Friday, January 22, 2010

Batu Kurau & Buah Durian Yang Tak Standard

Minggu kemarin Tabuan balik ke Batu Kurau, sudah lama tak balik ke Batu Kurau, kerana kesibukan mencari rezeki di luar. Musim Durian sudah selesai, tangkai-tangkai moktan, pulasan, langsat dan dokong sudah lama kering. Sekarang musim buah mekai (baca Tampoi) dengan buah rambai.

Kalau dulu masa remaja, masa dok Sekolah Dato Kamaruddin, Tabuan akan ambil kontrak panjat Mekai dengan Rambai. Kalau panjat rambai kena bawak sorang tukang ikat. Masa tu sekilo tiga kupang. Biasanya sepokok boleh lah dapat dalam seratus kilo dan kalau pokok besar sampai lima ratus kilo pon pernah, tapi kepenatan amat lah terasa.

Panjat Mekai lebih senang, dan harga lebih mahal. Buah Rambai dan mekai ni sedap juga kalau di makan. Orang lebih suka buah mekai. Kalau nak rasa kesedapan makan mekai kena telan sekali dengan biji, nikmat nya akan terasa bila anda berada di dalam jamban..

Musim durian tempohari Tabuan ada balik makan durian. Ramai orang kampung merungut harga buah durian yang murah. Di kapoh dengan teruk ( kapoh : 2 atau 3 atau 4 atau lima biji durian di campur dan di kira satu biji) satu biji buah kapoh di kira dengan harga rm 2.00. Bawak satu bakul penuh baru dapat rm 15.00. Saya tak pasti makhluk mana yang mengaja atau memberi idea begitu untuk mengira buah durian.Idea yang bingai dan bodoh sama sekali. Sudah pasti keuntungan adalah kepada orang tengah dan yang pasti tawkey cina. Orang Melayu yang menjadi "Tuan" naik tebang rimba, tanam durian, tembak babi, tembak beruk, tembak tupai, kandar durian bawak turun, bubuh dalam motor bawak pi kedai, kena tipu akhir nya...tawkey yang kaya tawkey yang untung...kesian Tuan Melayu.

Itu lah nasib pekebun durian Batu Kurau, nak harap kan FAMA untuk membantu jauh sekali.

Dulu masa saya sudah pandai jual durian, harga nya memang mahal. Saya pernah menjual durian dengan harga rm 7.00 satu biji, paling-paling kurang pon rm 5.00 satu biji. Semua ini sudah 20 tahun lalu. Masa tu Chai ( Baca Atok) belum mati. Musim durian tak berserok (Baca Sarapan) di rumah, Serok kedai kopi la. Sangat seronok, musim menebas, boleh tahan burung cokcok (Baca burung kelicap) di pokok kantan. Pagi-pagi sudah naik ke bukit durian, adakala nya tidur di bukit durian, tunggu babi hutan.

Orang kampung sangat seronok kerana ramai orang berkunjung ke Batu Kurau. Ada yang datang sebagai sedara mara, ada yang mengaku adik beradik, (Bukan nak jadi ahli parlimen sahaja mengaku ada adik beradik di batu kurau, nak makan durian pon mengaku) tapi itu tidak menjadi masalah kepada orang kampung untuk melyan tamu yang datang.

Durian Batu Kurau terkenal, dari Perlis sehingga ke Johor orang akan bercerita tentang keenakan durian Batu Kurau. Tapi kini amat heran mengapa Durian Batu Kurau terus mapos, tidak lagi menjadi sebutan orang, malah orang sudah tidak lagi mengenali akan kehebatan dan kenakan durian Batu Kurau. Orang lebih mengenali durian Balik Pulau, Pulau Pinang. Mengapa??? mengapa terus berkubur...

Saya tidak mahu menunding jari menyalahkan Jabatan Pertanian, tak mahu menyalah peladang kerana kerana replika durian di tepi pejabat nya. Tak mahu menyalahkan wakil rakyat, tak mahu menyalahkan Tok Hamzah, Jauh sekali menyalahkan pak itam. Saya menyalahkan penanam-penanam durian kawasan Batu Kurau.

Masa dulu, mengikut riwayat yang bersurah kepada saya, sewaktu saya berkunjung ke rumah nya untuk mengambil umbut tepus dan pucuk salang. Seorang tua, dia bercerita tentang kehebatan dusun besar, dusun besar yang terletak di batu 16. Kata nya masa dulu, masa durian mahal, masa lori Singapore bertayar lapan belas mengangkut durian, dusun besar di pajak. Harga pajakan mencecah tujuh puluh ribu, kata nya. Masa tu durian memang mahal, memang menjadi harga. Selain dusun besar ada juga pemilik-pemilik dusun kecil dan pemilik sebatang dua pokok durian. Harga durian mahal pada waktu mula luruh (baca gugur).

Pokok siapa yang luruh dulu, maka orang tersebut akan meraih laba. Jadi pemilik-pemilik dusun, terutama orang yang memajak dusun, pada masa ini lah nak buat duit dengan cepat nak untung dengan cepat. Bagaimana nak bagi buah durian luruh cepat? boleh jual lekas, boleh dapat untung. Bubuh baja urea, taburkan baja urea kat bawah pokok gerenti buah akan luruh cepat. Buah yang tak berapa masak yang luruh akan di kutip untuk di jual, biasanya di sulam dengan buah yang elok. Ada juga di himpun dan di simbah air bancuhan isi durian supaya ada bau.

