Monday, June 21, 2010

Anak Batu Kurau Pulang Lah Menabur Jasa

Ramai yang berkata kepada saya 'kritik memang senang tetapi cuba buat tengok". "Hang dok kat luar boleh la kami duduk dalam kami tahu la". Saya menerima apa yang mereka kata kepada saya. Pada saya, saya akan terus juga mengkritik dan mengatakan apa sahaja yang terbuku di hati saya. Saya tiada kepenting apa pon, saya tidak mendapat bayaran satu sen pon daripada mana-mana pihak. Saya juga tidak mendapat sebarang projek, sebarang tender, samada tender kantin sekolah, atau pon tender kambus parit tali air.

Saya cuma mahu melihat Batu Kurau tidak ketinggalan dari arus pembangunan negara. Saya juga tidak mahu melihat orang kampung saya di perbodohkan. Saya sangat sedih kalau saya mengetahui nya.

Saya melihat ramai anak wwarga Batu Kurau yang merantau di luar, ramai yang berjaya. Setahun sekali atau dua kali mereka akan pulang ke Batu Kurau. Biasa nya bila tiba musim perayaan atau pon durian che dema berbuah-buah (durian tok wan mereka berbuah).
Saya boleh melihat keramaian orang Batu Kurau di perantauan bila tiba hari Hari Raya dan hari raya tersebut jatuh hari rabu dan pada hari Selasa jalan akan jam dengan teruk sekali.

Bagi saya ini adalah satu kejayaan orang Batu Kurau, kejayaan dalam menghasilkan modal insan. Modal insan yang mengembeleng tenaga membangunkan negara.

Saya terfikir untuk mengajak anak-anak Batu Kurau yang berjaya di perantauan supaya kita balik membangunkan tempat kita. Kita curahkan idea dan sebagainya untuk membantu membangunkan tempat kita.