Tuesday, October 6, 2009

Mat Rempit !!! Ketua Mu Di Pukul

Di doakan semoga Datuk Azeez berada di dalam keadaan sihat. Harap mampu untuk beliau menyuapkan nasi ke mulut. Mampu untuk beliau meneguk air dan mampu juga untuk beliau membuang air.

Di khuatiri dengan kecederaan sebegini dan juga kurang selera makan akan bertambah mudarat lagi keadaan Datuk Azeez.Kurang selera makan boleh menyebabkan tubuh badan menjadi susut.

Kesian kecederaan nampaknya parah. Tiada kah sesiapa yang sudi menolong beliau semasa di pukul. Kemana pergi nya Mat Rempit semua, mengapa tidak muncul dan membantu Datuk Azeez. Tak setia pada ketua kerr.... Jangan lupa jasa ketua, membawa anda terjun di kutub utara.

Kalau di lihat dalam lumba haram, Mat Rempit mempunyai semangat setia kawan yang tinggi, sanggup bekorban demi kawan. Kalau dapat santapan di kenduri bersama. Kalau bergaduh, mesti panggil geng. Malah ada satu kes di Pulau Pinang, maaf kalau silap, mat rempit sanggup bergaduh dengan polis kerana kawan....

Tapi kali ini amat berbeza, bos mereka kena pukul, sampai lebam, sampai masuk hospital, kepala tak boleh geleng-geleng tetapi ke manakah Mat Rempit pergi. Mat Rempit tak datang membantu.Sepatutnya berbondong-bondong Mat Rempit datang menuntut bela.Mereka sepatutnya cari yang punya angkara sampai ke lubang cacing...

Ohhh!!! Mat Rempit kasihani lah ketua anda...dia sudah tidak boleh geleng-geleng lagi........

1 comment:

Tok Pambu said...

Image UMNO akan semakin tercemar jika Isa Samad menang di DUN N31 Bagan Pinang.
Ini akan memberi makna bahawa UMNO mengamalkan dan menyokong RASUAH.
Isa Samad telah didapati bersalah dan di hukum kerana mengamalkan RASUAH dalam politik. Satu dunia sudah sure heboh tentang keburukan salah laku Isa Samad. Perbuatan nya ini telah sangat mencemarkan UMNO sehingga ramai rakyat telah menolak UMNO.

Amalan RASUAH sangat keji dan buruk, ianya bertentangan dengan semua ajaran agama termasuk islam. Ini kerana RASUAH boleh menghancurkan negara.

Adakah patut kita menjadikan seorang pengamal RASUAH sebagai pemimpin kita? Jika kita menyokong seorang pemimpin yang mengamalkan RASUAH, bermakna kita telah menyokong RASUAH juga.

Marilah kita perangi RASUAH, kita tolak pemimpin yang mengamalkan RASUAH.
UMNO masih kotor dan tercemar dengan RASUAH