Wednesday, December 30, 2009

Apakah Ada Sinar Untuk Malaysiaku Di Tahun Baru

Setelah menyambut Tahun baru Hijrah pada 18 December lalu kita akan menyambut pula tahun baru Masihi. lebih kurang 40 jam lagi tahun 2009 akan meninggal kan kita. Tahun 2009 akan di tinggalkan dengan pelbagai kenangan yang manis, masam, pahit, tawar, payau mahu pon kelat.

Tiada upaya kita menahan tahun tersebut daripada terus berlalu. Pelbagai pekara yang berlaku dalam tahun ini, malah banyak pekara yang akan menjadi coretan sejarah dan terus terpahat kekal sepanjang zaman. Sejarah untuk individu, kampung, daerah, negara mahu pon dunia.

Tahun 2009 adalah tahun di mana peralihan kuasa di antara Tun Abdullah Hj Ahmad dengan Datuk Seri Najib berlaku. Merupakan peristiwa yang akan di catat di dalam buku sejarah Malaysia.

Apabila menghuni anjung kuasa Datuk Seri Najib menyebut "Satu Malaysia Rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan" maka di mana-mana pon orang menyebut Satu Malaysia. Dari budak tabika kemas hingga graduan di menara gading, dari pak long menoreh getah hingga ke pengarah di Putrajaya. Dari Wang Kelian hingga ke Tanjung Putat. Semua nya menyebut Satu Malaysia.

Pemuda UMNO tak lekang memakai lencana satu Malaysia dari topi sehingga ke seluar dalam. Skrin TV juga tak lekang dengan Slogan Satu Malaysia. Begitulah semangat Satu Malaysia. Amatlah di harapkan slogan satu Malaysia tak tengelam seperti mana Islam hadari di zaman Dollah Badawi

Sekiranya kita merujuk kepada cabaran wawasan 2020, mungkin kita boleh faham sedikit dengan slogan satu Malaysia. Di dalam sembilan cabaran tersebut salah satu nya ialah mewujudkan bangsa Malaysia. Moga dengan Satu Malaysia dapat mewujudkan bangsa Malaysia.

Namun perkataan "Rakyat di dahulukan" masih lagi menjadi tanda tanya. Kerana kita masih belum dapat merasai, dan menikmati. Banyak lagi pekara yang kita tidak puas hati. Tetapi pada saat ini kita sebagai rakyat mungkin hanya memerhati, kerana kita seperti di lema.Perasaan di lema ini wujud selepas PRU 12. Di lema ini wujud selepas Barisan Nasional hilang 2/3 majority di Parlimen. Di lema ini wujud bila mana Barisan Nasional tumbang di 5 buah negeri.

Di lema kerana tidak tahu kepada siapa nak bergantung harap. Apakah Kerajaan Datuk seri Najib kita boleh bergantung harap? Atau pon Pakatan Rakyat...

Melihat Barisan Nasional pimpinan datuk Najib, parti komponen di dalam nya pon sempang peranang, MCA, MIC, Gerakan, PPP semua nya menghadapi krisis kepimpinan. Pakatan Rakyat pulak tak habis dengan kepala lembu, bawa lari anak dara orang, tidur telanjang, liwat, lompat parti dan pelbagai lagi isu peribadi.

Kita juga banyak melihat keruntuhan dalam tahun ini, dari stadium, masjid, stesen bas hinggalah kepada jambatan, banyak sungguh kerugian duit cukai yang kita bayar, namun kita tidak dapat nikmati binaan tersebut.

Tahun 2009, kita menyaksikan kemalapan, kerunduman ekonomi, di awal nya kita melihat ramai para pekerja sektor swasta di buang kerja. Kita menyaksikan harga barang makanan melambung naik. Kita juga dapat lihat harga tiket bas di naikan 30%.

