Wednesday, May 12, 2010

Perhatian!! Orang Batu Kurau ;Sabuah Highway Akan Di Bina Dari Ipoh Ke Selama

Semalam di bawah screen Tv sewaktu pembaca berita TV3 sedang membaca berita ada di tulis "Sebuah Lebuh Raya Akan Di Bina Dari Ipoh Ke Selama Perak/Kedah Dan Bersambung Dengan Lebuh Raya BKE Di Kulim". Berita ini tidak di baca tetapi hanya di tulis di bawah screen.

Tidak tahu sumber berita ini terpancul dari mulut menteri mana. Tidak di ketahui juga sama ada projek ini hanya angan-angan Pak Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar atau pon wakil rakyat kawasan tersebut.Tidak di ketahui juga sama ada projek ini di peringkat cadangan atau pon di peringkat perbincangan atau pon sedang menunggu kelulusan EPU. Mungkin sudah di luluskan oleh EPU dan sedang menunggu untuk melantik Consultans atau pon Contractor atau pon menunggu untuk di serah kepada syarikat konsensi untuk melaksanakan projek ini. Boleh juga di anggap cakap ahli politik untuk menyejukan hati rakyat. Tetapi adalah molek kita bersangka baik dalam hal ini.

Adalah tidak di ketahui bilakah projek ini akan di laksanakan, adakah dalam rancangan Malaysia ke-10? Pada fikiran saya mungkin projek ini tercetus bila Menteri Besar Perak Datuk Dr. Zamry ber Qiamullail di masjid Kubu Gajah. Beliau mungkin mendapat ilham sewaktu ini. Mungkin juga ilham ini tercetus bila beliau melihat deretan kedai di Kubu Gajah. Apakah kedai sebegini akan di persembahkan sehingga Malaysia berada di status Negara Maju. Apakah beliau akan rela melihat bangsa nya masih terperosok menaiki kereta sapu waktu itu. Alhamdulillah rahmat Allah sudah sampai...

Projek ini jika berjaya di laksanakan akan memberikan impak yang besar kepada ekonomi penduduk di kawasan ini terutama penduduk kawasan Larut Matang & Selama. Ini adalah kerana kawasan ini pasti nya akan terlibat secara langsung dengan projek ini.

Saya tidak pasti sama ada jalan ini akan menghubungkan Ipoh ke Kuala Kangsar ke Grik dan akan menghubungkan Ijok melalui sumpitan dan ke Selama Perak masuk ke Selama Kedah terus ikut sungai Ular dan keluar di Politeknik Kulim dan bersambung dengan lebuh raya Butterworth Kulim Ekspress Way (BKE). Namun sekiranya laluan tersebut sebegini maka banyak tempat akan turut merasai impak ekonomi. Ruang dan peluang ekonomi terbuka cerah. Banyak tempat pelancongan boleh di buka.

Namun untuk penduduk di sini berhati-hati lah dengan cukong dan hantu raya yang akan berkeliaran sekiranya projek ini akan di laksanakan. Cukong dan hantu raya ini akan bergerak masuk ke kampung-kampung untuk memujuk, mengumpan, membodek, dan menipu orang kampung untuk menjual tanah kepada mereka.

Tanah-tanah ini akan di beli dengan harga yang murah dan di jual dengan harga yang amat tinggi. Awas dan perhatikan lah sifat-sifat orang yang cuba mendekati anda samada mereka ini bersifat seperti hatu raya atau tidak. Jika anda tersilap langkah anda akan kerugian.

No comments: