalkan pendirian dan keputusan beliau sendiri yang dibuat secara gentleman pada 8.10.1998,untuk mengambil tanggung jawab sepenuhnya akan keterlanjuran beliau mencederakan Anwar, kemungkinannya beliau akan hanya didenda sahaja serta mengelakkan penyiasatan yang agresif terhadap beliau.Kemungkinan ini berdasarkan beliau mempunyai faktor mitigasi yang kukuh dan diperkuatkan lagi apabila Mahkamah dijangka mengambil kira jasa beliau kepada keselamatan Negara yang tidak ternilai, khasnya ketika beliau menjadi Pengarah Cawangan Khas.

1.4. Akibat dipermainkan oleh Gani Patail,bukan sahaja Rahim Noor telah dipenjarakan, malahan sehingga lebih kurang dua bulan yang lalu, beliau telah dilabelkan sebagai orang yang bertanggung jawab merosakkan imej Negara dikaca-mata Antarabangsa pula.Sila Tan Sri rujuk muka surat 693 memoirs Tun Dr.Mahathir Mohamad;dalam buku Doctor In The House, dimana Tun Mahthir merakamkan,… “Rahim did me no favours politically – in fact, he did much harm to Malaysia’s International standing.”

1.5. Tidak dapat dielakkan kenyataan tersebut akan kekal dalam sejarah hidup Rahim Noor dan keluarga dan menjadi sejarah hitam buat PDRM, manakala segala pengorbanan dan jasa Tan Sri Abdul Rahim Noor kepada Negara dilupakan selamanya.

1.6. Sedih untuk menyatakan,tidak ada apa-apa perkara yang bagus untuk kenangan PDRM dalam keseluruhan Chapter 53 memoirs, melainkan menyedarkan kita hakikat bahawa Tun Mahathir, tidak dapat memaafkan Rahim Noor.

2. Namun begitu kita tidak boleh secara terburu-buru menuding jari menyalahkan Tun Mahathir.Sebagai manusia biasa beliau juga boleh diperdayakan atau dalam bahasa mudah,ditipu untuk mempercayai sesuatu perkara yang tidak benar sebagai benar, atau perkara yang benar sebagai tidak benar.Kita tinjau beberapa insiden penipuan yang dilakukan keatas Tun Mahathir seperti berikut;

2.1. Pada bulan July 1993 Rahim Thamby Chik telah menipu Tun Mahathir dengan membuat Akuan Sumpah Palsu untuk menyembunyikan harta lebih kurang RM 40 juta yang diperolehi menerusi salahguna kuasa dan rasuah seperti yang dilaporkan oleh Badan Pencegah Rasuah yang disahkan oleh Gani Patail sendiri.

2.2. Pada bulan July 2010 pula Tun Dr.Ling Liong Sik telah dituduh kerana menipu Jamaah Menteri yang termasuk Tun Mahathir dalam kes skandal PKFZ. Bezanya antara kes ini dengan kes dipara 2.1. diatas ialah Peguam Negara enggan mengenakan pertuduhan terhadap Rahim Thamby Chik walaupun kedua-dua kes ini melibatkan penipuan terhadap Tun Mahathir.Sedangkan semasa sidang Parlimen bulan lalu Menteri di-Jabatan Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa Peguam Negara tidak mempunyai kuasa untuk “indemnify” mana-mana orang daripada liability jenayah semasa persoalan mengenai Rahim Thamby Chik dibangkitkan.

2.3. Pada bulan September 1998,Tun Mahathir pernah diperdayakan untuk mempercayai bahawa kecederaan mata-lebam Anwar adalah akibat “self-inflicted” sepertimana yang dirakamkan dalam memoirs beliau muka surat 693.

2.4. Pada bulan Januari 1999 Gani Patail sendiri terlibat menipu Tun Mahathir dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai sesuatu yang tidak benar berkaitan dengan hasil siasatan Polis bersangkut insiden mata-lebam.Akibat perdayaan ini Tun Mahathir telah membenarkan pembentukkan Suruhanjaya Di-Raja mengambil alih siasatan insiden mata-lebam daripada tangan Penyiasat PDRM.

3. Contoh-contoh diatas dengan jelas membuktikan bahawa Tun Mahathir juga terdedah kepada perbuatan penipuan oleh Menteri atau Ketua Menteri ataupun oleh Pegawai-Pegawai Kerajaan atau mana-mana orang yang berpeluang memberi taklimat kepada beliau mengenai sesuatu perkara. Ringkasnya Tun Mahathir tidak “kebal” dari tipuan.Dengan demikian itu kemungkinan Tun Mahathir telah diperdayakan untuk mempercayai bahawa Anwar terlibat dalam aktibiti homosexual tidak boleh diperkecilkan.

4. Dengan kata-kata diatas,saya persilakan Tan Sri merujuk kepada “The memoirs of Tun Mahathir-A DOCTOR IN THE HOUSE” yang dilancarkan pada 8.3.2011.Secara spesifiknya untuk merujuk kepada Chapter 53: Anwar’s Challenge muka surat 684 hingga 698.Saya sarankan juga Tan Sri merujuk kepada surat saya bertarikh 27.12.2010 yang salinannya turut diedarkan kepada YAB Perdana Menteri dan YBhg.Peguam Cara Negara,memandangkan terdapat beberapa kandungannya yang relevan.Chapter 53 ini menimbulkan beberapa persoalan dan keraguan.

