Monday, May 9, 2011

Ceramah Umi Hafilda di Batu Kurau.. Apa orang Batu Kurau Dapat.

Melihat orang Melayu Batu Kurau yang kena naik kereta brek sapu sekiranya nak ke pekan, minum air tanah merah, kedai melayu yang menompang kedai cina, rumah hangus terbakar, dan menghantar anak ke sekolah yang bangunan nya terbakar dan terpaksa belajar di dalam khemah. Apakah YAB sebegini sebagai pembela rakyat Batu Kurau?atau dia hanya suka kisah jubor Saifool sahaja sama-sama kita fikirkan..

Tabuan menulis............

Kemarin di adakan ceramah Umi Hafilda Ali dan Saudara Hanapiah Man di dataran UMNO Batu Kurau. Dari blog YAB Kap. B. Dato' Haji Mohd Najmuddin Bin Haji Elias Al Hafiz.
(sini ) kelihatan ramai yang hadir. Penerangan isu politik semasa kunun nya.

Ratu atau andartu, atau anak dara tua yang di tolak oleh masyarakat bandar di angkut ke kampung-kampung. Membawa cerita kepada orang kampung tentang jubor anwar Ibrahim. Membawa cerita liwat- meliwati. Ternga-nga pak cik kampung mendengar ceramah bodoh dan bahgal ini. Ceramah yang di bawa oleh UMNO yang ketuai oleh YAB di DUN Batu Kurau yang kunun nya Al-hafiz.

Al-Hafiz yang setiap minggu pergi ke masjid untuk sampaikan kuliah. Apakah membawa si penyampai berita yang kita tidak tahu hujung pangkal ini satu tabiat baru YAB AL-hafiz. Apakah Al-hafiz ini tidak pernah berjumpa dengan ayat al-Quran tentang orang fasik yang membawa berita? Apakah YAB Al-Hafiz ini reda menangung dosa kira nya cermah yang di sampaikan oleh Andartu ini adalah bersifat Fitnah?

Sifat-sifat seorang ulama ialah menapis dulu hujung pangkal berita itu. Ini tidak tahu hujung pangkal si penyampai berita, ia sudah di angkut ke Batu Kurau untuk bercerita kepada orang kampung. Apakah ini sifat Al-hafiz atau sifat seorang ustaz? Atau sifat seorang penasihat agama kepada Menteri Besar. Menolong menyampaikan fitnah adalah satu dosa...apakah YAB Adun Batu Kurau yang bertaraf al-hafiz ini tahu..

Orang kampung batu kurau, mak cik dan pok cik terlopong mulut nya mendengar ceramah nya. Takut mereka takut melayu akan hilang kuasa. Apakah ceramah ini mampu membuka minda orang batu Kurau atau akan memberikan pengangkutan awam menggantikan kereta brek sapu untuk orang melayu Batu Kurau adalah tidak di ketahui.

Orang melayu Batu Kurau yang mendengar ceramah ini pasti sangat takut. Tetapi apakah dengan ceramah ini orang Batu Kurau sudah tak perlu lagi naik kereta sapu. Hanya YAB yang sibuk menukar kereta.

Orang Kampung Jelai masih menunggu sekolah terbakar di bina semula. Sekolah untuk anak-anak mereka. Tetapi YAB Dun Batu Kurau tak pernah pon ambil tahu akan hal ini. Malah sehingga Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) hendak mengadakan tunjuk perasaan, menuntut sekolah yang terbakar di bina semula.

Orang melayu kampung batu kurau masih lagi naik brek sapu kalau nak ke pekan tetapi YAB Adun tidak pernah pun mengambil tahu. Tiada Bas untuk ke pekan Taiping dari Pekan Batu Kurau. YAB adun hanya tahu memberi alasan.

Empangan di kampung Repoh runtuh akibat pengorekan Pasir, dan sekarang kita boleh lihat berhampiran Jambatan Kampung Jelai dan di Kampung Haji Mat Asek ada pengambilan Pasir Sungai. Pengambilan Pasir ini akan meruntuhkan tebing sungai, yang mana rumah penduduk berhampiran dengan sungai Pasti akan rebah kedalam Sungai. Tetapi YAB. Adun hanya berminat dengan ceramah liwat Dato seri Anwar. Apakah jubor Saifool mampu menahan tebing sungai yang akan runtuh itu hanya YAB Adun Batu Kurau sahaja yang tahu.

