Friday, May 20, 2011

Perjuangan Anwar Betul : Subsidi IPP Bakal Di Kurangkan

Dato Seri Anwar dalam Debat harga minyak dengan Dato Seri Shabery Chik menegaskan tentang subsidi yang besar kepada IPP. Sehingga kan menimbulkan satu soalan daripada naib Canselor UUM Nordin Kardi 'Kata nak debat pasal harga minyak mengapa terlibat pula IPP? Nordin Kardi seorang Naib Canselor boleh bertanya soalan sebegitu...mampuih budak Universiti, lingkup.

Namum biarkan soalan Nordin Kardi tadi. Apa yang betul ialah Perjuangan Anwar, debat dan ceramahnya adalah benda yang betul. Ada logiknya dan hari ini sudah terbukti bila mana Idris Jala berkata Subsidi bahan bakar kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) akan disemak semula dan dikurangkan.

Buat masa ini IPP menikmati sebahagian besar subsidi bagi barangan berasaskan petroleum yang dibekalkan oleh kerajaan pusat dan menurut Idris kontrak mereka hampir luput dan subsidi berkenaan akan disemak semula.

"Ia sedang dirunding semula. Perbincangan sedang berlangsung dan ada juga yang telah beres. Kami akan membuat pengumuman tidak lama lagi,” katanya.

Pengumuman berkenaan perkara itu adalah dalam bidang kuasa Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Seri Peter Chin.

Pengeluar tenaga bebas atau IPP adalah entiti swasta yang memiliki kemudahan bagi membekalkan tenaga elektrik untuk dijual.

Buat masa ini terdapat 26 IPP di seluruh negara dan semua mereka menikmati pembelian harga gas dan barangan berasakan petroleum pada harga disakuan.

Pada tahun 2008, subsidi gas kepada IPP bernilai RM8.1 bilion, manakala Tenaga Nasional Bhd pula menerima RM5.7 bilion.