Namun dalam masa yang sama kita lihat kapal selam di hantar ke perairan negara kita. Walaupon kita tidak berperang malah kita juga menubuhkan tribunal perang adalah jenayah namun kapal selam tetap juga di perlukan untuk menjaga kedaulatan perairan negara kita yang sudah 52 tahun merdeka.

Begitu juga dengan pesawat perang, MiG 29 akan di tukar ganti walaupon baru mencecah usia 20 tahun. Berapa ratus juta kah wang cukai kita akan di belanjakan.

Pelbagai agensi di tubuhkan untuk menjaga ke daulatan perairan negara kita, dari Polis Marin hingga lah ke tentera laut, dari PASKAL hingga lah ke Maritim namun pendatang asing tetap juga memenuhi negara kita. Kalau mereka datang ikut bawah laut kita ada kapal selam, kalau ikut atas angin kita ada Sukhoi, kita ada MiG 29, kalau ikut atas air kita ada Maritim, tentera laut, marin.

Kita sebagai rakyat siang dan malam, pagi dan petang amat berharap agar negara kita selamat. Bukan sahaja selamat tetapi di lihat sentiasa selamat. Kerana kita tiada tempat lain lagi, kita menghuni di sini, mencari rezeki di sini beranak bercucu bercicit di tanah ini. Kita bukan sahaja berharap kita sahaja yang selamat, tetapi penyambung warisan kita juga selamat.Namun apakah kita amat yakin negara kita selamat?

Melihat jenayah daripada curi getah skrap, curi petai, curi kabel talipon sehinggalah kepada curi enjin jet pejuang. Setiap hari kita juga melihat di muka akhbar mayat di jumpai, bayi di bunuh, anak dara di rogol, mak cik felda di ragut.

Kita amat percaya dan yakin dengan anggota keselamatan kita, tetapi bila mana melihat enjin jet hilang kita sedikit gusar. Apakah maklumat rahsia keselamatan negara terjamin, tidak bocor ke tangan musuh? Apakah kita yakin?

Pelancaran satu Malaysia memang hebat, formula one satu Malaysia. Kita dapat lihat berapa ratus juta di belanjakan untuk tujuan tersebut. Kita tetap bangga walaupun tak pernah menjejak kaki pon ke litar Sepang, teringin juga nak lihat kereta racing ni.

Kita berharap negara kita akan terkenal seantero dunia. Semoga pelancong asing akan datang membawa wang yang banyak ke sini. Tetapi kita gusar juga bila mereka datang kesini, kerana kita takut mereka balik dan tak mahu datang lagi, malah akan membawa cerita yang buruk kepada rakan-rakan mereka.

Mereka akan cerita tentang para pemandu teksi kita yang sering menipu, pakain selekeh, memandu pakai selipar, hisap kretek sewaktu memandu. Mereka juga akan bercerita tentang tren komuter kita, yang mana mereka terpaksa menunggu berjam-jam lama nya, berebut-rebut bertolak-tolak sewaktu menaiki tren. Mungkin mereka akan bercerita tentang bas ekspres kita, bercerita bagaimana mereka di tipu oleh penjual tiket, beli tiket pergi Pulau Pinang tapi bas sampai Buterworth, mereka akan cerita bagaimana laju nya bas kita.

Mereka juga boleh bercerita tentang penduduk Batu Kurau masih lagi menaiki kereta sapu walaupon dah 52 tahun merdeka. Mereka masih lagi minumair paip tanah merah.

Ohh kata mereka banyak tempat untuk di lawati! dari stadium runtuh, masjid runtuh, stesen bas runtuh hingga lah kepada jambatan runtuh. Melihat lekuk dan retak di bawah jejambat.

Memang para pemimpin kita terkenal ke seluruh pelosok dunia. Malah banyak syarikat daripada negara kita telah telibat dalam sektor pembinaan di peringkat antarabangsa. Pembinaan di Dubai, di India dan di lain-lain tempat lagi.