4.1. Saya menyimpulkan bahawa Tun Mahathir sangat percaya bahawa Anwar terlibat dalam aktibiti homosexual berdasarkan kepada dua surat yang beliau terima daripada Umi Hafilda dalam tahun 1997 dan taklimat daripada pegawai penyiasat Musa Hassan sepertimana terdapat dalam muka surat 684 memoirs tersebut.Saya tidak akan menyentuh berkaitan surat Umi Hafilda memandangkan keterangan dan bukti sesuatu siasatan Polis adalah dikumpul,disusun dan dipegang oleh Pegawai Penyiasat sendiri.

4.2. Persoalan yang timbul adalah sama ada Musa Hassan telah memberi Tun Mahathir taklimat yang jujur dan betul mengenai keterangan yang telah dikumpulkannya terhadap Anwar itu,ataupun Musa Hassan telah menokok tambah keterangan dalam taklimatnya untuk memperdayakan Tun Mahathir supaya mempercayai bahawa Anwar benar-benar terlibat dalam aktibi homosexual itu.Tidak boleh juga diperkecilkan kemungkinan Musa Hassan mengambil kesempatan hubungan teruk antara Tun Mahathir dan Anwar ketika itu ,supaya nama beliau disenaraikan dalam “good book” Tun Mahathir.

4.3. Sekiranya pada ketika Musa Hassan memberi taklimat kepada Tun Mahathir, beliau telah sedia memiliki keterangan yang lengkap dan kukuh bagi membuktikan Anwar terlibat dengan aktibiti homosexual seperti yang didakwa,mengapakah pada 1.10.1998 Musa Hassan cuba memujuk saya untuk mengambil contoh darah Anwar untuk tujuan DNA, ketika saya sedang menyiasat insiden mata-lebam?.Apabila saya menolak permintaanya itu dengan alasan perbuatan tersebut adalah “illegal”,Musa Hassan bersama Rodwan Yusof sendiri telah “mencuri” sample darah Anwar untuk tujuan DNA tersebut daripada simpanan dan kawalan Dr.Zahari Noor di-Hospital Kuala Lumpur pada 15.10.1998.Seolah Musa Hassan terdesak mendapatkan bukti dengan apa cara sekalipun, untuk menguatkan keterangan dalam siasatan beliau,yang telah ditaklimatkan kepada Tun Mahathir sebelum itu.Urutan peristiwa ini secara kebetulan telah saya jelaskan secara terperinci dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 kepada Tan Sri dan rasanya tidak perlu untuk saya ulangi.

5. Bagi maksud menguji kredibiliti Musa Hassan,dan sama ada cakapan atau kesaksian beliau boleh dipercayai ataupun dicurigai sebahagian atau sepenuhnya,diperturunkan peristiwa-peristiwa yang mungkin boleh digunakan sebagai ukuran;

5.1. Pada April 2008,Musa Hassan telah membuat kenyataan umum yang tidak benar yang mengelirukan rakyat apabila menyatakan bahawa kertas siasatan Polis terhadap Tun Mahathir telah diedarkan kepada Peguam Negara pada 15 February 2000 sedangkan laporan terhadap Tun Mahathir belum ujud lagi ketika itu oleh kerana laporanya hanya dibuat pada 13 Jun 2000.Komen saya mengenai perkara ini terdapat dalam Surat Terbuka saya bertarikh 8.10.2010 yang dialamatkan kepada Datin Kalsom Taib,isteri kepada bekas Ketua Pengarah BPR Dato Shafee Yahya.

5.2. Tahun 2009 Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu Puan Supang Lian (kini seorang Pesuruhjaya Kehakiman)dalam penghakiman bertulis beliau menyatakan bahawa kesaksian yang Musa Hassan berikan dalam perbicaraan tersebut sebagai “unreliable and to be disregarded”.Perbicaraan ini melibatkan bekas Pengarah PDRM,Ramli Yusuff.Hakim Puan Supang Lian tidak akan membuat kenyataan yang sebegitu keras sekiranya beliau tidak mempunyai alasan yang kukuh memandangkan Musa Hassan adalah seorang Ketua Polis Negara yang sedang berhidmat ketika memberi keterangan tersebut.

5.3. Pada March 2010 seorang penggubal undang-undang Sivarasa Rasiah telah membuat laporan Polis mendakwa Musa Hassan telah memberi keterangan palsu dalam perbicaraan Anwar pada Disember 1998 dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi,mendiang Dato Augustine Paul.Difahamkan laporan ini masih dalam siasatan.Tidak bermakna jika laporan itu dibuat oleh seorang Wakil Rakyat Pembangkang,laporan tersebut tidak boleh dipakai.Saya percaya Tan Sri juga maklum dan ramai Pegawai Polis sama ada yang sedang berhidmat atau telah bersara maklum, bahawa laporan Sivarasa Rasiah itu adalah berasas.

