Monday, April 11, 2011

Sarawak : Pengundi Jangan Beri Keselesaan Kepada BN

Penamaan calon dan tempoh berkempen sudah mencecah lima hari. Dari blog ke blog yang banyak ialah isu vedio sex. Suasana di Sarawak dan kempen melalui blog agak kurang. Mungkin banyak blogger kurang akses dengan maklumat dari sana.

Negeri bumi Kenyalang adalah bumi yang terluas di dalam negara Malaysia, negeri yang kaya dengan hasil minyak nya. Menurut sejarah minyak yang mula di korek di Sarawak ialah pada tahun 1910. Negeri ini juga amat kaya dengan hasil balak selain pengeluar utama lada hitam.

Lebih 20 suku kaum mendiami bumi Kenyalang, dengan ke amanan serta keharmonian yang wujud di bumi kenyalang ini adalah satu petanda yang baik bahawa suku kaum nya saling hormat-menghormati dan bekerjasama.

Pada 16 april nanti bumi kenyalang akan mengadakan pilihanraya yang ke-10. Setelah 9 kali pilihanraya negeri di adakan menyaksikan barisan Nasional menjadi parti tunggal yang memerintah negeri Sarawak. Dalam Pilihanraya negeri yang lepas hanya 6 kerusi di menangi pembangkang.

Dulu pada 2006 setelah selesai penamaan calon, barisan nasional akan memenangi tidak kurang dari 10 kerusi dengan tanpa berlawan. kemenangan Free dan kerana calon tarik diri. Namun dalam penamaan calon baru-baru ini situasi sudah berubah.

Isu - isu Sarawak adalah tidak berkaitan dengan semenanjung dan juga vedio sex Ds Anawar. Di sana ialah isu tanah adat dan kemiskinan mereka yang selama 48 tahun berada di dalam Malaysia dan 30 tahun bersama Taib Mahmud yang berbini muda itu.

Kemiskinan dan kesusahan rakyat Sarawak yang berada di negeri yang kaya raya adalah menjanggalkan. Hasil bumi nya seperti minyak, gas, balak, hasil pertanian & perikanan adalah penyumbang utama kepada pendapatan negeri. Amat pelik rakyat miskin berada di dalam negeri yang kaya -raya. Mereka yang kaya raya hanya lah golongan yang menguruskan kekayaan ini. Golongan ini adalah mereka yang di pilih oleh rakyat sarawak di dalam pilihanraya.

Di kawasan pendalaman Sarawak, kebanyakan pendudk nya masih lagi membuang taik, mandi, membasuh dan mengangkut air di Sungai. Mereka masih lagi membeli barang yang mahal kerana kos pengangkutan yang tinggi. Namun mereka hanya melihat kayu balak di hanyut kan di sungai dan kawasan hutan mereka di cerobohi. Air sungai kemerahan. Namun hasil daripada duit balak itu mereka langsung tidak dapat nikmati.

Di dalam Pilihanraya kali ini rakyat Sarawak perlulah bermuhasabah, setakat hari ini apa pembangunan, janji dan juga keuntungan yang mereka dapat hasil dari pemerintahan Bariusan Nasional di negeri Sarawak. Mereka harus buat audit dan penilaiaan.

Orang Sarawak perlu sedar bagaimana hak mereka di rampas dan kekayaan negeri mereka di rompak. Sesuatu perlu di lakukan.

Pengundian yang di jalankan nanti turunlah membuang undi, berilah undi kepada parti dan calon yang anda suka tetapi janganlah beri keselesaan kepada mereka. Kerena keselesaan yang anda berikan kepada parti dan calon akan menyebabkan mereka jadi raja dan anda jadi kuli. Sekiranya anda memberikan mereka kedudukan yang was-was, seperti tarik tali, anda akan jadi raja dan mereka jadi kuli....Selamat mengundi