Tuesday, November 24, 2009

Lambang Satu Malaysia : KTM Komuter Bukan Formula One

KTM Komuter adalah rangkaian pengangkutan di bawah selian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Pengangkutan ini di lancarkan pada tahun 1995, sebagai salah satu pengangkutan darat dan bertujuan untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di ibu kota.

KTM komuter yang mempunyai rangkaian sepanjang 1
53km dan melalui 42 stesen dan di bahagikan kepada dua aliran. Aliran Sentul - Pelabuhan Kelang dan Aliran Rawang -Seremban. Pertukaran bagi kedua-dua aliran boleh di lakukan di Kuala Lumpur Sentral, stesen Keretapi lama, Bank Negara dan juga di Stesen Putra.

Setiap warga perlu bergerak, bergerak untuk mencari rezeki, bergerak untuk menunjukan bahawa jasad ini masih hidup, bila bergerak maka bergeraklah ekonomi. Warga Kuala Lumpur memang berbangga dengan bangunan pencakar langit, dengan tower-tower yang cahayanya berkelipan pada malam hari. Warga merasa bangga dengan kemajuan ini, dengan kemajuan yang di capai yang mampu meletakan Malaysia sebaris dengan negara-negara maju.

Kebanyakan warga yang memerah keringat di Ibu Kota bukan lah di beranakan di sini, uri mereka di tanam di tempat lain, tali pusat pon di potong di daerah lain, bidan yang menyambut pon bukan dari daerah sini.
Mereka datang berdagang, mereka datang mencari rezeki, mereka memerah keringat, membanting tulang di Bandaraya yang menjanjikan rezeki lumayan.

Dari ceruk kampung,dari felda dari estet mereka menuju ke Ibu Kota.Ibu Kota tempat semua bangsa, samada bangsa serumpun, bangsa yang di angkut ingg
eris, bangsa yang baru datang, atau pon bangsa yang menyuruk datang, mereka bersama, bersama mencari rezeki di Ibu Kota sebuah bandaraya.

Setiap hari berduyun-duyun warga kota yang bereb
ut-rebut menaiki KTM Komuter. Tolak-menolak, bersendat-sendat, bergesel-geselan adalah pekara biasa bagi para penumpang. Warga yang ada kad pengenalan, warga yang berpasport, warga yang bervisa, warga yang tiada apa-apa pengenalan sudah sinonim dengan pekara sebegini. Alah tegal bisa....


Setiap pagi, setiap petang, mereka perlu berebut gerabak Komuter, untuk balik, untuk pergi kerja. Ada Komuter yang bergerak dengan kuasa elektrik, ada yang di tarik oleh engine lokomotif, ada yang Keretapi tapi bertugas sebagai komuter.
Sesak yang menyesakan. Sememang nya warga yang menumpang komuter setiap hari tidak berpuas hati, marah di pendam kesum
at di dalam hati. Tetapi kepada siapa hendak di luahkan.

Memang Komuter melambangkan semangat
Satu Malaysia, kalau nak tengok bagaimana rakyat satu Malaysia bersatu, lihat lah KTM Komuter. Lihat lah bagaimana mereka menaiki komuter, bersatu rapat dan padat di dalam komuter. Di sini lah Semangat Satu Malaysia yang di canang Dato Seri Najib sewaktu mengambil alih seri perdana, Di sini lah permulaan yang baik untuk Satu Malaysia, bukan nya di sekolah, bukan nya satu sekolah, dan bukan nya Formula
One yang meranap berjuta wang negara.

Di sini lah di KTM Komuter lah semangat satu Malaysia bermula dan menyala. Najib sudah lewat sebenar nya untuk semanga
t satu Malaysia, semangat satu Malaysia di KTM Komuter sudah bermula sekian lama.

Malah kalau Tan Sri Muhiyiddin mengambil alih nanti dan beliau bermimpi untuk membawa semangat atau slogan Satu Asia, beliau juga boleh menggunakan KTM Komuter juga, kerana bukan sahaja rakyat malaysia bersesak di dalam KTM Komuter tetapi ramai warga asia turut serta, dari Nepal hingga ke Bangla, dari India hingga ke China Doll dari Philipine hingga ke Myanmar, menjadi tukang tolak dan tukang sendat dan rapat. Tanya lah Warga satu Malaysia mereka sudah sebati dengan harum bau mat bangla, mereka sudah sinonim dengan geselan Mat Bangla. Sudah tiada beza antara bau nasi lemak antarabangsa dengan bau mat bangla.

Ini lah warga kita, yang menyahut semangat satu Malaysia. Mereka yang menyumbang kepada negara, mereka lah yang memerah keringat pagi, petang siang dan malam membangunkan Ibu Kota, mereka lah yang menghayati, mendalami, melaksanakan semangat satu Malaysia dengan menumpang KTM Komuter, tetapi kereta Formula One di katakan lambang Satu Malaysia. Ternyata Dato Seri Najib Melakukan kesilapan yang Besar. KTM komuter lah lambang satu Malaysia.

