Wednesday, February 24, 2010

Aduan Rakyat Di TV3 Dan Masalah Rakyat Di Batu Kurau

Program Aduan Rakyat yang di terbitkan oleh TV3 setiap hari Rabu adalah program yang terbaik untuk rakyat mengadu masalah. Program yang di hos kan oleh Karam Singh Walia dan bersama dua tiga orang berlainan bangsa untuk menunjukan semangat satu Malaysia.TV 3 sudah menjadi wakil rakyat, yang berfungsi untuk membawa masalah rakyat untuk di selesaikan. Malah lebih baik daripada wakil rakyat yang banyak membuat janji kosong.

Banyak masalah dapat di selesaikan dengan kadar segera bila masuk TV3. Jalan yang berlubang, kubur yang nak runtuh, gajah yang memusnahkan kebun getah dan pelbagai lagi masalah rakyat mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak yang berwajib. Malah hari ini TV3 lapor esok dah selesai, pantas seperti kilat. Tak payah usung dairy yang tebal-tebal dan tulis panjang-panjang, tak payah usung pegawai berderet seperti langau hurung tahi, tetapi masalah tak dapat diselesaikan, lima tahun lagi tabur janji pula. Karam Singh Walia datang dengan Camera man dan serangkap dua peribahasa. "Terbakar kampung nampak asap terbakar hati siapa yang tahu" masalah dengan segera dapat di selesaikan.

Pada pilihanraya akan datang elok lah Karam Singh Walia pulak menjadi wakil rakyat, elok beliau menggantikan wakil rakyat yang banyak buat tuntutan perjalanan tetapi tidak hadir sidang Parlimen.

Masalah rakyat yang di siarkan oleh aduan rakyat sebenarnya adalah tamparan kepada wakil Rakyat di tempat tersebut. Tambahan pula masalah itu begitu mudah di selesaikan, pagi Karam Singh Walia datang petang dah selesai, ini jelas menunjukan bahawa wakil rakyat tempat tersebut tidak membuat kerja. Koh Soo Koon tak payah nak buat buku laporan KPI tebal-tebal, lihat kepada aduan rakyat sahaja sudah tahu bahawa wakil rakyat tersebut tak buat kerja, malah pada Pilihanraya yang akan datang elok di gugurkan sahaja. Rakyat menderita bila mempunyai wakil rakyat sebegini.

Rakyat memilih wakil rakyat bukan nak suruh makan gaji buta, bukan nak suruh jadi kontraktor, bukan nak suruh buat syarikat letak nama bini. Rakyat memilih dengan penuh harapan agar masalah mereka dapat di ketengahkan untuk di selesaikan. Wakil rakyat bukan sahaja perlu bijak tetapi perlu di lihat bijak dalam menyelesaikan masalah rakyat. Jangan la pulak lepas jadi wakil rakyat beban kan pulak rakyat yang memilih dengan masalah peribadi.

Jadi wakil rakyat kalau tak terpilih jadi ketua bahagian pon masih boleh menolong rakyat, Allah swt tetap memberi pahala atas pertolongan tersebut. Ini tidak! bila tak boleh jadi Ketua Bahagian potong line handphone, dulu masa nak bertanding janji macam-macam. Jumpa kambing pon mengaku adik beradik.

Kepada TV3 teruskan usaha murni anda, saya amat menghargai usaha murni ini...terima kasih TV3.

Tulisan di bawah tiada mengena dengan yang di atas..

Kepada pengendali program aduan rakyat, saya dengan ikhlas hati menjemput saudara ke kampung saya 'Kampung Batu Kurau Perak" untuk melihat masalah 'kereta sapu' yang di gunakan sejak sekian lama oleh penduduk kampung sekitar untuk ke Pekan Batu Kurau. Kereta sapu ini tiada pelindungan insurans penumpang, tidak mematuhi peraturan-peraturan JPJ. Saya khuatir nanti ada penumpang yang akan mati katak.

Selain itu pelajar-pelajar sekolah menengah Jelai dan sekolah menengah dato Kamaruddin boleh pergi sekolah dengan bas Sekolah , tetapi bila kena pergi sekolah sesi petang (kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum ) tiada bas sekolah. Kena naik kereta sapu atau bawak motor tanpa lesen untuk ke sekolah.
Sekolah menengah Jelai tiada kelas untuk tingkatan 6, jadi kepada sesiapa yang nak ambik tingkatan 6 perlu ke sekolah dato Kamaruddin. Tiada Bas dari Ijok untuk ke Batu Kurau.
Banyak pelajar sekolah bawak motor tanpa lesen pergi sekolah...

Ke-dua, masalah air bersih, bukan tak ada paip air kerajaan negeri di kampung ini, tetapi bayaran masuk yang mahal, menyebabkan orang kampung tak mampu bayar, selain Bill air juga mahal, orang kampung menggunakan air yang berpunca dari bukit, di usahakan secara bergotong royong. Tetapi akibat penebangan balak halal dan haram maka banyak punya air yang rosak, bila musim hujan air langsung tak boleh minum.

Ketiga tiada balai bomba, sekiranya ada kebakaran dalam pekan batu kurau atau kampung sekitar nya, pihak bomba taiping yang terletak puluhan kilometer di harapkan untuk memadamkan kebakaran. Bila pihak bomba tiba rumah yang terbakar sudah jadi abu. Banyak kebakaran yang berlaku sebelum ini. Orang kampung hanya mampu cedok air pakai baldi untuk memadam kebakaran tersebut. (sini ada sikit berita rumah terbakar)

Tuesday, February 23, 2010

Peladang Batu Kurau Dan Jihad Ekonomi...

