Friday, October 2, 2009

Keluhan Anak Rantau

Saya beraya di Batu Kurau Perak. Saya balik ke Batu Kurau Perak pada hari Jumaat 18 Sept 2009. Sampai ke pekan Batu Kurau pukul 2.45 petang. Saya sampai lewat daripada biasa. Kelewatan yang berpunca daripada saya. Saya berhenti di Tesco Taiping untuk membeli barang dan juga ke Bank untuk mengambil duit untuk tujuan perbelanjaan Hari Raya. Sembahyang jumaat di masjid kamunting.

Jauh bandar Taiping dan kamunting lebih kurang 25 kilometer. Di pekan Batu Kurau hanya ada bank simpanan Nasional (BSN). Selalu out of service. Terletak di bawah bangunan UMNO.

Saya juga membeli barang keperluan Hari Raya di Tesco, bukan nya di pekan Batu Kurau tiada barang - barang yang saya inginkan, tetapi membeli di Tesco membantu saya berjimat. Lagi pon harga barang di Tesco selalu di pantau oleh menteri dan pihak berkuasa.

Bila sampai di Pekan Batu Kurau saya lihat balai polis dalam pembinaan, pembinaan bangunan baru menggantikan yang lama. Melihat Masjid yang tersergam indah, dah lama siap.

Kedai hardware Ah Gon dan Ah Tai telah bertukar dari bangunan kayu kepada bangunan batu tiga tingkat.Kedai Rapek dan kedai Melayu yang lain belum berubah, insyaAllah UMNO akan berjuang untuk orang Melayu.

Berhampiran Taman Hijrah batu 16, Pusat Serhenti giat di bina, membuat pembesaran, menambah bangunan sedia ada. Boleh tambah ramai lagi peserta selepas ni. Tapi sayang bukan nya Universiti..bila lah daerah Larut Matang dan Selama ini akan mempunyai Universiti...InsyaAllah UMNO akan perjuangkan..

Ada sedikit perubahan walaupon yang lain masih tak berubah,yang lain masih lagi mengekalkan standard 20 tahun yang lalu...InsyaAllah UMNO akan perjuangkan....

Dah banyak kereta, ramai anak rantau yang sampai, berderet kain rentang dari pemimpin dan parti politik menulis menyambut kepulangan anak rantau.Kain rentang ini berlawanan juga macam poster pilihanraya. Kalau kain rentang di buat sekali alangkah baik nya. Kehadiran Syawal sebagai tanda bermaaf-maafan, tunjukkan bersatu, bukan nya sengketa.

Pada hari sabtu saya ke pekan Batu Kurau, jalan Sesak teruk teruk, jam! Bermula dari pekan Jelai hingga ke batu Kurau. Ini Tanda nya ada kemajuan. Kemakmuran Malaysia sudah di kecapi oleh rakyat. Terima Kasih UMNO.....

Wakil Rakyat disini perlu melihat masalah kesesakan ini. Satu jalan penyelesaian perlu di rangka.Ini untuk mengelakkan kesesakan di lain masa. Sekiranya tiada pelan yang di buat percayalah di musim perayaan lain, kereta tak mampu lagi nak masuk Pekan Batu Kurau. Nak naik Pengangkutan Awam tak dak..nak bawak kereta sendiri Jalan Jam. Maka jalan kaki lah...

Hari Sabtu Batu Kurau Hujan lebat. Orang Batu Kurau dah tak heran dengan Hujan, kawasan larut adalah kawasan paling lembab dalam Malaysia. Hujan hari- hari, nak motong pon tak buleh kata dema... tetapi hujan kali ini memang lebat. Batu Kurau banjir, ramai peniaga kuih raya tepi jalan mengalami kerugian, begitu para peniaga pasar ramadan di tapak Pekan Selasa.

Dulu masa saya dok sekolah dato Kamaruddin, Batu Kurau tak pernah banjir, kalau saya tak tahu wallahualam, punca banjir ni kerana kecetekan sungai, kecetekan sungai berpunca daripada hakisan tanah merah. Tanah merah ni adalah kesan pembalakan yang halal dan yang haram. Tak percaya cuba google earth tenguk kawasan balak yang di tebang di kawasan ini.