Towkey pasir yang untung rumah orang kampung yang rebah dalam sungai. Begitu juga dengan pengambilan balak di hulu sungai dan di kawasan tadahan air untuk orang kampung. Tangki air yang di bina oleh orang kampung musnah di penuhi tanah merah kesan dari pembalakan. Air paip rosak dan kalau boleh guna pun hanya air berwarna merah. Begitu juga air terawat dari kampung air Itam Jelai. Sekiranya hujan di hulu, bekalan air akan di putuskan sehingga keesukan hari. Tetapi YAB Adun hanya tersenyum dengar cerita Liwat. Apakah Cerita Liwat ini adalah cara YAB Adun membantu rakyat adlah tidak di ketahui.

Harga air terawat untuk negeri Perak sangat mahal 1meterpadu Rm 0.77 sen berbanding dengan Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang di perintah oleh Pakatan Rakyat. Begitu juga di Selangor rakyat dapat 20 meterpadu air percuma. Sudah lah punca air orang kampung di rosak kan oleh pembalak yang di luluskan oleh kerajaan negeri. Towkey cina yang kaya, orang kampung Melayu hanya layak minum air tanah Merah. Tetapi YAB yang di pilih oleh rakyat Batu Kurau hanya berminat dengan kisah seks Dato Seri Anwar, menolong menyampaikan berita yang samar-samar kebenaran nya kepada orang kampung.

YAB Adun banyak meletakan gambar rumah yang hangus terbakar di Dun Batu Kurau di dalam Blog nya, rumah hangus terbakar kerana tiada balai bomba. Apakah usaha YAB yang di pilih ini kita pon tak tahu, adakah dia hanya layak sebagai penganjur ceramah seks anwar.

Melihat orang Melayu Batu Kurau yang kena naik kereta brek sapu sekiranya nak ke pekan, minum air tanah merah, kedai melayu yang menompang kedai cina, rumah hangus terbakar, dan menghantar anak ke sekolah yang bangunan terbakar dan terpaksa belajar di dalam khemah. Apakah YAB sebegini sebagai pembela rakyat Batu Kurau?atau di hanya suka kisah jubor Saifool sahaja sama-sama kita fikirkan...

25 comments:

Anonymous said...

hang toksah nak membohong sangat la. orang2 kpg aku ni xdak yang susah2 belaka. TIPU SAJA TAU..

hafiz said...

Tabuan..
Mu dari dulu dok kondem orang kampung Batu Kurau..

Mu tah2 reti ka dak lagi cakat patani..

Ini ceramah isu semasa..nak pecaya ke dak lantak la..

Hang tau dak Dato Kapten buat apa kat batu Kuro..

Soalan2 mu tuh dari dulu kami dok jawat..tapi mu dok ulang2 sapei la..tak moh terima hakikat lansong

Anonymous said...

bkn dato kapt yg anjurkan lahhh

Anonymous said...

sokong tabuan...orang melayu tu kuro saja yang tak celik lagi....
mung tenguk sekolah jelei terbakar sapai hari ni tak buat lagi....orang penang aku denga dapat bas free org tu kuro naik keta brek sapu...
orang melayu tu kurau aku harap jgn la kena tipu dengan umno ngok...

Anonymous said...

Uma tau cerita ka pasal sekolah jelei & Bas tu? kalu tak tahu dok diam2, kalau nak tahu gi jumpa kapten sendiri..

Batu Kurau Ku said...

tabuan oi..

harap ko sempat la mintak maaf kat YB. harap ko ingat dosa pahala buat fitnah bukan2.

Pasal Bas tu pun semua orang tau takdak sapa nak naik Bas lagi dah..
pasal air merah tu inisiatif penduduk kmpg yang ambik air bukit, yang korek pasir tu cuba ko rujuk JPS larut Matang Selama kalau nak tau.

Orang2 batu kurau tak pernah komplen harga air tinggi ka rendah..kerana jarang sekali masalah air berlaku di Batu kurau.malah orang2 batu kurau tak guna air yang banyak seperti dibandar.