Kita sebagai rakyat akan terus berharap dan berdoa moga ke hadiran tahun 2010 akan membawa sinar gemerlapan untuk bumi Malaysia.

Friday, December 11, 2009

Cadangan Untuk Bacaan : Kasta antara taukeh judi dan pejuang bangsa


KAMAL AMIR MENULIS

MINGGU lalu negara kehilangan dua orang tokoh bergelar Tan Sri yang kembali kepangkuan Ilahi. Pemergian kedua-dua tokoh tersebut bagaikan sukar untuk dicari ganti. Patah bagaikan tidak tumbuh lagi, hilangnya tak mungkin berganti. Namun hukum alam begitulah kehendaknya, setiap awal ada akhir dan nokhtahnya, sebuah perjalnan pasti berpenghujung jua.

Warna-warna kehidupan sejak azali lagi tetap dengan hukum karma, tiada yang kekal kecuali Allah. Setiap kehidupan pasti menemui kematian, semoga keinsafan menjelma di hati kita semua setiap hari mendatang tidak pernah memanjangkan tempoh usia, sebaliknya setiap detik dan saat diri semakin menghampiri saat kematian. Bak kata pepatah “rumah semakin galak menyuruh pergi dan tanah kubur kian ghairah menggamit kehadiran” insaflah, hidup tidak kekal selama-lamanya.

Begitu juga dengan kuasa di tangan, ia bukan sesuatu yang kekal, ada masanya penjawat jawatan tinggi bakal menemui zaman pencennya, pemimpin juga turut bakal bersara atau dibersarakan sementara rakyat tetap datang dan pergi. Jalanilah kehidupan dengan beramanah kerana setiap jejak pemimpin ada tuntutan dan beban amanah terpikul di bahunya.

Bercakap tentang kematian tokoh besar negara, kita kehilangan mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pedagang besi buruk yang berasal dari pedalaman Yunan di China berjaya mencipta nama untuk bergelar “taukeh judi” tersohor dan menduduki takhta antara orang terkaya di Malaysia mahupun rantau Asia.

Sementara seorang lagi adalah pejuang bangsa, mantan Menteri Besar Johor Darul Takzim, Tan Sri Osman Saat yang dikhabarkan sepanjang kehidupannya terus berjuang demi survival bangsa dalam aroma kemerdekaan. Pelbagai puji-pujian dari segenap lapisan masyarakat terhadap keluhuran budi dan jasa Allahyarham Tan Sri Osman Saat sepanjang menjalani kehidupannya sebagai pejuang bangsa.

Sebelum kembali ke rahmatullah, Allahyarham Tan Sri Osman Saat terlantar selama beberapa bulan kerana mengidap sakit tua dan sakit jantung. Semasa berada di atas katil menanti penuh sabar kehadiran Sakratul Maut, tiada ramai tokoh-tokoh pemimpin negara melawat Allahyarham, kalau ada pun bulan lalu mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paduka Ibrahim Ali pernah berkunjung seperti dilaporkan dalam blog Tinta Merah kiriman Mohd Sayuti Omar.

Disamping itu Perdana Menteri sendiri berkali-kali ulang-alik antara Kuala Lumpur dan Johor Bharu dalam aturcara lawatan kerja sama ada rasmi atau sebaliknya, namun tiada kesempatan walau seminitpun untuk bertanya khabar atau melawat Allahyarham Tan Sri Osman Saat di rumahnya.

Satu ketika dahulu semasa dalam perjuangan Team B untuk menggulingkan kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi adalah merupakan teman akrab kepada Tan Sri Osman Saat. Begitulah adat dunia, teman ketawa ramai sementara menangis seharusnya sendirian.

Berlainan pula dengan nasib mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, saat pengkebumiannya, seluruh kaki judi dan para petugas karyawan di bawah naungan Genting Berhad telah berkabung sehari suntuk sebagai tanda bersedih atas kehilangan taukeh judi tersohor itu, malahan Perdana Menteri sendiri turut meluangkan masa untuk memberikan penghormatan terakhir.