Buah durian ni memang ada bau, tapi tak ada rasa.. tawar hebeh. Bila di angkut di jual di bandar-bandar besar orang akan beli. Pembeli akan tertipu. Bila pembeli dah tertipu maka serik lah nak beli lagi... maka jatuh lah harga...hilang lah minat orang terhadap durian batu kurau...

Biasa nya ini adalah kerja orang yang memajak dusun, pemilik kurang buat begini kerana takut mampus pokok panas urea. Lagi pemajak nak cepat dapat modal pajakan. Kesan daripada tindakan kurang bijak daripada segelintir ini lah yang menyebabkan durian Batu Kurau di pandang enteng hari ini.

Untuk memulihkan semula situasi ini semua pemilik dusun perlu lah meng kualitikan balik buah durian. Kalau ada pokok yang buah nya magka jangan lah jual, buat naya kat pembeli. Tanam lah durian yang buah nya di jamin elok, seperti pokok kawin..D24, D9, D7 , tangkai panjang, Ang hai (udang lipan). Bagi buah yang di ketahui elok, isi nya baik, gred kat buah tersebut..angkat darjat buah tersebut. InsyaAllah zaman kemilangan durian batu Kurau akan kembali semula....

5 comments:

TAIPINGMALI (TM) said...

Tuan, lain kali kalau balik...info lah...boleh pekena kopi sama-sama. bab durian ni...pekebun batu kurau kena bersatu. durian bukan hendaklah dibawa ke satu tempat dan lelongan dibuat. Hari ini pekebun tak ada suara, bawa turun buah dan orang lain yg letak harga.

hafiz said...

salam saudara tabuan,

saya adalah salah seorang empunya kebun durian di batu kurau lebih tepat kat bukit batu 16..walaupun saya agak muda (around 20an) (kebun arwah ayah amba)saya sempat dahulu selepas habis sekolah pagi terus gi bukit kutip buah durian petang..sehari bulih 50-60 ringgit (padahal bawak dalam gundi ja)..mahal tu waktu tu (tahun 1999)..itulah kali terakhir harga durian sungguh mewah..

Durian batu kurau masih terkenal disekitar KL nih..jika ada yang tahu pasal asal usul saya pastinya mereka akan kata..durian ada tak?

cuma anak2 muda saja yang tak tahu pasal durian batu kurau nih..
kita sudahpun promosi Durian dia majalah 3 selama 2 kali..dah orang2 yang di interview pun amba kenal sgt..

maklumat yang amba tahu sebab apa Durian murah adalah kerana hampir seluruh malaysia buah durian menjadi..waktu dahulu batu kurau saja yang banyak menghasilkan durian..Bukit gantang, pahang, muar, batu pahat, balik pulau jarang didengari..inilah kesan lambakan buah-buahan..
kerajaan sepatutnya mencari penyelesaian ini..

dulu di KL orang sanggup tipu letak nama durian dari batu kurau..


lani amba pajak kat orang ja dusun..cuma sekali sekala amba balik amba pi jugak dusun..amba ja yang tau sempadan tanah dan sebagainya kat situ..waktu ikut arwah ayah ambo naik bukit dulu2

tabuan said...

Akm...

Insyaallah..lain kali kita kalau tabuan balik boleh kita pi pekena teh tarik...belakang bomba..

wasalam hafiz..

Saya tak la punya banyak sangat pengalaman dengan dusun durian ni..tapi dulu hingga tingkatan 3 selalu ikut ayah, menebas, tunggu babi, tembak tupai, dan kutip durian...kalau betui-betui menjadi kutip durian yang gugur waktu pagi sahaja dari pukul 6.30 pagi sampai pukul 2.00 petang..18 hingga 20 bakul..yang lambat nak naik dan turun bukit...bawak motor scrambler...

Penyelesaian untuk masalah ini pasti boleh di cari, untuk kita sama-sama menjana kecemerlangan durian batu kurau.

cadangan saya
1. Menanam pokok-pokok durian yg di ketahui buah nya berkualiti..seperti d24 (kerana D24 tidak mudah pecah)
2. Menghidupkan kembali persatuan penanam durian yg dah lama mati.
3. Kerajaan di bawah kementerian yang berkaitan perlu mengadakan "Ekspo makan durian " seperti mana mega sale yg kerajaan buat untuk menolong Jusco, tesco, giant...kerajaan pon perlu menolong org kg memasarkan produk mereka.
4.Benarkan org kg/pemilik dusun/peniaga untuk berniaga durian di setiap hentian rehat di atas highway.Mudahkan pemberian lesen...
5.PBT mestilah menyediakan tempat setiap kali musim durian..satu tempat di dalam town..tak kira la stadium ka, padang bola ke...
6. pemilik dusun mesti berubah, hanya memasarkan durian yg berkualiti sahaja, yg boleh di makan, jangan jual durian patah dahan, durian mangka, durian bubuh baja urea,...standardkan durian tersebut

hafiz said...

Durian batu kurau mmg takdak gred..
tu yang membezakan kita dengan durian lain...

麻辣鴨血Maggie said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社