Kesan dari pembalakan juga menyebabkan Air paip orang kampung sekitar Batu Kurau, air nya Merah. Orang kampung sini menggunakan air paip bukit. Orang Kampung kata air masyarakat. Bayar singgit sebulan. Air ini di buat atas dasar kemufakatan penduduk kampung. Tetapi Balak lah yang menjahanamkan punca air ini...InsayaAllah UMNO akan Tolong...

Orang kampung bukan nya tak teringgin nak masuk air paip kerajaan. Bayaran mula masuk yang mahal dan bil bulanan yang tinggi menjadi penyebab utama orang kampung tak masuk air paip ini. Sepatutnya taukey-taukey balak yang meraih untung tadi yang membayar harga mula masuk. Kerana tauwkey-tauwkey balak ini lah yang menjahanamkan punca air ini...UMNO pasti akan tolong...

Kecetekan sungai di kampung sekitar sini juga menjadi punca banjir. Kampung Sungai Ara, kampung Haji Mat Asek, kampung pulau damar, sudah mula di landa banjir. Mengikut cerita orang tua-tua yang umur 80 tahun ke atas, ini lah pengalaman pertama mereka, meredah banjir. Sepanjang mereka hidup disini walaupon kerap hujan tapi tak pernah di landa banjir, kawasan ini kawasan tinggi.

Ramai kawan-kawan yang sama keluar merantau telah sampai ke kampung. Ada yang dari Miri, dari tawau, dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Ramai yang menunggu untuk mengambil adik yang bersekolah berasrama penuh, ada juga yang menunggu untuk mengambil saudara mara yang pulang berhari raya.

Menunggu panggilan telefon, selepas itu perlu bergerak dari kampung ke stesen Bas Kamunting. Ini kerana Pekan Batu Kurau dan kawasan kampung sekitarnya tiada pengangkutan Awam. Dah 20 tahun, sejak kebankrapan Bas northen Malaya. Orang Kampung nak menyahut seruan kerajaan supaya menggunakan pengangkutan Awam tapi tak dak nak buat macam mana. Mengundi UMNO sejak dari sebelum Merdeka lagi......Insya Allah UMNO akan tolong..

Setelah mohon besar raja-raja melayu mengistiharkan tarikh hari raya, maka berayalah hari Ahad. Selepas Sembahyang sunat hari raya, berjalan lah kerumah sanak saudara dan rakan taulan.

Ramai yang bersembang pasal kemajuan kampung. Ramai yang seronok dengan kewujudan padang Futsal, dewan serbaguna di pantai besar. Ramai juga yang menyoalkan tentang projek kambus parit tali air untuk di jadikan jalan...tak tahu objektif..kalau jalan..jalan nak pergi kemana?..

Ramai sangat yang merungut tentang jalan masuk ke kampung, jalan kecik dan sempit sukar untuk berselisih. Sukar untuk berselisih bukan sahaja dengan kereta tapi juga dengan motorsikal. Terutama jalan masuk Kampung Kelian dalam dun kubu gajah yang mana Adun nya Dato' Seri Raja Ahmad.

Saya harap akan ada perubahan untuk raya yang akan datang........

2 comments:

hafiz said...

Salam Tebuan,

orang batu kurau kei..
heheh..banyak jugak komen dih
nak cerita satu2 pun payah..
kena dialog ngan kapten la..
semua tu ada sebabnya..pekan batu kuro..banjir, semua ada sebab tuh..
tentang pengankutan awam tu dari dulu amba perati..bukan tak moh buat..tapi tak buleh untung pong..
amba dulu pun dok naik bas..la ni budak2 naik motor dah..teksi, bas memang tak laku..masa bas last sekali amba naik sorang dua ja..lagu mana nak utung?

sekadar pendapat..
amba ni kira rasa juga zaman naik bas dulu..dok gi taiping jaya

M.Saad said...

Bas takdak,naik prevet sapu laaa...leh gak paklong KA20 caghi makan.Betul gak kat hafiz....oghang yang nak naik bas dah kurang....Kami kat Selama nie pun bas Blue Ribbon yang dok lalu p ulu selama pon hidup segan mati bila tak tau. Drebar dia (toke dia gak laaa) kadang2 tu berenti kat Rantau Panjang, bukan apa kutip kotak atau tin minuman.Nak tambah duit kata apek tuuu.
Kami kat Selama pun jem gak terutama hari ghaya kita dan ghaya cina.Haghi lain biasa ajelaaa....
Apapun, UMNO akan bantu.