Friday, January 21, 2011

Pilihanraya Kesukaan Rakyat Malaysia

Al-Fatihah untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54. semoga Allah swt memberikan pahala atas setiap kebaikan yang di buat dan mengampunkan dosanya.

Pilihanraya kecil akan muncul lagi walaupon penamaan calon di Dun Tenang masih belum bermula lagi. Segala hinggar binggar seperti upacara melaga lembu belum lagi berlangsung. Namun umpan sudah di tabur di kawasan tersebut. Tiba-tiba sahaja harga buah sawit meningkat di umun di kawasan DUN Tenang. Tiba-tiba sahaja harga buah sawit meningkat di umum dalam TV.

Speaker Dun Selangor Datuk Teng Chang Khim mengumunkan kerusi DUN Perlabuhan Kelang yang di wakili oleh Badrul Hisham Abdullah kosong. Ini kerana beliau tidak hadir bersidang selama enam bulan.Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

Dato Najib sebagai pengerusi Barisan Nasional di tanya tentang kemungkinan PRK di kawasan tersebut berkata BN akan mengkaji dari segi undang-undang. Sementara itu SPR berkata mereka belum menerima sebarang notis. Mengikut firasat dan ramalan saya PRK Dun pelabuhan Kelang akan di adakan kerana SPR boleh buat hari yang dengan Dun Merlimau, dan kalau adun Merlimau tidak meninggal dunia pasti SPR tak akan istihar Kerusi ini kosong. Tugas SPR ialah memastikan BN menang.

Sebelum ini Badrul juga mencetus sempang peranang apabila menang atas tiket PKR kemudian pada Oktober 2009 memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu. Selain itu isteri beliau Ramizah Mazlan, membuat tuntutan fasakh terhadapnya.

Kemeriah PRk di Malaysia sudah menjadi tawar hebeh. Setiap bulan ada sahaja PRK, agaknya ini hukuman tuhan kepada rakyat malaysia (terutama melayu) kerana sangat suka berpolitik. Dari mula Pilihanraya Umum hingga ke Pilihanraya umum pula, cerita, kesah, surah, politik tidak pernah habis. Tiada langsung cerita bagaimana nak maju kan diri sendiri.

Dalam kita memikir hukuman tuhan kepada kita, kalau di lihat secara mendalam ada hikmah nya juga. hikmah kepada rakyat. Setiap pekara yang pemerintah nak buat akan terbantut kerana adanya PRK. Perkara-perkara yang membebankan rakyat. Seperti kenaikan takrif elektrik, kenaikan harga minyak masak dan Goverment service tax akan terbantut. Tak boleh nak buat kerana takut kalah PRK.

Kita lihat PRK DUN Tenang, ternyata BN takut. Walaupon tempat tersebut tempat selamat tetapi BN takut sekali, ini kerana kawasan tersebut ada 5 buah Felda. Undi kaum Felda menjadi undi penentu.
Orang tua felda mungkin memberi undi kepada BN tetapi anak-anak Felda apakah mereka akan memberi undi kepada BN. Lihat sahaja pendedahan oleh pengerusi ANAK...tentang penipuan dalam Felda, sehingga hari ini FELDA tidak dapat memberi jawabpan. Setakat tukar pengerusi kepada pengerusi yang terbukti bersalah politik wang atau rasuah itu bukan nya nak bersihkan Felda tetapi nak tambah semak lagi.

Kalau mengikut pengkiraan harapan BN nak kalah di DUN tetang tidak mungkin tetapi mejority akan susut....