5.4. Diantara 26.10.1998 hingga 21.12.1998 Musa Hassan telah memberikan kemudahan kepada Gani Patail untuk mendapatkan seorang Dr.Abdul Rahman Yusof, mereka tiga laporan perubatan palsu berkaitan kecederaan Anwar dalam siasatan kes mata-lebam.

6. Senarai diatas tidak termasuk permohonan-permohonan yang dibuat oleh Peguambela di-Mahkamah terhadap Musa Hassan kerana menghina Mahkamah dengan memberi keterangan palsu dalam perbicaraan.Sekiranya sekadar sekali sahaja Musa Hassan lakukan perkara seumpama,mungkin ianya boleh dianggap sebagai suatu kesilapan tulen yang tidak disengajakan.Tetapi jika dilakukan berulang kali dan berterusan serta dengan sengaja dan terancang,maka tidak salah untuk kita merumuskan bahawa Musa Hassan sememangnya sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai.

7. Berkaitan dengan Gani Patail pula,telah banyak laporan-laporan yang telah didedahkan mengenai beliau.Sememangnya beliau boleh menafikan apa-apa juga perkara yang dibincangkan atau diperkatakan kepada saya, memandangkan kebanyakkan urusan saya dengan beliau adalah “on a one to one basis”.Tidak ada saksi untuk menyokong mana-mana pihak.Juga tidak ada rakaman video untuk membukti perbincangan kami.Namun begitu Gani Patail tidak boleh menafikan perkara-perkara berikut;
7.1. Bahawa beliau telah mengarahkan dan/atau memaksa Dr.Abdul Rahman Yusof untuk membuat tiga laporan perubatan palsu berkaitan kecederaan Anwar dalam siasatan insiden mata-lebam diantara 26.10.1998 hingga 21.12.1998. Ketiga-tiga produk pemalsuan ini sememangnya ujud dan telah diedarkan bersekali dengan penerangannya sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri, Peguam Cara Negara dan Lembaga Penasihat SPRM.

7.2. Beliau tidak dapat menafikan bahawa dua laporan yang dipalsukan itu telah dikemukakan sebagai keterangan dalam prosiding RCI Mata-Lebam serta dirakamkan dalam laporan RCI tersebut.

7.3. Beliau tidak dapat menafikan bahawa beliau yang membuat Kenyataan Akhbar Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 yang mengandungi beberapa maklumat palsu berkaitan hasil siasatan Polis mengenai siasatan insiden mata-lebam. Kenyataan Akhbar ini juga telah digunakan dalam prosiding RCI Mata-Lebam walaupun Gani Patail sedar ia mengandungi maklumat mustahak yang palsu.

7.4. Beliau tidak dapat menafikan bahawa hasil siasatan RCI Mata-Lebam telah dimanipulasikan.Dimana laporan perubatan palsu bertarikh 26.10.1998 yang dibuat oleh Dr.Rahman diatas arahan Gani Patail sendiri telah ditinggalkan daripada dimasukkan kedalam laporan akhir RCI tersebut yang dikemukakan kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong.

8. Kesalahan-kesalahan terhadap Keadilan Awam yang dilakukan oleh Gani Patail dan Musa Hassan adalah terlalu besar untuk dimaafkan.Kesalahan-kesalahan mereka sama ada dilakukan berasingan atau dengan niat bersama telah memberi kesan parah yang mendalam dan jangka panjang terhadap Sistem Keadilan Jenayah Negara.Malah tindakan mereka berdua telah memusnahkan keyakinan Rakyat, bukan sahaja terhadap Polis Di-Raja Malaysia malahan terhadap Jabatan Peguam Negara sendiri.

8.1. Saya berpendapat,demi Keadilan Awam itu sendiri,Tan Sri mengangkat perkara ini kepada YAB Perdana Menteri,mencadangkan supaya RCI atau suatu Tribunal dibentuk menyiasat dakwaan ini secara telus dan menyeluruh serta “once and for all”.Jika fakta-faktanya dibentangkan kepada beliau secara jujur dan teratur, saya yakin YAB Perdana Menteri tidak akan menghampakan Rakyat.

9. Apapun,tanggung jawab dan pendirian PDRM menyiasat sesuatu kes jenayah itu walau berapa lamapun ia telah berlaku wajar dikekalkan.Walaupun kesalahan-kesalahan jenayah Gani Patail dan Musa Hassan didakwa berlaku 12 tahun yang lalu,tidak bermakna yang ianya boleh dilupakan begitu sahaja,atau “swept under the carpet”.Tidak ada sekatan masa untuk sesuatu kes jenayah itu disiasat secara terperinci.

10. Contoh terbaik yang boleh dijadikan sandaran ialah kes bunuh beramai-ramai di-Batang Kali pada 1948.Dalam kejadian ini seramai 24 orang tempatan keturunan Cina telah ditembak mati pada Disember 1948 di-Sungai Rimoh, Batang Kali,Selangor oleh sepasukan Tentera British dari G Company,2nd Scott Guard ketika operasi menentang komunis di-Malaya ketika itu.

