Monday, April 12, 2010

Kekalahan BN Di Hulu Selangor Bakal Pulih Imej Pak Lah?

Teka-teki mengenai calon yang bakal mengisi kerusi Parlimen hulu Selangor terus bermain. Pakatan Rakyat menunggu Barisan Nasional, manakala Barisan Nasioanl serba salah. Tempat mejoriti Kaum Melayu nak di letakan wakil kaum India. Kalau lah situasi ni berlaku dekat negara India agak-agak mereka nak bagi tak? Mungkin mereka fikir kaum Melayu hulu tak berapa nak cerdik kut dalam hal-hal calon ni. Kalau letak tongkoi kayu pon mereka undi.

Ini adalah PRK yang berlaku selepas setahun Dato Seri Najib mengambil alih pemerintahan dari Tun Abdullah Hj.Ahmad. Kekalahan teruk Barisan Nasional pada PRU 12 terus di lemparkan ke atas batu jembala datuk Seri Abdullah Hj.Ahmad yang menjadi menteri perdana ketika itu. Abdullah yang berhenti atas desakan ketika itu terpaksa mengheret sekali bangkai kekalahan tersebut. Imej Abdullah sangat teruk tercemar atas kekalahan besar tersebut. Semua yang berlaku adalah kesalahan Pak Lah.

Menamatkan Pak Lah dari anjung kuasa di rasakan mampu memulihkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Maka, kalau teori ini betul bermakna PRK Hulu Selangor adalah padang sebenar untuk membuat ukuran. Adakah penolakan rakyat kepada BN di sebabkan oleh kelemahan Pak Lah atau pon sebab generasi muda terasa tua bila berada bersama BN.

Pilihanraya Hulu Selangor akan menjadi cerminan untuk BN merangkul semula kemantapan pemerintahan negara ini. Kekalahan BN pada PRK kali ini pasti luka tersebut akan di heret ke Pru 13.

Namun bagi bekas menteri perdana yang di jadikan korban kerana kemerosotan undi BN, kekalahan BN di hulu Selangor pasti akan memulihkan imej nya yang tercalar.
Sama-samalah kita perhatikan.....

1 comment:

Daulah-alWatan said...

Zaman Pak Lah dah tamat...noktah.
Tak payah kaitkan lagi kerana semua rakyat sudah melupakannya.

Pak Lah membuat kesilapan dan dosa yang amat besar kepada agama, bangsa dan negara bersama-sama anak menatu dan kroninya.

Sekarang ini, Lebih baik Pak Lah berehat menikmati kekayaan yang telah diperolehinya. Jangan campur lagi urusan UMNO dan negara.

Itulah yang lebih baik untuknya.