Wednesday, January 26, 2011

UMNO dulu PAs Sekarang, PAS sekarang Umno Dulu..

Hujung minggu ini para pengundi di Dun Tenang akan memilih wakil rakyat mereka. Mereka akan memilih sama ada Azhar atau cikgu Mala. Mereka akan memilih Barisan Nasional atau Pas. Ini lah Pilihanraya Kecil yang ke-16 untuk penggal ini selepas Pru ke-12 pada tahun 2008.

Banyak isu di Dun Tenang. Tetapi nampak Parti BN menyoruk dari isu besar tetapi menumpu kepada isu kecil. Mereka menyapu sampah yang besar ke bawah karpet. Isu-isu seperti masalah-masalah rakyat tentang kos sara hidup yang meningkat di kala melihat Rumah Pm di Seri Perdana di renovation 65juta. Isu Felda yang di timbulkan oleh Pengerusi ANAK. Selain itu isu Isteri PM yang merampas tugas menteri pendidikan.

UMNO hanya membawa isu tentang PAS yang meletak calun wanita, calun PAS tak mahu bersalam, PAS tanya sebab apa kedai cina jual arak dan menakut-nakutkan pengundi cina dengan hukum islam PAS dan idea negara Islam oleh PAS.

Menakut-nakutkan ini adalah kerja UMNO sejak dahulu kala lagi. Menakut-nakut kan Melayu kununnya akan hilang kuasa dan merempat di tanah air sendiri. Dengan harapan cerita hantu ini maka org Melayu akan takut dan menyukung UMNO. Akhirnya cerita hantu ini pecah terbarai bila PM Najib dalam persidangan agong UMNO mengingatkan orag Melayu bahawa jangan takut walaupon tak cukup 2/3 mejority org melayu tetap berkuasa, walaupon ribut taufan sekalipon, kecuali perlembagaan di ubah dan 9 raja-raja melayu yang di buang kuasa oleh UMNO pada 1993 bersetuju, maka barulah perlembagaan yang menetapkan org melayu jadi PM boleh di ubah.

Sekarang UMNO menakut-nakut org Cina dengan negara Islam dan hukum Islam PAS. Melalui lidah soi lek umno menyerang PAS. Pekara ini sebenarnya tak elok, pekara sebegini akan menyukar usaha dakwah dan boleh menyebabkan bukan Islam fobia terhadap agama Islam.

Sepatutnya di dalam hal sebegini PAS dan UMNO bersatu dan berdakwah di Dun Tenang. Menang Kalah itu bukan ukuran. Menang atau Kalah itu adat bertanding. Membawa orang bukan Islam untuk memahami Islam. Ingat kita sudah merdeka 53 tahun, dan selama 53 tahun UMNO berkawan dengan MCA dan Gerakan tetapi mereka masih lagi tidak memahami Islam.

Memahami Islam dengan masuk Islam dua perkara yang berbeza. Kalau mereka masuk islam Alhamdulillah. Kalau mereka memahami Islam maka mereka lebih menghormati kita. Tak payah susah nak bergaduh hal halal haram lagi. Ini tidak kita yang menyiksa mereka, tetapi kita tidak menjelaskan Islam yang sebenar kepada mereka. Kita hukum mereka 'apalah cina ni jemur ikan masin tetapi anjing duduk berguling atas ikan masin" atau ' Kuali lepas goreng babi goreng pulak sambal nasi lemak.

Kalau mereka memahami Islam, mereka pasti tak akan buat begitu. Maka kita juga yang senang. Kita lihat betapa mereka terpengaruh dengan agama kita, tetapi kita yang menjauh mereka, lihat bila tiba Ramadhan ada cina yang cuba berpuasa, mereka menghormati kita, tidak makan depan kita. Malah mereka terpengaruh untuk sama-sama bersedekah, lihat adun di selangor yang masuk masjid untuk menderma pada bulan Puasa. Maka di serang habis-hbisan oleh UMNO..kunun nya mintak sedekah org kafir. Ini mewujudkan islam fobia kepada mereka.

Saya memuji dato Seri Najib bila beliau nak bantu negara Amerika untuk mengatasi Islam Fobia di negara tersebut. Tetapi mulakan dulu di sini. Ajar puak-puak UMNO dulu...