10.1. Pada pertengahan tahun 1993 satu laporan Polis yang baru telah dibuat oleh beberapa saksi insiden tersebut yang masih hidup.Ketua Polis Negara ketika itu, YA Bhg.Tun Mohd Hanif Omar memberi jaminan Polis akan menyiasat kes ini sebagai kes bunuh walaupun insiden berlaku berpuloh tahun terdahulu oleh kerana “tidak ada sekatan masa” untuk menyiasat sesuatu kes jenayah.Kertas siasatan dibuka oleh DSP Sivaramamoorthy ketika itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Kubu Bharu.Penyelaras siasatan pertama pada masa itu ialah Supt.Khew Chin Hoi dari Bukit Aman. Saya adalah salah seorang daripada Pasukan Penyiasat kes ini ketika itu sedang menjawat jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor.

10.2. Pada pertengahan tahun 1994 saya mengambil alih sebagai Ketua Penyelaras siasatan setelah selesai tugas siasatan trajedi keruntuhan condominium “Highland Towers” Hulu Kelang,suatu insiden malang yang menggemparkan Negara berlaku pada Disember 1993 yang mengorbankan 48 nyawa.

10.3. Walaupun Batang Kali Massacre ini telah berlaku hampir 63 tahun yang lalu,persoalan mengenainya masih belum padam lagi dan saya tidak nampak yang ia akan padam dalam masa terdekat ini.

10.4. Lebih kurang 3 minggu yang lalu tersiar semula kisah insiden ini;dimana pada 9 April 2011,penulis Mark Townshend dari majalah Guardian (dan dilaporkan juga dalam STAR 14.4.2011),telah mendedahkan maklumat terbaru kononya Pegawai PDRM telah menghubungi pihak Interpol dalam tahun 1993 untuk menghantar satu Pasukan Penyiasat ke-United Kingdom bagi merakamkan percakapan beberapa anggota tentera British yang terlibat dalam insiden tersebut.Kononya juga Pejabat Luar Britain telah mengenakan tekanan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia menghalang atau menghentikan lawatan Pasukan PDRM ke-UK ketika itu, kononya sebagai usaha untuk “cover-up” siasatan ini.

10.5. Untuk makluman Tan Sri, saya adalah Pegawai yang dipilih oleh Bukit Aman untuk mengetuai rombongan eksesais ini ke-UK yang dimaksudkan. Mengenai sebab mengapa eksesais ini dibatalkan, terdapat dalam laporan khas saya yang dipercayai masih terdapat dalam kertas siasatan yang berkenaan.

11. Isu yang diketengahkan disini ialah,sekiranya satu insiden jenayah yang berlaku pada tahun 1948,ketika Tan Sri dan saya sendiri belum dilahirkan lagi, pun kita siasat dengan bersungguh,apatah lagi perbuatan jenayah yang dilakukan oleh Gani Patail dan Musa Hassan dalam tahun 1998 dan selepasnya yang masih segar dalam ingatan Rakyat, seolah ianya berlaku hanya beberapa bulan yang lalu sahaja.

11.1. Sekiranya dalam kejadian Batang Kali Masaccre 1948 telah memusnahkan nyawa 24 orang tempatan,insiden keruntuhan Highland Towers 1993 pula mengorbankan 48 orang,perbuatan Gani Patail dan Musa Hassan sejak tahun 1998 telah memusnahkan keseluruhan Sistem Keadilan Jenayah Negara. Sekiranya tidak ditangani dengan telus dan menyeluruh,Rakyat akan mengungkitnya selama mana Rakyat mengungkit Batang Kali Masaccre.

12. Saya percaya Tan Sri masih ingat cara mana kita dengan pantas dan penuh keyakinan serta bebas menangani beberapa kes berprofil tinggi dan menarik perhatian umum yang berlaku secara berturut-turut diakhir tahun 1999 hingga awal tahun 2000.Ketika itu Tan Sri sebagai Pegawai Turus di-Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang Bukit Aman.Antara kes-kes tersebut adalah;

12.1. Pada September 1999 dimana seorang Dr.Tai Eng Teck ditembak mati oleh seorang anggota Konstabal Daerah Ceras,Tony Beliang ketika mendiang Dr.Tai sedang berduaan dengan teman wanitanya dalam kereta berhampiran Stesyen LRT Bandar Tasek Selatan.

12.2. Dalam bulan Disember 1999,seorang penyanyi popular ketika itu, “Along Spoon” atau nama penuhnya Sabiul Malik Shafie ditemui mati dibunuh oleh seorang anggota Polis Cawangan Pengawal Pengiring Kuala Lumpur,Lans Koporal Mohamad Yaacob Demyati.

12.3. Dalam bulan Mac 2000 bilamana seorang Kontraktor Kenneth Lee(Fook Mun) @ Omar Iskandar Lee Abdullah cucu kepada Menteri Kewangan Pertama, mendiang Tun Sir H.S.Lee telah menembak mati seorang akauntan wanita Lee Good Yew diJalan Lapangan Terbang Lama berhampiran Jalan Bellamy Kuala Lumpur.

