Tuesday, November 3, 2009

Usahawan TEKUN diminta bayar balik pinjaman

IPOH 1 Nov. — Usahawan yang memperoleh pembiayaan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional diminta agar lebih bertanggungjawab dengan membayar balik pinjaman mereka.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran balik ini membolehkan TEKUN Nasional mempunyai modal pusingan mencukupi untuk diberikan kepada usahawan lain yang memohon pembiayaan seperti ini.

"Selama ini yang saya tahu, tiada apa-apa tindakan. Kadang-kadang sikap Malaysia ini yang saya tengok, kita ini sangat murah hati. Kalau nak ambil tindakan kita selalu berasa kasihan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Rakan Alam Sekitar Parlimen Tambun di Ulu Chepor di sini hari ini.

Menurutnya, Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) TEKUN Nasional yang menyediakan kemudahan pembiayaan mikro untuk usahawan memula dan memajukan perniagaan mereka didapati jauh lebih tinggi berbanding NPL yang dimiliki Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), satu lagi institusi yang menawarkan pinjaman mikro secara berkumpulan. - Bernama


Di dalam kawasan Parlimen Larut kalau tak silap ada dua pejabat TEKUN. Satu terletak di dalam kawasan DUN Selama dan satu lagi dalam kawasan DUN Batu Kurau.Di Batu Kurau kalau tak salah Pejabat TEKUN terletak di atas bangunan UMNO di dalam Pekan Batu Kurau.

Ramai orang dalam kawasan Batu Kurau mendapat faedah dan manfaat daripada kewujudan Tabung Ekonomi Usahawan Niaga (TEKUN) ini. Ramai yang memohon untuk membuat pinjaman dan ramai yang berjaya memperolehi pinjaman.Pinjaman di buat dengan dengan pelbagai tujuan, ada yang bertujuan untuk memulakan perniagaan, ada yang meminjam untuk tujuan membela bintang, ada yang nak bercucuk tanam.

Ramai yang boleh berniaga, bela binatang, dan bercucuk tanam dengan modal yang di pinjamkan.Syarat-syarat yang mudah membolehkan pinjaman di buat. Tidak sepayah Bank. Malah ada yang hanya pergi kursus ternak ikan keli sehari dan dapat sijil terus mohon pinjaman.Kalau pegawai yang memberi lulus pinjaman nak datang melawat, cepat-cepat beli gelung dan beli sedikit anak ikan keli dan lepas kan dalam gelung tersebut.Bila pegawai TEKUN datang tunjuk lah ikan keli tersebut.

Ramai yang mengambil kesempatan untuk memperolehi pinjaman mudah ini.Ada orang "Melayu Jugak" yang ada sedikit kepandaian mengadakan kursus "Cara-cara menternak Ikan Keli".Kursus di jalankan hanya satu hari dan dapat sijil. Malah orang "Melayu Jugak" ini akan menolong peserta untuk membuat kertas kerja dengan di kenakan bayaran.Dengan besertakan sijil dan kertas kerja, peserta ini akan hantar kepada Pejabat TEKUN untuk mohon pinjaman.

Bila pinjaman lulus projek di mulakan, dengan benih ikan keli dan makanan tadi di bekal kan oleh "Melayu Jugak'.Setelah bela seminggu dua, ikan keli kepala lebih besar daripada badan.Ada sekor dua dari kumpulan anak ikan keli tersebut yang besar dahulu akan memakan pulak yang kecik, gigit ekor. Anak keli banyak yang mati. Dengan ilmu 'Kursus Sehari ' tadi pembela ikan keli tak tahu nak buat apa. Bila tengok banyak yang mati dia ambik duit lebih tadi buat beli benda lain.

Saya pasti dengan kusrus sehari tidak berupaya untuk memperolehi ilmu menternak ikan keli. Bila ilmu kurang maka projek akan gagal, bila gagal hutang tak boleh nak bayar. Orang "Melayu Jugak" yang untung. Mungkin kita boleh cuba semak dengan TEKUN berapa ramai pemohon yang mohon nak ternak ikan keli.

Ada juga yang membuat pinjaman untuk tujuan lain"Tujuan menipu" Bila pinjaman "Lulus' duit tersebut di gunakan untuk tujuan lain. Ada yang beli motor baru, tambah rumah dan ada yang beli kereta. Bila pinjaman di buat dengan niat di hati lain, ungkap di mulut lain, atas kertas kerja lain, maka pinjaman tersebut pasti tidak mencapai objektif yang di tetap kan oleh Kerajaan. Biasanya peminjam liat nak bayar.

Malah ada ramai yang tidak memperolhi pinjaman kerana pemohonan di tolak, meminta tolong wakil rakyat. Biasanya mereka mempunyai sedikit kedudukan dalam masyarakat. Mungkin berjawatan Ketua kampung, Ketua Cawangan, ketua pemuda cawangan.Tetapi ada orang kata (berita angin) mereka ini liat nak bayar hutang, sebab mereka ada kenal dengan Ketua Bahagian, dengan wakil rakyat,dengan ahli parlimen.

Saya rasa elok di siasat betul ke tidak berita angin ini. Saya tak percaya orang yang hidup nya di abadikan berjuang untuk Bangsa, Agama dan Tanah Air sanggup membuat pekara demikian. Malah mulut mereka tak lekang menyebut kami membela bangsa, kami tak rela orang melayu di hina. Sebab kalau mereka tak bayar hutang orang Melayu lain dah tak berpeluang untuk membuat pinjaman. Bukan kah perbuatan tersebut mengkhinat kepada bangsa nya.

Kerajaan bertujuan untuk membantu orang Melayu membantu supaya orang Melayu dapat bersaing dan berjaya menguasai ekonomi negara.Membantu orang Melayu keluar dari kepompong kemiskinan.Membantu orang Melayu menikmati hasil kemajuan negara. Kerajaan akan gagal bila orang Melayu tak mahu menghargai peluang yang di berikan.

Kepada orang Batu Kurau jangan asyik menjerit kerajaan zalim, sebenarnya orang meminjam dan tidak membayar di kalangan kita itulah sebenar nya amat zalim.Kerana perbuatan dia, orang lain tidak berpeluang untuk meminjam.

Kepada yang sering melaung kerajaan zalim cuba suluh muka anda, dan tanya apa sumbangan anda kepada negara. Selama umur anda hingga hari ini berapa banyak sumbangan anda kepada negara.