Kalau menulis tu ingat2 dosa pahala..kalau berkenaan Alhafiz beliau ko pertikaikan..ko boleh pertikaikan ramai lagi ahli2 agama dalam parti2 lain.

ingat tabuan..jangan buat dosa kering...menipu orang ramai tentang Batu kurau....

Anonymous said...

tabuans..ramai penjilat bontot umnongok di sini rupanya....

Anonymous said...

kalau org umno bawak ceramah memang tak baguih ...acu bagi dekat depa umi halifda ni siap panggil ustazah la jawapnya ,,apa penceramah pas ni baguih beno ke, pada aku puak pas yg pegi dego tu bodoh blaka kena tipu,, tengok bob lokman masuk pas baru 2,3 hari dah deme usung bawak gi ceramah mengalahkan ustaz2 pada hal habok pun tadak apa..

Anonymous said...

Wahai orang-orang yang beriman ketika datang kepada kalian orang yang fasik dengan membawa suatu berita maka tabayunlah (mencari kebenaran berita)".(QS. Al Hujurot : 6)

Yakni ketika suatu berita telah sampai pada kalian tentang suatu jama'ah atau suatu kaum atau suku atau tentang seseorang bahwa dia telah berbuat demikian dan demikian. Maka janganlah engkau tergesa-gesa pada suatu perkara sehingga engkau memiliki bukti dari kebenaran berita tersebut.

Anonymous said...

nmapk sangat la bodonya si tebuan sekor ni.... menulis yg tak dak isi? pakei tembak rambang jae.... org Tu Kugho tak dak deh sebut "brek sapu"... Brek sapu???? hahahaha... plek lae.... tang penama "brek sapu" tu????

Pasal bas... mu tahu dak, org batu kurau la ni dah makin maju... mana nak naik bas lagi dah... pakat2 dah ada kenderaan sendiri... kalu ada bas jugak di sini... pakei bengkrap lae tokey bas tu.... bodo punya tabuan!!!!

Anonymous said...

Tabuan ni mmg bodo lae.... dah berapa tahon dah tak kelek batu kuro

Anonymous said...

Tabuan, aku tahu kau org bt kurau. kau tahu ke kerja korek pasir tu dilakukan untuk mengelak dari berlakunya banjir yang kerap berlaku sebelum ini. Apa kena mengena dengan YB Kapten.

Kau duk pekan bt kurau, dulu dah ada bas tapi bankrap kerana tiada penumpang, kau nk bayar gaji ke!!Kau kata YB asyik tkr kete, kau tahu tak bila dia jadi wakil rakyat dia jual Mercedes Benz dia..sebab nk bantu rakyat..Kete yg pakai sekrg ni hak kerajaan tau tak!!!Jgn suka tuduh babi buta macam Ketua AlJuburi.Kau duk kata babi kat PM.Aku nak syorkan agar YB kapten buat laporan polis pada tebuan ni. Biar kita ajar org yg kurang ajar ini.

Anonymous said...

Tabuan, Nampak sgt kebodohan engkau. apa yg engkau dendam sgt ke kat yb kapten????engkau dan suku sakat engkau bantai 3 beradik tu di pekan selasa tu tuk apa pulak??

aku dah tanya dato kapten pasai sekolah jelai yang terbakar. dia kata peruntukan baik pulih rm 150 ribu dah lulus tp bila nak buat org kg tak setuju sbb dema nk sekolah baru. dah 2 pucuk surat dia htr pd TPM. Tok Hamzah pula pandai2 janji dah lulus 4 juta. kalau engkau tak tahu, jgn duk tuduh ketahuan hala! engkau tak tengok ke SMK kg perak tengah dok buat?kapten yg mohon projek tu 28 juta beb!! hat baik engkau tak nmpk,yg buruk je engkau nampk!!

Anonymous said...

tabuan..dulu puak hang kata kapten pembohong psl jalan ank kurau.kalau hang nk tau org PR plg byk dpt pampasan skrg tunggu pampasan selesai je!dah nak bina dah.kapten yang bertungkus lumus desak projek ni hang tau tak!mata hang buta ke projek di bt kurau!!!