13. Polis telah dapat menyelesaikan ketiga-tiga kes bunuh diatas hanya dalam tempoh antara satu minggu dan dua minggu sahaja daripada tarikh insiden,serta menghadapkan ketiga-tiga pesalah berkenaan ke-Mahkamah bagi menghadapi pengadilan terhadap masing-masing.Untuk rekod,ketiga-tiga tertuduh telahpun disabitkan dengan kesalahan masing-masing serta menjalani hukuman undang-undang yang dijatuhkan keatas mereka.

13.1. PDRM mampu melakukan ini semua kerana kita telah bertindak secara professional, berkecuali serta without fear or favour dengan mengenepikan soal darjat atau kedudukkan dalam masyarakat, keturunan dan Agama sesaorang pesalah jenayah,sambil kita mengekalkan hubungan yang professional dengan Jabatan Peguam Negara dan patuh kepada Rule of Law.

14. Jika PDRM mampu melakukan seperti diatas 12 tahun yang lalu,secara lojiknya tentulah PDRM boleh lakukan dengan lebih baik lagi sekarang ini. Namun begitu sejak akhir-akhir ini sangat jelas kelihatan PDRM seperti kehilangan taring, dan seolah jawatan Ketua Polis Negara “subservient” kepada Peguam Negara.Kes kecil seperti kesalahan manayangkan video lucah pun, yang lazimnya dahulu disiasat oleh seorang AIO berpangkat Sarjan, kini terpaksa diusung turun naik beberapa kali kepejabat Peguam Negara untuk mendapatkan arahan dan masih belum ada keputusan lagi walaupun lebih satu bulan telah berlalu.

15. Saya sedar bukan mudah untuk Tan Sri mengambil balik kuasa Polis yang Musa Hassan telah gadaikan kepada Gani Patail,untuk membawa kepada situasi “status quo”, kerana ia melibatkan pindaan semula undang-undang yang telah dikuatkuasakan sejak pertengahan 2007.Namun begitu usaha mesti diteruskan untuk mengembalikan kepada keadaan dimana amalan perinsip pemisahan kuasa dan peranan antara Penyiasat dengan Pendakwa Raya dipulihkan seperti sediakala.Mungkin rakyat sukar memahami maksud saya dalam perenggan ini. Namun begitu saya yakin Tan Sri dan pucuk pimpinan PDRM faham,dan pesara-pesara seperti saya juga faham serta akan mengikuti perkembangannya.

16. Saya berharap Tan Sri serta pucuk pimpinan PDRM yang baru sudi menggalakkan setiap warga Polis meneliti dan menghayati setiap perkataan dalam Akta Polis 1967 dan Hukuman Tetap Ketua Polis Negara untuk mereka disedarkan akan kuasa,peranan dan fungsi serta tanggung jawab Polis yang sebenar-benarnya.Apapun keadaannya, PDRM tidak bolih sama sekali terus membiarkan Gani Patail “memegang” Perdana Menteri atau mana-mana orang sekalipun sebagai “hostage” beliau.

Salam hurmat dan selamat maju jaya.

Yang benar,
Mat Zain bin Ibrahim.
5 Mei 2011.

Tabuans :
Dato Mat Zain bin Ibrahim adalah seorang pesara Pegawai Kanan Polis

Wednesday, May 11, 2011

Membantu Menyebarkan Fitnah

Sifat seorang pemimpin ialah memimpin ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tanggungjawab seorang pemimpin itu besar. Bukan nya membawa si penyampai berita yang tidak di ketahui hujung pangkal nya untuk di hidangkan berita yang samar-samar kebenaran itu kepada rakyat. Apatah lagi bila seorang pemimpin itu memakai gelaranustaz atau al-hafiz.

Saya tidak kata UMNO itu salah dan PAS itu betul atau pon PAS itu salah dan UMNO itu betul. Ini adalah dua parti Melayu dan Islam. UMNO memartabatkan Melayu untuk Islam dan Pas Memartabatkan Islam Untuk Melayu. Di dalam peredaran masa dan negara menuju menjadi maju hari ini adalah lebih baik membawa kepada politik Idea, di kaya kan dengan hujah yang bernas dan berfakta. Mendidik masyarakat supaya berfikir. Jangan lah memandulkan akal fikrah masyarakat dengan politik lucah dan selak kain.

Menyebarkan fitnah dan membantu menyebarkan fitnah dalam masyarakat harus lah di hentikan. Kita perlu membawa politik baru kepada masyarakat, terutamanya masyarakat Batu Kurau, kerana kita orang melayu, mejority orang tempat kita adalah Orang Melayu dan Beragama Islam. Malah di kalangan kita ramai yang ada hubungan darah (adik beradik) jadi mengapa kita perlu membawa orang luar untuk memecah belah kan hubungan kita?

Perlawanan antara PAS dan UMNO di Batu Kurau adalah perlawanan adik beradik, politik ini kena ada, supaya kita mengkritik secara positif dan menjadi cermin untuk menyuluh muka. UMNO menyuluh muka PAS dan PAS menyuluh muka UMNO. Selain itu Masyarakat kita dapat membuat pilihan.

Bila pemimpin memberi didikan yang baik InsyaAllah masyarakat akan menjadi baik. Tak kira PAS atau UMNO. Memang kita akui ada yang jumud di dalam politik, maklumlah di kampung masih ramai lagi yang belum celik ilmu politik. Pemimpin yang baik akan mendidik masyarakatnya ke arah kebaikan tak kira mereka itu penyokong PAS atau UMNO.