Minggu lepas dato Noh Omar melancarkan hari ulang tahun Lembaga Pertubuhan Peladang. Saya tidak berminat untuk mengulas berkenaan hari ulang tahun tersebut. Saya hendak menceritakan perihal Pertubuhan Peladang Kawasan Batu Kurau.

Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Batu Kurau yang terletak di depan sekolah Dato Kamaruddin dan di hadapan jalan hendak menuju ke Pusat Kesihatan Batu Kurau. (Tengok Sini Lokasi nya) Dato seri Raja Ahmad Zainuddin (adun Kubu Gajah ) adalah pengerusi yang ke- tujuh. Beliau masuk pada 14. 1. 1992.


Pump Minyak Shell di Batu Kurau adalah hak milik Peladang, selain daripada lesen kelas F yang selalu di pinjam oleh mereka tertentu untuk meraih tender buat padang futsal. Berita harian pada 25 nov 2005 mengeluarkan berita mengatakan bahawa peladang Batu Kurau akan menternak lembu daging pada tahun 2006 di atas tanah seluas 0.8 hectar di kampung Gudang.


Manakala Peladang Batu Kurau juga melaksanakan projek lain iaitu ladang durian seluas kira-kira 85 hektar di Bukit Cop Ijuk yang ditanam beberapa tahun lalu dan kini hampir mengeluarkan hasil. (baca sini) Bagi projek terbaru pula ialah ladang sawit secara komersial.


Datuk Seri Hj. Ir. Nizar sewaktu menjadi Menteri besar pernah menyampaikan hadiah Peladang Jaya Wanita,kepada Sharifah Abdul Rahman dari Batu Kurau.


Pejabat Peladang Batu Kurau menjual segala racun, baja dan alatan untuk tujuan pertanian. Sesuai dengan kedudukan geografi Batu Kurau yang muka bumi nya amat sesuai untuk aktiviti pertanian. Dulu orang kampung mengusahakan sawah padi, tapi kini sawah padi hanya dapat di lihat di kampung Gudang dan di batu 20 sahaja, itu pun di usahakan oleh syarikat tertentu. Parit tali air di kampung Pantai Besar yang di bina puluhan tahun dahulu sudah di kambus. Atas nama projek untuk memajukan Kampung Parit Tali Air ini di kambus.

Orang kampung dulu berjuang begitu lama untuk mendapat parit tali air ini bagi tujuan pengairan sawah padi. Sekarang bila beras beli di kedai dan sawah terbengkalai, nak bagi projek dekat ketua cawangan punya pasal tali air di kambus, lepas di timbus parit tali air di jerit dasar kerajaan "Pertanian adalah satu perniagaan".

Berbalik kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Batu Kurau, yang menjual segala peralatan pertanian tadi. Sebenar nya dalam pekan Batu Kurau tidak kurang empat buah kedai yang menjual segala racun, baja dan peralatan pertanian. Empat buah kedai hardware, semua bukan Melayu hanya satu siam bumiputra.

Empat Buah kedai ini berada betul-betul dalam pekan Batu Kurau, sangat mudah di acces oleh pelanggan, berbanding dengan pusat jualan Pertubuhan Peladang Batu Kurau yang terletak jauh dari pusat Pekan Batu Kurau dan sukar untuk di Acces oleh pelanggan. Malah saya amat percaya tak ramai penduduk Batu Kurau yang mengetahui bahawa Peladang Batu Kurau ada menjual peralatan pertanian.

Baru-baru ini saya ada melihat sebuah bangunan baru ada di dirikan dalam kawasan pagar bangunan Peladang tersebut. Di fahamkan bangunan tersebut di dirikan dengan tujuan untuk menempatkan barangan pertanian untuk di jual, di bina untuk mudah di acces oleh pelanggan tapi dalam pagar. Ada papan tanda yang menjelaskan kepada pelanggan. Namun bagi saya ia nya tetap jauh.

Saya mencadangkan agar Pihak Peladang Batu Kurau menyewa sebuah rumah kedai dalam pusat pekan Batu Kurau. Rumah kedai ini boleh di letakan pelbagai barangan pertanian, malah boleh di jadikan kedai Hardware sekali, dengan menjual pelbagai barangan lagi. Bangunan pejabat biarkan di lokasi lama, mana-mana staff yang suka duduk dalam air-cond boleh terus duduk di sana, yang nak berkhidmat jual-beli boleh duduk di rumah kedai. Peladang Batu Kurau ada modal, pump minyak kepunyaan peladang, ahli Peladang ramai sudah pasti support kuat.

Orang Melayu kurang modal untuk buat semua itu, Peladang Batu Kurau ada modal, peladang Batu Kurau boleh tolong pacu, bergerak untuk jihad ekonomi bagi umat islam. Beri lah peluang kepada umat Islam Batu Kurau membeli di kedai yang di uruskan oleh orang islam, kerana sudah lama membeli di kedai Cina. Kedai Hardware Cina dari bangunan kayu sudah mampu di dirikan bangunan batu tiga tingkat. Apakah orang Islam masih menongkat dagu?

Talian-talian Hayat Untuk Selamatkan Satu Batang...



Pelbagai talian hayat telah di gunakan untuk menyelamatkan hanya satu batang...yang merobos satu lubang. Pelbagai ragam dan garam yang dapat di saksikan.

Gambar di atas merupakan salah satu talian hayat juga, membaca yassin di pekarangan Makhamah. Mungkin elok mana-mana hartawan untuk sewa kapal terbang supaya kita dapat ramai-ramai membaca yassin di hadapan kaabah di mekah. Kita Jemput semua ustaz, ulama, mufti, untuk sama-sama hadir. Kita mohon kehadrat ilahi moga di tunjukan siapa yang benar.