Wednesday, May 11, 2011

Membantu Menyebarkan Fitnah

Sifat seorang pemimpin ialah memimpin ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tanggungjawab seorang pemimpin itu besar. Bukan nya membawa si penyampai berita yang tidak di ketahui hujung pangkal nya untuk di hidangkan berita yang samar-samar kebenaran itu kepada rakyat. Apatah lagi bila seorang pemimpin itu memakai gelaranustaz atau al-hafiz.

Saya tidak kata UMNO itu salah dan PAS itu betul atau pon PAS itu salah dan UMNO itu betul. Ini adalah dua parti Melayu dan Islam. UMNO memartabatkan Melayu untuk Islam dan Pas Memartabatkan Islam Untuk Melayu. Di dalam peredaran masa dan negara menuju menjadi maju hari ini adalah lebih baik membawa kepada politik Idea, di kaya kan dengan hujah yang bernas dan berfakta. Mendidik masyarakat supaya berfikir. Jangan lah memandulkan akal fikrah masyarakat dengan politik lucah dan selak kain.

Menyebarkan fitnah dan membantu menyebarkan fitnah dalam masyarakat harus lah di hentikan. Kita perlu membawa politik baru kepada masyarakat, terutamanya masyarakat Batu Kurau, kerana kita orang melayu, mejority orang tempat kita adalah Orang Melayu dan Beragama Islam. Malah di kalangan kita ramai yang ada hubungan darah (adik beradik) jadi mengapa kita perlu membawa orang luar untuk memecah belah kan hubungan kita?

Perlawanan antara PAS dan UMNO di Batu Kurau adalah perlawanan adik beradik, politik ini kena ada, supaya kita mengkritik secara positif dan menjadi cermin untuk menyuluh muka. UMNO menyuluh muka PAS dan PAS menyuluh muka UMNO. Selain itu Masyarakat kita dapat membuat pilihan.

Bila pemimpin memberi didikan yang baik InsyaAllah masyarakat akan menjadi baik. Tak kira PAS atau UMNO. Memang kita akui ada yang jumud di dalam politik, maklumlah di kampung masih ramai lagi yang belum celik ilmu politik. Pemimpin yang baik akan mendidik masyarakatnya ke arah kebaikan tak kira mereka itu penyokong PAS atau UMNO.

Mana orang apatah lagi pemimpin yang menghalalkan atau tolong menyampaikan fitnah, cubaab mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram perbuatan nya.

Peringatan dan hukum dari tuhan sangat jelas Al-Quran dalam Surah An-Nur ayat 19 yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita yang memalukan orang Islam (termasuk juga) dalam mana-mana orang, maka bagi mereka itu adalah azab Allah di dunia dan di akhirat Allah mengetahuinya sedangkan kamu tidak mengetahui”.

Malah kalau kita merujuk kitab fiqah ‘Man Haj’ Mazhab Shafie;“Dan diharamkan ke atas orang Islam menyebarkan berita yang memalukan kepada seseorang sama ada ianya benar atau bohong. Kalau ianya benar maka ia telah membongkar dan memalukan orang itu dan orang itu adalah haram. Kalau tak benar dia telah memfitnah orang, maka kedua-duanya itu diharamkan”

Allah swt juga berfirman “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.“
( Alhujuraat : 6 )


Nanum apakah ceramah Umi hari itu semua nya benar tentang kes Anwar Ibrahim. Apakah cerita-ceritanya itu benar belaka. Jika ia nya adalah fitnah siapa yang menanggung dosa. Dan kiranya bala Allah turun ia tidak mengira kamu orang PAs atau Orang Umno semua akan kena.. Nauzubillah..

Tidak kira siapa penganjur atau siapa yang terlibat tetapi pemimpin lah orang pertama yang harus menolak ceramah seperti ini. Apatah lagi ceramah yang langsung tidak membuka minda masyarakat.

Harap selepas ini dapat lah kiranya umno atau PAS menganjurkan ceramah motivasi kepada masyarakat atau pun ceramah agama. Berilah Motivasi kepada para penduduk supaya mereka bersemangat untuk bekerja dan meraih kejayaan. Berilah Motivasi kepada anak-anak sekolah supaya mereka bersemangat untuk belajar.

Panggil lah Pejabat tanah, Ustaz untuk berceramah pasal pembahagian harta pusaka, supaya masyarakat faham akan hukum agama dan cara pembahagian harta pusaka, Supaya mereka tidak bergaduh dan harta pusaka tidak di simpan tidak di bahagikan sehingga puluhan tahun.

Berilah ceramah atau buat lak kem motivasi untuk anak muda, supaya mereka dapat mengelak diri daripada gejala sosial seperti penagihan dadah dan lumba haram. Beri Ceramah kepada mereka tentang peluang dan ruang yang di wujudkan oleh kerajaan untuk mereka.

Kerana sesetengah dari masyarakat kampung kita masih tak faham dan tak tahu peluang-peluang yang di wujudkan oleh kerajaan. Peluang dan ruang untuk mendapat kerjaya, peluang berniaga dan lain-lain peluang.

Sekolah rendah haruslah di jadikan sekolah angkat kepada Universiti. Tidak kira universiti mana. Tetapi peluang yang cerah adalah UiTM. Setiap Falkulti atau persatuan di universiti tersebut jadikan setiap sekolah rendah di kawasan DUN Batu Kurau Sebagai Sekolah Angkat. Kalau UiTM boleh hantar pelajarnya untuk di jadikan anak angkat kepada orang kampung kita kenapa sekolah tempat anak kita mengaji tidak boleh di jadikan sekolah angkat kepada mereka.