Mana orang apatah lagi pemimpin yang menghalalkan atau tolong menyampaikan fitnah, cubaab mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram perbuatan nya.

Peringatan dan hukum dari tuhan sangat jelas Al-Quran dalam Surah An-Nur ayat 19 yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita yang memalukan orang Islam (termasuk juga) dalam mana-mana orang, maka bagi mereka itu adalah azab Allah di dunia dan di akhirat Allah mengetahuinya sedangkan kamu tidak mengetahui”.

Malah kalau kita merujuk kitab fiqah ‘Man Haj’ Mazhab Shafie;“Dan diharamkan ke atas orang Islam menyebarkan berita yang memalukan kepada seseorang sama ada ianya benar atau bohong. Kalau ianya benar maka ia telah membongkar dan memalukan orang itu dan orang itu adalah haram. Kalau tak benar dia telah memfitnah orang, maka kedua-duanya itu diharamkan”

Allah swt juga berfirman “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.“
( Alhujuraat : 6 )


Nanum apakah ceramah Umi hari itu semua nya benar tentang kes Anwar Ibrahim. Apakah cerita-ceritanya itu benar belaka. Jika ia nya adalah fitnah siapa yang menanggung dosa. Dan kiranya bala Allah turun ia tidak mengira kamu orang PAs atau Orang Umno semua akan kena.. Nauzubillah..

Tidak kira siapa penganjur atau siapa yang terlibat tetapi pemimpin lah orang pertama yang harus menolak ceramah seperti ini. Apatah lagi ceramah yang langsung tidak membuka minda masyarakat.

Harap selepas ini dapat lah kiranya umno atau PAS menganjurkan ceramah motivasi kepada masyarakat atau pun ceramah agama. Berilah Motivasi kepada para penduduk supaya mereka bersemangat untuk bekerja dan meraih kejayaan. Berilah Motivasi kepada anak-anak sekolah supaya mereka bersemangat untuk belajar.

Panggil lah Pejabat tanah, Ustaz untuk berceramah pasal pembahagian harta pusaka, supaya masyarakat faham akan hukum agama dan cara pembahagian harta pusaka, Supaya mereka tidak bergaduh dan harta pusaka tidak di simpan tidak di bahagikan sehingga puluhan tahun.

Berilah ceramah atau buat lak kem motivasi untuk anak muda, supaya mereka dapat mengelak diri daripada gejala sosial seperti penagihan dadah dan lumba haram. Beri Ceramah kepada mereka tentang peluang dan ruang yang di wujudkan oleh kerajaan untuk mereka.

Kerana sesetengah dari masyarakat kampung kita masih tak faham dan tak tahu peluang-peluang yang di wujudkan oleh kerajaan. Peluang dan ruang untuk mendapat kerjaya, peluang berniaga dan lain-lain peluang.

Sekolah rendah haruslah di jadikan sekolah angkat kepada Universiti. Tidak kira universiti mana. Tetapi peluang yang cerah adalah UiTM. Setiap Falkulti atau persatuan di universiti tersebut jadikan setiap sekolah rendah di kawasan DUN Batu Kurau Sebagai Sekolah Angkat. Kalau UiTM boleh hantar pelajarnya untuk di jadikan anak angkat kepada orang kampung kita kenapa sekolah tempat anak kita mengaji tidak boleh di jadikan sekolah angkat kepada mereka.

Sekolah angkat ini bertujuan untuk para pelajar UiTM ini memberi khimat Masyarakat. Membantu para pelajar sekolah ini tentang kaedah dan cara belajar yang betul. Memberi Motivasi. Kerana apa yang saya lihat budak kampung kita gagal bukan kerana mereka tidak pandai, tetapi kerana mereka tiada motivasi dan tidak memahami kaedah dan cara belajar.

Kalau tak percaya cuba pergi sekolah rendah dan tanya murid tahun satu sampai tahun enam apa cita-cita mereka. Pasti ramai yang menjawab Askar dan polis. Tetapi berapa ramai yang menjawab nak menjadi pegawai polis, atau pegawai Askar. Atau pun pagi-pagi tadi semasa nak datang sekolah dia lihat orang TNB dok repair feeder Pillar maka dia pon kata saya nak kerja TNB. Tetapi dia tidak menyebut nak jadi engineer TNB atau pengurus TNB.

Kefahaman dan didikan seperti ini lah harus kita terapkan, supaya Masyarakat Batu Kurau menjadi cemerlang dan gemilang...

Beruk Di Hutan di Susu-susukan Anak Sendiri Mati Tak Makan


Sekolah Rendah Kebangsaan Jelai terbakar pada 27 Ogos 2010. Bangunan ranap di jilat api. Namun sehingga hari ini masih belum ada keputuasan. Sama ada membaik pulih bangunan lama atau membina semula bangunan baru.

Pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa (PIBG) nyata mahu kan bangunan baru tiga tingkat di bina. Menurut PIBG alang-alang nak buat biar tiga tingkat. Mereka mengharap dengan pertambahan penduduk Kampung Jelai dari semasa ke semasa bangunan tiga tingkat ini relevan untuk menampung murid dan memberi keselesaan untuk anak mereka menuntut ilmu.