Anonymous said...

pandai la uma kata kapten mintak sekolah kapung perak tu 28 juta.. muma nak tahu aku dengar dato raja masa dia ahli parlimen tu mintak lepas dato Hamzah pulak tokok tambah..pasal tu dapat pasal dato mezah timbalan meteri....kapten adun jerrr mana ada projek kerajaan negeri had besar..sekolah suma bawah kerajaan pusat...

Anonymous said...

elok lah sama2 uma bergaduh..lagu tu lah umno.kerja tak ikhlas..masing2 nk tunjuk..

Anonymous said...

aku pernah baca dlm srt kbr,kapten yg jenuh minta projek tu dlm dewan negeri lagi..tanyalah cikgu radzi d pej peljaran daearh. aku nak tanya apa dato hamzah buat di bt kurau????? setakat dwn pdk quin je yg aku nmpak..janji sana janji sini,habuk pun tarak..

Anonymous said...

masjid tu koro dengan balai polis dato raja bawak masuk

Anonymous said...

biarlah sapa pun yg bawak masuk atau minta projek. yang penting semua tu untuk kemudahan kita semua. yang penting kesungguhan ke semua pimpinan termasuk rakyat batu kurau dalam usaha membangunkan batu kurau mengikut kemampuan yang termampu. dan yang paling utama semuanya adalah usaha kerajaan yang ada sekarang dan bukan inisantif pembangkang.

Anonymous said...

apa yang pembangkang dah buat? khemah kenduri?alatan kenduri? kadang2 kita pelik puak2 pas bila kenduri sanggup pakai khemah tertera lambang BN..tak malu kew.. kdg2 ada gak guna khemah tu tp lambang dok belakang..kononnya taknak orang tgk.. apa ke hal.. tu yg kerja dgn jabatan kerajaan lagi la.. dok sara keluarga..kalau tak suka pun tak payah la tunjuk.. undi kan rahsia.. ni ludah tp ludah kat muka sendiri..

Anonymous said...

hampa ni bodo la..orang PAS pon bayar cukai pendapatan, bayar cukai tanah dan bayar cukai ke atas setiap barang yang di beli.
duit cukai tu la BN dok pakai...buat jalan, buat sekolah, buat macam..rasuah pon duit rakyat juga

Anonymous said...

Tiada ubat untuk jadi cerdik..kecuali menuntut ilmu dan rajin membaca...

Seringkali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut ‘kerajaan bermurah hati membantu’.



Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka. Maka di sini disebutkan beberapa perkara;



i. Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung. Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai. Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat

ii. Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau PR atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar. Istilah ‘wang pembayar cukai’ atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat.

Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”. Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”.

Anonymous said...

Mengikut sumberPDRM, Pm ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menerima permohonan dari Dato Kapten mengenai pembinaan Balai polis Batu Kurau. Tlg rujuk en. Mail Ketua Balai Polis Batu Kurau. Jangalah bodek orang lain macam tu sekali sdr oi.. yg penting projek masuk Bt.Kurau untuk rakyat. Apa nak dibisingkan..

Anonymous said...

kalau kita tak tahu perkara sebenar,jangan duk tuduh tak tentu pasai..ingatlah dosa sikit..

Anonymous said...

oi..
ko tau ka keta xtrail yg kapt pakai tu?tu keta kerajaan oi!!!tu pun dia baru dapat,kalau tak pakai la keta perdana buruk kerajaan yg slalu rosak!!nape ko tk sebut org PR..masuk2 trus pakai camry!!!rugi duit kerajaan oiii..

ko tau ke dlu dia pakai perdana hitam..pastu dia jual amik keta baru honda hitam tu(jual&tmbh duit ckit beli keta br),sbb perdana dia dah ckup 5 tahun..dia mampu dia tkr lah keta setalah 5 tahun!!

tu pn kalau blk bt kurau atau outstation dia blk pakai honda dia sbb keta yg dia dpt ok cuma tk sesuai jln jauh oiiii

ko internet pandai,buat blog pandai..tp fikiran ko sempit!!ko cuba search xtrail tu kat image internet..jgn jd bodoh sgt

ko mesti pandai agama,rezeki kapten dah tertulis dah dr perut mak dia dah..tk pyh lah nk bising!!!tk sangka ko bodoh tk tau ttg rezeki tiap2 org dah tertulis dlm tiap2 perut ibu..(ko cek blk alquran weh)