Thursday, January 21, 2010

PilihanRaya Di Malaysia & Acara "Laga" Lembu


Pada 18 Januari 2010 Utusan Malaysia Online telah menyiarkan kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya bahawa terdapat seramai 4.39 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi belum mendaftar sebagai pemilih.

Berita itu menyatakan 65 peratus adalah bumiputra. Mengikut statistik negeri yang paling ramai belum mendaftar ialah Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

Mengikut berita tersebut bangsa Melayu adalah paling ramai, terutama adalah generasi muda. Mengapakah generasi muda Melayu tidak berminat menjadi pengundi?

Saya sebagai generasi muda dan sering bergebang dengan mereka, dan saya sering mengajukan soalan mengapa anda tidak mendaftar untuk menjadi pengundi? Jawabpan mereka ialah tidak berminat dan ada seorang member saya yang tidak pernah mengundi dan langsung tak berminat hal-hal politik dan pilihanraya bersurah bahawa dia langsung tidak berminat kerana Pilihanraya yang di adakan di Malaysia adalah Pilihanraya yang tidak bertamadun, lahir dari fikrah yang tidak cerdik dan akal tak waras . Saya tergaru-garu kepala..

Saya memasanga telinga untuk mendengar surah nya, kata nya bangsa kita (Melayu) sudah lama mempunyai tamadun sebelum Orang Amerika memakai baju, mempunyai sistem pemerintahan sejak dari kerajaan Kedah Tua. Tetapi setelah beratus tahun kita masih tak boleh menggunakan kewarasan akal kita. Saya pelekat rokok sebatang...

Mengapa hang kata tak waras, dah lima puluh tahun kita merdeka, dah dua belas kali kita mengadakan Pilihanraya Umum dan ntah beratus kali kita mengadakan pilihanraya kecil tak dak masalah pon tak dak orang komen pon kata saya....

Apa tujuan kita mengadakan pilihanraya kata nya, belum sempat saya jawab beliau sambung...kita mengadakan pilihanraya adalah untuk memilih pemimpin dan pemimpin yang kita pilih yang akan membina dan membangun kan negara, memajukan negara, menaik taraf kehidupan rakyat, kita mesti nak pilih yang terbaik di kalangan kita. Kita bukan nak mengadakan pertandingan "Laga" lembu kata nya.

Maksud hang? Cuba hang tengok penamaan calon, satu team bawa sekor lembu dan satu team lagi bawak sekor lembu, sampai kat sana pakat-pakat pelaga. Hang tengok sistem pilihanraya yang kita buat, yang di uruskan oleh SPR, bila nak penamaan calon buat serentak parti A dan parti B pakat mai serentak lepas tu pakat dok berkelahi, berapa ramai pihak polis, Fru dan lain agensi keselamatan kena bertugas, semua buang duit dan buang masa.

Kalau SPR tu cerdik sikit, buat la penamaan calon dua hari, hari ni parti A esok parti B, lepas buat la bagi panjang tempoh bantahan...baru la tak bergaduh...kita bukan nak pelaga lembu kita nak pilih pemimpin.

Sepatut nya parti yang menang, parti yang jadi Perdana Menteri la senang cerita, tak payah la dok sorok tarikh pilihanraya, bagi tau kat umum lagi 3 bulan saya akan umum kan pembubaran dewan, boleh lah orang bersiap sedia, parti lawan, ka sapa-sapa yang nak bertanding boleh bersiap siaga...ni dak esok saya ada banyak lagi mesyuarat last-last umum bubar dewan...

Kalau SPR buat perubahan hang nak mengundi? tanya saya...Mungkin kalau nampak cerdik...saya pon campak puntung rokok...