Tuesday, May 18, 2010

Ulasan : Geran Tanah & Dusun Durian Org Batu Kurau..

Apabila saya menulis tentang banyaknya tanah Dusun Durian orang Batu Kurau Masih belum dapat Geran, sangat banyak SMS yang masuk ke Handphone saya. Ramai yang menyokung dan ada sorang dua yang baca pakai kaki dan fikir pakai kepala lutut yang mempertikaikan tulisan saya. Saya ucapakan Terima Kasih. (siapa belum baca sila klik sini )

Salah satu SMS yang menyentuh hati dan perasaan saya ialah bukan sahaja geran tanah dusun durian yang belum dapat tetapi masih ramai penduduk Kampung Kelian dalam DUN Kubu Gajah di bawah YB Raja Ahmad yang masih belum dapat Geran Tanah Tersebut.

Geran Tanah rumah mereka masih belum dapat walaupon tok nenek mereka sudah bermaustautin di situ hampir 100 tahun. Mungkin pekara ini perlu di siasat samada betul atau tidak.

Saya sebenarnya tak berapa suka sangat nak masuk Kampung Kelian, ini kerana jalan masuk kampung tersebut yang sangat sempit. Kalau masuk dengan motor is ok. Tetapi kalau masuk dengan kereta dan kereta tersebut perlu pulak selisih, keadaan sangat sukar...

Saya tidak tahu bila jalan ini akan di lebarkan. Pernah saya adukan pekara ini kepada YB Raja Ahmad di melalui blog beliau. Jawabpan nya kerana orang kampung tak mahu bagi tanah mereka untuk buat jalan.

Saya fikir itu bukan jawabpan yang bijak, kalau alasan ini digunakan sudah pasti kerajaan tidak boleh membuat pembangunan, sudah pasti terbantut segala projek kerajaan. Saya bertanya mengapa kerajaan tak bayar kepada tuan tanah tersebut, bayar untuk mengambil sekaki atau dua kaki dari jalan sedia ada, saya yakin orang kampung akan bagi. Mengapa kerajaan ambik tanah cina dalam pekan boleh bayar. Kekadang tu tanah tersebut bukan pon tanah cina tapi tanah rizab kerajaan, tetapi kerajaan tetap bayar pampasan. Kepada orang cina boleh bayar mengapa kepada orang Melayu tak boleh.

Ada juga sms yang memberitahu bahawa tanah dusun durian tersebut sudah pon di ukur dan orang kampung sekrang sedang membayar premium. Apabila sudah proses di pejabat tanah geran akan di bagi.

Saya rasa pekara ini sudah lama, sudah lama saya dengar cerita ini. Persoalan nya mengapa lama sangat. Mengapa Datuk Ir Hj Nizar jadi MB tak sampai setahun sudah mampu bagi geran dan juga menyambung tempoh pajakan 999 tahun kepada kampung baru dan juga kampung baru coldstream. Mengapa UMNO/BN yang sudah 51 tahun memerintah tak mampu bagi geran...kepada orang Melayu yang terus-terusan menyokong mereka..

5 comments:

hafiz said...

Benda2 ni mmg kena diteliti betul2
bukan boleh main bagi ja..
ambo pun ada kebun..kalu betul cara dan prosedure mmg takdak masalah..
amba pun rajin jugak dok turun naik pejabat tanah kat tepeng nuh..nak bagi selesai..hat mana anak2 dok mengaji pandei2 tu gerak2 la sikit..
rajin2 gi buat temu janji ngan orang pejabat tanah..hat tanah2 derian tu banyak bukak tanah baru (haram) atas bukit..kena la tunggu..mana buleh baru setahung dua dapat geran..

lompinlai said...

Jangan kata orang Batu Kurau,Perak masih belum dapat geran. Orang Pantai 7, Kuala Rompin,Pahang duduk dah 27 tahun masih tak dapat geran.Ini dibawah perintah BN.Nak buat modal Pilihan Raya ke 13 pula. Ukur, entah berapa kali tapi .... macam tu juga.

tabuan said...

Saya cuba bandingkan pemerintahan BN/UMNO dan PR di Perak...

Bukan nak jadi modal Pilihanraya tapi nak selesai masalah rakyat..

hafiz said...

inilah dunia..
semua ada peraturan dan prosedure
kena la rujuk kepada pejabat tanah..
BN ka PR ka..itu bukan isu
kalau selesai hari ini..
munkin masalah lain akan dihadapi akan datang..cuba la risik2 pejabat tanah..kerajaan dah bagi tanggung jawab kat depa..gi jumpa sendiri..
kadang2 kita ni pandei cakat jei..
tapi tak tahu apa pung...
kalu pasei tanah ja buleh buat kalah pilihanraya..semua kerajaan kat dunia ni bagi tanah free kat rakyat..macain komunis la pulak ha3

麻辣鴨血Maggie said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社