Tiada upaya pak cik penoreh getah, tiada upaya mak cik felda, untuk membeli tiket formula One, tiada upaya pak cik sawah Jitra nak duduk kerusi penonton. Mereka tak mampu untuk berada di situ. Tetapi mereka mampu untuk naik KTM komuter bila melawat anak menantu yang bekerja di Ibu Kota, tetapi mereka perlu mengharung pekara yang sama, perlu di tolak dan di sendat kan untuk melambang Warga satu Malaysia memang bersatu, bersatu di dalam KTM Komuter.

Tuesday, November 17, 2009

Banjir Melanda : Larut Matang & Selama

Kalau mengikut buku Georgrafi tingkatan 3, kawasan Larut Matang & Selama adalah kawasan yang paling lembab di dalam Malaysia, manakala Jelebu di Negeri Sembilan adalah kawasan paling kering. Kawasan yang mempunyai taburan hujan yang paling tinggi di dalam Malaysia.

Larut Matang & Selama merupakan sebuah daerah yang terletak di utara Negeri Perak. Daerah ini terletak bersempadan dengan Daerah Kerian di utara, Daerah Kuala Kangsar dan Daerah Manjung di selatan, Daerah Hulu Perak di timur, Selat Melaka di barat dan Negeri Kedah di Utara.

Pusat pentadbiran daerah adalah terletak di bandar Taping yang merupakan antara bandar terawal di Malaysia. Daerah ini merangkumi 3 daerah kecil iaitu Larut di tengah dan selatan, Matang di barat dan Selama di utara dan mempunyai keluasan 151,104.03 hectar.

Penduduk daerah ini sudah mangli dengan hujan, hujan pagi petang siang dan malam. Selalu juga mendengar rungutan daripada orang kampung, hari-hari hujan nak motong pon tak buleh, tetapi sebagai manusia apa kuasa kita. Kita tidak boleh membuat demotrasi untuk menuntut supaya hujan di kurangkan, seperti mana kita buat demotrasi menuntut supaya I.S.A. di hapuskan. Kita hanya mampu berdoa ke hadrat ilahi.

Baru-baru ini daerah Selama mengalami banjir yang terburuk. Banyak penduduk terpaksa di pindahkan (baca sini) . Malah ada pihak yang menyalahkan kontraktor kerana di kata ke cuaian kontraktor menjadi punca banjir (baca ini) .

Apa-apa pun yang terjadi rakyat yang menjadi mangsa banjir mengharapkan bantuan, mereka amat mengharapkan bantuan segera sampai dan di agihkan dengan saksama. Jangan pulak ada pihak yang berkroni, atau pon berpuak-puak.

Ramai ahli-ahli politik turun membantu, ahli Parlimen dato Hmazah yang kurang nampak menyerlah di Larut pon muncul untuk memberi bantuan.Dato Seri Raja Ahmad yang di turunkan dari Ahli Parlimen kepada Adun Kubu Gajah pon ada untuk menghulurkan bantuan. Terima kasih atas keperihatinan mereka. Amat lah di harapkan kepada mereka untuk membawa masalah rakyat untuk di selesaikan.

Buat lah perancangan jangka panjang untuk mengatasi banjir , tak kira Kerajaan Negeri ataupon kerajaan Pusat. Perancangan dengan teliti bagaimana untuk mengatasi banjir di masa akan datang. Rakyat tak mahu hanya dengar janji-janji kosong wakil rakyat sahaja, rakyat mahukan tindakan yang berkesan.

Tuesday, November 3, 2009

Usahawan TEKUN diminta bayar balik pinjaman

IPOH 1 Nov. — Usahawan yang memperoleh pembiayaan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional diminta agar lebih bertanggungjawab dengan membayar balik pinjaman mereka.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran balik ini membolehkan TEKUN Nasional mempunyai modal pusingan mencukupi untuk diberikan kepada usahawan lain yang memohon pembiayaan seperti ini.

"Selama ini yang saya tahu, tiada apa-apa tindakan. Kadang-kadang sikap Malaysia ini yang saya tengok, kita ini sangat murah hati. Kalau nak ambil tindakan kita selalu berasa kasihan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Rakan Alam Sekitar Parlimen Tambun di Ulu Chepor di sini hari ini.

Menurutnya, Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) TEKUN Nasional yang menyediakan kemudahan pembiayaan mikro untuk usahawan memula dan memajukan perniagaan mereka didapati jauh lebih tinggi berbanding NPL yang dimiliki Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), satu lagi institusi yang menawarkan pinjaman mikro secara berkumpulan. - Bernama


Di dalam kawasan Parlimen Larut kalau tak silap ada dua pejabat TEKUN. Satu terletak di dalam kawasan DUN Selama dan satu lagi dalam kawasan DUN Batu Kurau.Di Batu Kurau kalau tak salah Pejabat TEKUN terletak di atas bangunan UMNO di dalam Pekan Batu Kurau.