Sekolah angkat ini bertujuan untuk para pelajar UiTM ini memberi khimat Masyarakat. Membantu para pelajar sekolah ini tentang kaedah dan cara belajar yang betul. Memberi Motivasi. Kerana apa yang saya lihat budak kampung kita gagal bukan kerana mereka tidak pandai, tetapi kerana mereka tiada motivasi dan tidak memahami kaedah dan cara belajar.

Kalau tak percaya cuba pergi sekolah rendah dan tanya murid tahun satu sampai tahun enam apa cita-cita mereka. Pasti ramai yang menjawab Askar dan polis. Tetapi berapa ramai yang menjawab nak menjadi pegawai polis, atau pegawai Askar. Atau pun pagi-pagi tadi semasa nak datang sekolah dia lihat orang TNB dok repair feeder Pillar maka dia pon kata saya nak kerja TNB. Tetapi dia tidak menyebut nak jadi engineer TNB atau pengurus TNB.

Kefahaman dan didikan seperti ini lah harus kita terapkan, supaya Masyarakat Batu Kurau menjadi cemerlang dan gemilang...

Beruk Di Hutan di Susu-susukan Anak Sendiri Mati Tak Makan


Sekolah Rendah Kebangsaan Jelai terbakar pada 27 Ogos 2010. Bangunan ranap di jilat api. Namun sehingga hari ini masih belum ada keputuasan. Sama ada membaik pulih bangunan lama atau membina semula bangunan baru.

Pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa (PIBG) nyata mahu kan bangunan baru tiga tingkat di bina. Menurut PIBG alang-alang nak buat biar tiga tingkat. Mereka mengharap dengan pertambahan penduduk Kampung Jelai dari semasa ke semasa bangunan tiga tingkat ini relevan untuk menampung murid dan memberi keselesaan untuk anak mereka menuntut ilmu.

Walaupon Kampung Jelai adalah kampung yang paling kuat menyokong UMNO sejak dari merdeka lagi. Namun bukan mudah untuk mereka mendapatkan bangunan sekolah bagi anak mereka. Menurut Raja Ahmad adun Kubu gajah di blog nya mereka sudah berhasrat mengadakan demotrasi. Mereka kecewa kerana sehingga kini kata putus tentang bangunan sekolah untuk anak mereka menuntut ilmu masih belum di buat. (baca sini)

Kampung Jelai adalah kubu kuat Umno, memberi undi yang besar untuk kemenangan Adun Batu Kurau. Tetapi kalau di lihat dari gambar dan berita di blog adun Batu Kurau beliau lebih suka menghulur bantuan ke sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Ibarat Beruk di hutan di susu-susu kan anak di rumah mati tak makan.

Sekolah jenis Kebangsaan cina di batu kurau hanya ada berapa buah. Di kampung Jelai hanya sekolah kecil tak sampai 40 orang pun murid. Tetapi demi untuk mendapat undi cina yang tak berapa kerat itu budi sanggup di tabur.

Sekolah-sekolah jenis kebangsaan itu sebenarnya tak perlu di beri bantuan kerana mereka mempunyai dana yang banyak. Para peniaga cina akan memberi bantuan secara bulanan kepada sekolah tersebut melalui untung perniagaan mereka yang pelanggan nya ada orang Melayu.

Bantuan bina sekolah atau rasmi bangunan ini hanya gairah umno lakukan sekiranya ada Pilihanraya Kecil bila adun Mati. Kita dapat lah melihat walaupon ada sedikit tanah merah maka akan di letakan bodozer untuk acara pecah tanah. Bina sekolah, bina kolej, bina universiti dan bina masjid. Tetapi Untuk sekolah yang sudah siap dan terbakar serta menyukar kan untuk anak melayu menuntut Ilmu UMNO hanya buat tak layan. Sungguh memalukan kerana ia nya berlaku di kubu kuat UMNO.

Kepada PIBG sekolah Jelai anda boleh lah lihat di tempat yang umno selalu menang senang mendapat bantuan atau di tempat Umno kalah selalu mendapat bantuan. Negeri Kelantan yang di perintah oleh PAS selama 20 tahun cuba anda pergi lihat sekolah nya berapa besar dan betapa cantik. Anda cuba pergi tanah Merah, Jeli sehingga ke Machang, anda lihat universiti Malaysia Kelantan, politeknik, MRSM, kolej komuniti dan UITM sedang di bina. Itu Baru satu Daerah di negeri Kelantan yang 20 tahun di Perintah oleh PAS.

Setelah 53 tahun orang perak mengundi UMNO ada ker Universiti Malaysia Perak? Di kawasan Larut matang & selama ada berapa universiti, kolej, Mrsm, politeknik, kolej komuniti. Orang Larut ternyata hanya di tipu oleh UMNO. Apabila melancarkan NCER di beri projek kepada Perak Utara termasuk Kawasan Larut sebagai kawasan melahirkan modal insan. Macam mana nak melahirkan modal insan berkualiti kalau tempat melatih modal insan pon tiada?

Elok kiranya pihak PIBG memohon bantuan DAP perak pulak untuk membina sekolah rendah ini. Kesian anak-anak melayu yang tiada tempat untuk mereka menuntut ilmu. Hendak mengharapkan melayu menolong, Melayu dan adun melayu lebih suka kes liwat, kes vedio seks dan suka mengadakan ceramah liwat dan vedio seks. Mungkin DAP Perak boleh menolong.