Walaupon Kampung Jelai adalah kampung yang paling kuat menyokong UMNO sejak dari merdeka lagi. Namun bukan mudah untuk mereka mendapatkan bangunan sekolah bagi anak mereka. Menurut Raja Ahmad adun Kubu gajah di blog nya mereka sudah berhasrat mengadakan demotrasi. Mereka kecewa kerana sehingga kini kata putus tentang bangunan sekolah untuk anak mereka menuntut ilmu masih belum di buat. (baca sini)

Kampung Jelai adalah kubu kuat Umno, memberi undi yang besar untuk kemenangan Adun Batu Kurau. Tetapi kalau di lihat dari gambar dan berita di blog adun Batu Kurau beliau lebih suka menghulur bantuan ke sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Ibarat Beruk di hutan di susu-susu kan anak di rumah mati tak makan.

Sekolah jenis Kebangsaan cina di batu kurau hanya ada berapa buah. Di kampung Jelai hanya sekolah kecil tak sampai 40 orang pun murid. Tetapi demi untuk mendapat undi cina yang tak berapa kerat itu budi sanggup di tabur.

Sekolah-sekolah jenis kebangsaan itu sebenarnya tak perlu di beri bantuan kerana mereka mempunyai dana yang banyak. Para peniaga cina akan memberi bantuan secara bulanan kepada sekolah tersebut melalui untung perniagaan mereka yang pelanggan nya ada orang Melayu.

Bantuan bina sekolah atau rasmi bangunan ini hanya gairah umno lakukan sekiranya ada Pilihanraya Kecil bila adun Mati. Kita dapat lah melihat walaupon ada sedikit tanah merah maka akan di letakan bodozer untuk acara pecah tanah. Bina sekolah, bina kolej, bina universiti dan bina masjid. Tetapi Untuk sekolah yang sudah siap dan terbakar serta menyukar kan untuk anak melayu menuntut Ilmu UMNO hanya buat tak layan. Sungguh memalukan kerana ia nya berlaku di kubu kuat UMNO.

Kepada PIBG sekolah Jelai anda boleh lah lihat di tempat yang umno selalu menang senang mendapat bantuan atau di tempat Umno kalah selalu mendapat bantuan. Negeri Kelantan yang di perintah oleh PAS selama 20 tahun cuba anda pergi lihat sekolah nya berapa besar dan betapa cantik. Anda cuba pergi tanah Merah, Jeli sehingga ke Machang, anda lihat universiti Malaysia Kelantan, politeknik, MRSM, kolej komuniti dan UITM sedang di bina. Itu Baru satu Daerah di negeri Kelantan yang 20 tahun di Perintah oleh PAS.

Setelah 53 tahun orang perak mengundi UMNO ada ker Universiti Malaysia Perak? Di kawasan Larut matang & selama ada berapa universiti, kolej, Mrsm, politeknik, kolej komuniti. Orang Larut ternyata hanya di tipu oleh UMNO. Apabila melancarkan NCER di beri projek kepada Perak Utara termasuk Kawasan Larut sebagai kawasan melahirkan modal insan. Macam mana nak melahirkan modal insan berkualiti kalau tempat melatih modal insan pon tiada?

Elok kiranya pihak PIBG memohon bantuan DAP perak pulak untuk membina sekolah rendah ini. Kesian anak-anak melayu yang tiada tempat untuk mereka menuntut ilmu. Hendak mengharapkan melayu menolong, Melayu dan adun melayu lebih suka kes liwat, kes vedio seks dan suka mengadakan ceramah liwat dan vedio seks. Mungkin DAP Perak boleh menolong.

Monday, May 9, 2011

Ceramah Umi Hafilda di Batu Kurau.. Apa orang Batu Kurau Dapat.

Melihat orang Melayu Batu Kurau yang kena naik kereta brek sapu sekiranya nak ke pekan, minum air tanah merah, kedai melayu yang menompang kedai cina, rumah hangus terbakar, dan menghantar anak ke sekolah yang bangunan nya terbakar dan terpaksa belajar di dalam khemah. Apakah YAB sebegini sebagai pembela rakyat Batu Kurau?atau dia hanya suka kisah jubor Saifool sahaja sama-sama kita fikirkan..

Tabuan menulis............

Kemarin di adakan ceramah Umi Hafilda Ali dan Saudara Hanapiah Man di dataran UMNO Batu Kurau. Dari blog YAB Kap. B. Dato' Haji Mohd Najmuddin Bin Haji Elias Al Hafiz.
(sini ) kelihatan ramai yang hadir. Penerangan isu politik semasa kunun nya.

Ratu atau andartu, atau anak dara tua yang di tolak oleh masyarakat bandar di angkut ke kampung-kampung. Membawa cerita kepada orang kampung tentang jubor anwar Ibrahim. Membawa cerita liwat- meliwati. Ternga-nga pak cik kampung mendengar ceramah bodoh dan bahgal ini. Ceramah yang di bawa oleh UMNO yang ketuai oleh YAB di DUN Batu Kurau yang kunun nya Al-hafiz.