Ramai orang dalam kawasan Batu Kurau mendapat faedah dan manfaat daripada kewujudan Tabung Ekonomi Usahawan Niaga (TEKUN) ini. Ramai yang memohon untuk membuat pinjaman dan ramai yang berjaya memperolehi pinjaman.Pinjaman di buat dengan dengan pelbagai tujuan, ada yang bertujuan untuk memulakan perniagaan, ada yang meminjam untuk tujuan membela bintang, ada yang nak bercucuk tanam.

Ramai yang boleh berniaga, bela binatang, dan bercucuk tanam dengan modal yang di pinjamkan.Syarat-syarat yang mudah membolehkan pinjaman di buat. Tidak sepayah Bank. Malah ada yang hanya pergi kursus ternak ikan keli sehari dan dapat sijil terus mohon pinjaman.Kalau pegawai yang memberi lulus pinjaman nak datang melawat, cepat-cepat beli gelung dan beli sedikit anak ikan keli dan lepas kan dalam gelung tersebut.Bila pegawai TEKUN datang tunjuk lah ikan keli tersebut.

Ramai yang mengambil kesempatan untuk memperolehi pinjaman mudah ini.Ada orang "Melayu Jugak" yang ada sedikit kepandaian mengadakan kursus "Cara-cara menternak Ikan Keli".Kursus di jalankan hanya satu hari dan dapat sijil. Malah orang "Melayu Jugak" ini akan menolong peserta untuk membuat kertas kerja dengan di kenakan bayaran.Dengan besertakan sijil dan kertas kerja, peserta ini akan hantar kepada Pejabat TEKUN untuk mohon pinjaman.

Bila pinjaman lulus projek di mulakan, dengan benih ikan keli dan makanan tadi di bekal kan oleh "Melayu Jugak'.Setelah bela seminggu dua, ikan keli kepala lebih besar daripada badan.Ada sekor dua dari kumpulan anak ikan keli tersebut yang besar dahulu akan memakan pulak yang kecik, gigit ekor. Anak keli banyak yang mati. Dengan ilmu 'Kursus Sehari ' tadi pembela ikan keli tak tahu nak buat apa. Bila tengok banyak yang mati dia ambik duit lebih tadi buat beli benda lain.

Saya pasti dengan kusrus sehari tidak berupaya untuk memperolehi ilmu menternak ikan keli. Bila ilmu kurang maka projek akan gagal, bila gagal hutang tak boleh nak bayar. Orang "Melayu Jugak" yang untung. Mungkin kita boleh cuba semak dengan TEKUN berapa ramai pemohon yang mohon nak ternak ikan keli.

Ada juga yang membuat pinjaman untuk tujuan lain"Tujuan menipu" Bila pinjaman "Lulus' duit tersebut di gunakan untuk tujuan lain. Ada yang beli motor baru, tambah rumah dan ada yang beli kereta. Bila pinjaman di buat dengan niat di hati lain, ungkap di mulut lain, atas kertas kerja lain, maka pinjaman tersebut pasti tidak mencapai objektif yang di tetap kan oleh Kerajaan. Biasanya peminjam liat nak bayar.

Malah ada ramai yang tidak memperolhi pinjaman kerana pemohonan di tolak, meminta tolong wakil rakyat. Biasanya mereka mempunyai sedikit kedudukan dalam masyarakat. Mungkin berjawatan Ketua kampung, Ketua Cawangan, ketua pemuda cawangan.Tetapi ada orang kata (berita angin) mereka ini liat nak bayar hutang, sebab mereka ada kenal dengan Ketua Bahagian, dengan wakil rakyat,dengan ahli parlimen.

Saya rasa elok di siasat betul ke tidak berita angin ini. Saya tak percaya orang yang hidup nya di abadikan berjuang untuk Bangsa, Agama dan Tanah Air sanggup membuat pekara demikian. Malah mulut mereka tak lekang menyebut kami membela bangsa, kami tak rela orang melayu di hina. Sebab kalau mereka tak bayar hutang orang Melayu lain dah tak berpeluang untuk membuat pinjaman. Bukan kah perbuatan tersebut mengkhinat kepada bangsa nya.

Kerajaan bertujuan untuk membantu orang Melayu membantu supaya orang Melayu dapat bersaing dan berjaya menguasai ekonomi negara.Membantu orang Melayu keluar dari kepompong kemiskinan.Membantu orang Melayu menikmati hasil kemajuan negara. Kerajaan akan gagal bila orang Melayu tak mahu menghargai peluang yang di berikan.

Kepada orang Batu Kurau jangan asyik menjerit kerajaan zalim, sebenarnya orang meminjam dan tidak membayar di kalangan kita itulah sebenar nya amat zalim.Kerana perbuatan dia, orang lain tidak berpeluang untuk meminjam.

Kepada yang sering melaung kerajaan zalim cuba suluh muka anda, dan tanya apa sumbangan anda kepada negara. Selama umur anda hingga hari ini berapa banyak sumbangan anda kepada negara.