Wednesday, May 12, 2010

Bila Nak Bagi Geran Tanah Dusun Durian Orang Batu Kurau..

Sewaktu Datuk Seri Hj.Nizar masih bertahta di singahsana kuasa Negeri Perak beliau telah pon memberikan geran dan meyambung tempoh pajakan tanah bagi penduduk kampung baru selama 999 tahun.

Perbuatan beliau umpama berterima kasih kepada kaum cina yang mengundi DAP dan beliau di lantik menjadi Menteri Besar.
Pemberian geran tanah dan sambungan yang panjang bagi pajakan tanah telah berjaya memberi satu keyakinan dan kepercayaan yang amat kuat kepada kaum Cina untuk terus menyokong Pakatan Rakyat.

Mereka merasakan mereka mendapat lebih kuasa bila menyokong Pakatan Rakyat. Semua kehendak mereka akan di angguk oleh datuk Seri Nizar.
Namun tidak salah untuk Datuk Seri Nizar dalam hal ini, amat tidak salah kaum Cina yang menuntut dan mendapat apa yang di tuntut.

Datuk Seri Nizar membalas budi kaum Cina. Beliau boleh berada di anjung kuasa, beliau boleh bermalam di rumah menteri besar, beliau boleh memandu kereta Camry beliau juga boleh dapat "datuk Seri " ini adalah kerana undi kaum Cina. Tidak timbul soal beliau boneka atau wayang kulit yang mana tok dalang nya adalah Ngeh dan Nga. Beliau melaksankan tugas sebagai menteri Besar dengan baik, "siapa yang sokong aku maka aku berikan untuk nya".


Dalam situasi sempang peranang itu pon sebenarnya UMNO tidak kalah di negeri Perak, tetapi yang kalah ialah MCA, Gerakan, MIC dan PPP. Orang Melayu Negeri Perak tetap memberi harapan dan bergantung harap kepada UMNO. Walaupon UMNO itu sebuah parti yang tua tetapi kepercayaan orang Melayu kepada UMNo tidak pernah luntur.


Setelah berlaku nya lompatan adun sehingga membolehkan Barisan Nasional mengambil alih kuasa dan Datuk Seri Zamry dapat di nobatkan untuk berada di anjung kuasa, sebenarnya memberi kelegaan yang tak terhingga kepada umat Melayu Negeri Perak. Mereka merasakan sudah selamat, mereka merasakan bahawa negeri mereka tidak tergadai lagi. Mereka berasa amat selamat. Namun ini adalah peristiwa yang bakal di catat dalam buku sejarah, sejarah yang wajib untuk setiap warga menghayati dan mengingati nya.

Orang melayu dengan UMNO tidak boleh di pisahkan. Orang Melayu banyak bekorban untuk parti UMNO. Terutama mereka-mereka yang ortodoks UMNO. Hidup mati pon hanyalah dengan UMNO. Mereka meyokong dan terus menyokong... Kuasa Melayu sudah kembali kata mereka.

Maka mari kita lihat apakah pemimpin Melayu yang baru ini, yang kini berada di anjung kuasa, menggantikan datuk seri Nizar, sudah membalas budi orang Melayu yang menyokong nya seperti mana Datuk Seri Haji Nizar membalas budi kaum Cina.


Orang Melayu Batu Kurau yang sangat ortodoks menyukung UMNO, tidak pernah kalah lagi parti UMNO di Dun Batu Kurau. Orang Batu Kurau adalah penyumbang undi yang besar bagi menyelamtkan UMNO daerah Larut. Kalau tidak kerana undi DUN Batu Kurau sudah pasti rebah Datuk Hamzah (calon import ipoh timur) sebagai Ahli Parlimen Larut.

Apalah sangat boleh di harap dari undi DUN Kubu Gajah. Raja Ahmad pon sudah rebah nasib baik Mahkhamah menyebelahi beliau. Raja Ahmad menang 68 undi sahaja.
Namun apalah nasib orang Batu Kurau, lihat lah saja. Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zamry pon tak sudi melawat orang Batu Kurau. Tak sudi berqiamullai dengan orang Batu Kurau. Tidak berjanji untuk memodenkan pekan Batu Kurau seperti mana janjinya pada pekan Kubu Gajah.

Wahai orang Batu Kurau renung lah sedikit, tempat yang selalu kalah senang mendapat projek atau pon tempat yang sentiasa menang mudah mendapat projek.
Tengok Datuk Seri Dr.Zamry lebih menyayangi DUN Kubu Gajah, segala projek di janji kan disana. Lihat juga projek-projek untuk DUN Selama dan bandingkan dengan DUN Batu Kurau. Orang Batu Kurau sokong dan sorak saja lebih habuk pon tarak...

Apa yang mereka bawa untuk bawa untuk orang Batu Kurau, mereka bawa datuk Zahrin dan Fairus orang keluar PKR, untuk bercerita pasal jubur Anwar. Mereka tak bawa pemimpin yang berfikiran untuk memajukan Batu Kurau. Ternga-nga orang Batu Kurau dengar cerita pasal jubor...Apakah kisah jubor menjubori ini akan membawa pembangunan dan kemajuan untuk kita?

Lihatlah dusun-dusun durian kita. Dulu kita yang menebang rimba untuk bercucuk tanam. Berhuma, menanam jagung, menanam labu, menanam pisang menanam durian. Kita, tok nenek kita membesarkan kita dengan hasil daripada cucuk tanam inilah. Berapa banyak rimba kerajaan yang di tebang secara haram. Tanah di teroka, bukan kita mencuri balak, sama sekali bukan. Tetapi mencari sesuap nasi untuk membela anak bini.Kita memanjat bukit mencari rotan, mencari damar, mencari depu.

Usia kita menanam Durian lebih lama daripada usia penanam Sayur di kampung coldstream yang di anugerah geran dan pajakan 999 tahun oleh Hj Nizar. Namun lihat lah adakah kita di berikan geran oleh kerajaan yang kita sokong hari ini. Tiada habuk pon tarak...tunggu YB mati kut...

Tanah kita, kebun durian kita, kebun pisang kita masih belum dapat geran, sudah berapa lama kita menyokong UMNO. Sudah berapa lama kita berjuang untuk parti UMNO. Sudah berapa lama kita berkorban untuk UMNO. Yang kaya, yang senang, yang boroi hanyalah para pemimpin-pemimpin UMNO.

Kita jangan silap wahai orang kampung ku Batu Kurau, kita sanggup berlelah dengan perjuangan UMNO tetapi lihatlah mereka yang meraih kaya dengan UMNO, meraih pangkat darjat, harta, kekuasaan..lihat mereka..lihat Tan Sri Rafidah Aziz, lihat Syed hamid albar, lihat Azalina, lihat Shahril samad adakah mereka turun berkempen, berpenat lelah seperti kita bila mana mereka sudah tiada kepentingan... sudah tidak dapat apa-apa, lihat di hulu Selangor sudah... ada Rafidah Aziz turun berkempen.. ada Pak lah turun... nyata tiada..

Datuk Seri Hj Nizar membalas jasa kaum Cina kerana kaum cina memberikan beliau kuasa...Apakah Datuk Seri Zamry langsung tak pandai balas budi...percepatkan lah proses bagi geran tanah kepada orang kampung..