Al-Hafiz yang setiap minggu pergi ke masjid untuk sampaikan kuliah. Apakah membawa si penyampai berita yang kita tidak tahu hujung pangkal ini satu tabiat baru YAB AL-hafiz. Apakah Al-hafiz ini tidak pernah berjumpa dengan ayat al-Quran tentang orang fasik yang membawa berita? Apakah YAB Al-Hafiz ini reda menangung dosa kira nya cermah yang di sampaikan oleh Andartu ini adalah bersifat Fitnah?

Sifat-sifat seorang ulama ialah menapis dulu hujung pangkal berita itu. Ini tidak tahu hujung pangkal si penyampai berita, ia sudah di angkut ke Batu Kurau untuk bercerita kepada orang kampung. Apakah ini sifat Al-hafiz atau sifat seorang ustaz? Atau sifat seorang penasihat agama kepada Menteri Besar. Menolong menyampaikan fitnah adalah satu dosa...apakah YAB Adun Batu Kurau yang bertaraf al-hafiz ini tahu..

Orang kampung batu kurau, mak cik dan pok cik terlopong mulut nya mendengar ceramah nya. Takut mereka takut melayu akan hilang kuasa. Apakah ceramah ini mampu membuka minda orang batu Kurau atau akan memberikan pengangkutan awam menggantikan kereta brek sapu untuk orang melayu Batu Kurau adalah tidak di ketahui.

Orang melayu Batu Kurau yang mendengar ceramah ini pasti sangat takut. Tetapi apakah dengan ceramah ini orang Batu Kurau sudah tak perlu lagi naik kereta sapu. Hanya YAB yang sibuk menukar kereta.

Orang Kampung Jelai masih menunggu sekolah terbakar di bina semula. Sekolah untuk anak-anak mereka. Tetapi YAB Dun Batu Kurau tak pernah pon ambil tahu akan hal ini. Malah sehingga Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) hendak mengadakan tunjuk perasaan, menuntut sekolah yang terbakar di bina semula.

Orang melayu kampung batu kurau masih lagi naik brek sapu kalau nak ke pekan tetapi YAB Adun tidak pernah pun mengambil tahu. Tiada Bas untuk ke pekan Taiping dari Pekan Batu Kurau. YAB adun hanya tahu memberi alasan.

Empangan di kampung Repoh runtuh akibat pengorekan Pasir, dan sekarang kita boleh lihat berhampiran Jambatan Kampung Jelai dan di Kampung Haji Mat Asek ada pengambilan Pasir Sungai. Pengambilan Pasir ini akan meruntuhkan tebing sungai, yang mana rumah penduduk berhampiran dengan sungai Pasti akan rebah kedalam Sungai. Tetapi YAB. Adun hanya berminat dengan ceramah liwat Dato seri Anwar. Apakah jubor Saifool mampu menahan tebing sungai yang akan runtuh itu hanya YAB Adun Batu Kurau sahaja yang tahu.

Towkey pasir yang untung rumah orang kampung yang rebah dalam sungai. Begitu juga dengan pengambilan balak di hulu sungai dan di kawasan tadahan air untuk orang kampung. Tangki air yang di bina oleh orang kampung musnah di penuhi tanah merah kesan dari pembalakan. Air paip rosak dan kalau boleh guna pun hanya air berwarna merah. Begitu juga air terawat dari kampung air Itam Jelai. Sekiranya hujan di hulu, bekalan air akan di putuskan sehingga keesukan hari. Tetapi YAB Adun hanya tersenyum dengar cerita Liwat. Apakah Cerita Liwat ini adalah cara YAB Adun membantu rakyat adlah tidak di ketahui.

Harga air terawat untuk negeri Perak sangat mahal 1meterpadu Rm 0.77 sen berbanding dengan Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang di perintah oleh Pakatan Rakyat. Begitu juga di Selangor rakyat dapat 20 meterpadu air percuma. Sudah lah punca air orang kampung di rosak kan oleh pembalak yang di luluskan oleh kerajaan negeri. Towkey cina yang kaya, orang kampung Melayu hanya layak minum air tanah Merah. Tetapi YAB yang di pilih oleh rakyat Batu Kurau hanya berminat dengan kisah seks Dato Seri Anwar, menolong menyampaikan berita yang samar-samar kebenaran nya kepada orang kampung.

YAB Adun banyak meletakan gambar rumah yang hangus terbakar di Dun Batu Kurau di dalam Blog nya, rumah hangus terbakar kerana tiada balai bomba. Apakah usaha YAB yang di pilih ini kita pon tak tahu, adakah dia hanya layak sebagai penganjur ceramah seks anwar.

Melihat orang Melayu Batu Kurau yang kena naik kereta brek sapu sekiranya nak ke pekan, minum air tanah merah, kedai melayu yang menompang kedai cina, rumah hangus terbakar, dan menghantar anak ke sekolah yang bangunan terbakar dan terpaksa belajar di dalam khemah. Apakah YAB sebegini sebagai pembela rakyat Batu Kurau?atau di hanya suka kisah jubor Saifool sahaja sama-sama kita fikirkan...