Nasib yang dialami oleh Allahyarham Tan Sri Osman Saat adalah sama seperti perginya tokoh hebat pejuang bangsa seperti Datuk Harun Idris mantan Menteri Besar Selangor serta pimpinan tersohor Pergerakan Pemuda Umno di mana tidak sampai seratus orang sudi mengiringi jenazah Alahyarham ke tanah perkuburan.

Sewaktu jenazah Allahyarham Datuk Harun dibawa ke tanah perkuburan, teman dan rakan yang sama berjuang bersamanya hingga berjaya menjadi Menteri dan orang besar hilang entah kemana. Malahan Menteri Besar Selangor sendiri tidak sudi menjadikan kepergian Datuk Harun sebagai pengkebumian rasmi negeri seperti dilakukan oleh kerajaan Negeri Sembilan di saat menerima berita kematian Tan Sri Abdul Samad Idris.

Jasa bakti Datuk Harun dilupakan begitu sahaja, kehilangan Tan Sri Osman Saat sekadar dibalasungkawa dengan ungkapan penuh bunga-bunga retorik seperti dilafazkan oleh Tun Musa Hitam yang menyifatkan kehilangan Tan Sri Osman Saat bagai padamnya sebutir kilauan bintang bagi negeri Johor, walaupun zaman gemilangnya kedua tokoh ini saling tuduh-menuduh antara satu sama lain.

Lantaran itu saya teringat senikata lagu “selimut putih” yang pernah didendangkan oleh kumpulan nasyid dari Indonesia di mana antara bait-bait puitisnya diungkapkan:-

Bila Izrail datang memanggil
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan kan kedinginan
Terkujur kaku di pembaringan

Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Apa yang ada amalan kita
Itulah hanya pembela kita

Tinggal semua yang dikasihi
Berbakti lah hidup sepanjang masa…..

Dan kelmarin semasa mengiringi jenazah allahyarham abang saya Hj. Kamal Ariffin Kamal Hijaz yang juga Pengerusi Tetap Umno Bahagian Lumut, hati jadi lebih sayu kerana ramai kenalannya semasa hayat di kandung badan tiada bersama.

Bagaimanapun terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Dr. Zamberi Abdul Kadir Exco kerajaan Perak merangkap Ketua Umno Lumut yang bergegas datang berziarah, walaupun allahyarham tidak menyokongnya namun, Dr. Zamberi tetap hadir atas ukhuwah persaudaraan sesama Islam dan mengenang jasanya dalam perjuangan.

Dalam sendu mengiringi perpisahan tersebut terdetik juga di hati kecil ini, apakah untung nasib kita di hari mendatang di saat-saat jasad dibawa keperkuburan. Kalaupun sepanjang hayat harum namanya sebagai pembela bangsa, namun mungkinkah ada kesudian pemimpin datang menziarahi.

Namun begitu jika kita memiliki kekayaan melempah-ruah, walaupun penghasilannya dari aktiviti perjudian, sudah pasti pemergian kita bakal diratapi sama sebagaimana sudianya Abdullah Ahmad Badawi pemimpin Islam Hadhari berkunjung memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Lim Goh Tong. Untuk melawat atau menziarahi Tan Sri Osman Saat walaupun terlantar uzur hinggalah jasadnya dibawa ke liang lahad teramat suntuk masanya bagi seorang perdana menteri..

Lalu hati ini terfikir, jika beginilah situasinya, ternyata kematian seorang taukeh judi lebih mulia daripada para pejuang bangsa. Kerana itu seharusnya kita berusaha membina kekayaan biarpun dengan apa cara sekalipun, pastinya kehilangan kita bakal dikenang dan dimuliakan daripada mensia-siakan usia berjuang, terus berjuang dan di akhirnya masa melihat kita salah untuk disisihkan….. Aduhai!