Thursday, October 29, 2009

Bajet Perak : Apa Batu Kurau Dapat?

Pada Jumaat yang lepas bersamaan dengan 23 october 2009 Datuk Seri Najib Tun Razak selaku menteri kewangan membentang kan bajet di Parlimen. Bajet pertama Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri yang membawa gagasan 1 Malaysia.

Semalam Khamis 29 October 2009 Datuk Seri Dr.Zamri Abdul Kadir membentangkan bajet di Dewan Undangan Negeri Perak. Dr. Zamri membentangkan bajet dalam situasi sempang peranang dan raban teben nya politik di Perak. Ternyata Barisan Nasional di bawah kepimpinan beliau berjaya meluluskan bajet tersebut.

Bajet yang di bentang kan oleh Najib adalah bajet untuk membangunkan sebuah negara, manakala bajet yang di bentangkan Dr. Zamri adalah bajet untuk pembangunan Negeri Perak.

Saya selaku rakyat Negeri Perak.Sebagai rakyat tentulah saya berhak ke atas bajet ini. Saya amat berharap bajet untuk negeri Perak akan memberi impak kepada pembangunan Negeri Perak di samping menaikan taraf hidup rakyat negeri ini.

Saya adalah pengundi bagi DUN Batu Kurau di bawah Parlimen Larut. Di bawah Parlimen Larut ada tiga DUN. DUN Batu Kurau (Kapt.Najimudin) DUN Kubu Gajah (Dato Raja Ahmad Zainuddin) dan DUN Selama (Hj.Daud). Wakil Parlimen Larut ialah Datuk Hamzah (Timbalan Menteri Perumahan)
Saya sering melihat tempat saya ketinggalan dari arus pembangunan negara. Saya sering membandingkan tempat saya dengan tempat lain, saya sering membandingkan penduduk tempat saya dengan penduduk tempat lain.Saya sering membandingkan pemimpin tempat saya dengan pemimpin tempat lain. Saya membuat pembandingan ini kerana nak mencari perbezaan, nak mencari jawabpan mengapa tempat saya harus di tinggal kan dalam arus pembangunan negara.

Hendak kata tempat saya berlainan Parti dengan kerajaan pusat, itu adalah mustahil. Setahu saya orang tempat saya setia mengundi parti UMNO sejak dari Pilihanraya pertama lagi. Orang tempat saya akan berasa janggal kalau mengundi parti lain selain dari UMNO. Kalau UMNO meletak tunggul kayu pun mereka akan undi juga. Kerana mereka kata sekiranya tak undi UMNO Melayu akan hilang kuasa, bila tak undi UMNO orang Melayu berpecah. Betul ke cerita hantu ini saya tiada kepastian. Yang saya dapat pastikan tempat saya adalah tempat yang selamat untuk UMNO.

Walaupon sudah 52 tahun kemerdekaan negara, sudah 12 kali pilihanraya umum namum pembangunan di tempat saya masih jauh ketinggalan. Orang kampung saya masih setia menaiki kereta brek sapu untuk ke pekan Batu Kurau dan ke bandar Taiping. Orang Kampung saya juga terpaksa minum air tanah merah akibat kesan dari pembalakan. Orang kampung saya masih lagi melalui jalan sempit untuk masuk ke dalam kampung mereka.Orang kampung saya masih lagi memadam rumah terbakar dengan menjirus air pakai timba.Orang kampung saya masih lagi tak boleh nak menonton TV kerana siaran yang sungguh tak clear.

Tiada Bas. Tiada Bank selain dari Bank simpanan Nasional yang selalu 'Out Of Service'. Tiada balai bomba.Kadang kala saya sedih melihat mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik yang hendak pergi kursus haji di tepen, nak pergi menziarah orang sakit di hospital tepen nak membeli barang murah di Tesco. Kadang kala melihat mereka basah lenjun di sirami hujan kerana menunggang dan membonceng motorsikal untuk ke bandar tepen. Kata nya nak pergi tengok orang sakit. Siapa tak tahu tepen dan kawasan larut adalah kawasan paling banyak hujan.

Balak orang lain tebang, orang lain untung tetapi orang kampung lah yang terpaksa menangung kesan nya. Air paip menjadi merah, tangki air selalu terkambus dengan tanah merah, sungai menjadi kering akibat hakisan pasir dan tanah merah, banjir kilat selalu berlaku. Banjir kilat yang belaku dengan arus sungai yang kuat telah menghakis tebing sungai, maka banyak rumah orang kampung yang sedikit hampir dengan sungai menunggu masa untuk rebah kedalam sungai.

Memang Batu Kurau amat terkenal dengan Durian. Musim durian banyak orang berkunjung ke sini.Tetapi yang menjadi masalah kepada orang kampung bukan nya hendak memanjat bukit menebang rimba untuk menanam pokok durian, bukan nya hendak mengutip buah durian dan juga hendak membawa turun buah durian dari cerun bukit. Apa yang menjadi masalah kepada orang kampung ialah nak memasarkan buah durian.

Pada musim durian lah orang kampung mendapat sedikit pendapatan, pendapatan selain dari motong getah, colek pinang, atau pon panjat petai. Tetapi dengan harga yang di monopoli oleh tengah maka orang kampung lah yang menjadi mangsa. Buah durian di beli dengan harga yang murah.Bukan nya orang kampung tidak berusaha untuk bawa dan menjual di bandar tetapi mereka selalu merungut Pihak berkuasa Tempatan sering menyaman dan merampas buah durian yang di jual. Ke tidak mesraan PBT sering menjadi sebutan.

Saya dengar ada cadangan untuk membangun kan pekan Batu Kurau, tetapi mereka amat risau orang Melayu tak dapat beli rumah kedai tersebut, mereka risau orang Melayu tak dapat bersaing dalam ruang ekonomi di pekan Batu Kurau, dan orang Melayu akan ketinggalan. Malah ada pendapat yang dangkal mungkin di fikir oleh akal yang kontot mengatakan kalau orang cina ramai di Batu Kurau akan wujud cawangan DAP dan ini akan menghakis kuasa orang Melayu.

Apa guna orang Melayu mempunyai kuasa dan menjadi tuan sekiranya orang Melayu masih lagi naik brek sapu untuk ke pekan. Apa guna orang Melayu mempunyai kuasa sekiranya tayar lori cina pecah orang kampung dah tak boleh menjual durian. Malah kalau Cina Ah Wa tak bangun pagi (Sebelum subuh) dan bawa motor masuk kampung untuk membeli ayam dan pinang, saya rasa akan ada juga budak kampung yang tak boleh pergi ke sekolah kerana tiada duit tambang bas, walaupun kita tahu Ah Wa juga beli katak, kura-kura, lelabi, ular sawa, musang. Kadang-kala agak jangal bila kita sebut tentang orang Melayu berkuasa tetapi bila Ah Wa tak mari pon anak kita dah tak leh gi sekolah.

Saya juga selalu masuk hulu kampung, macam kampung hulu seputih, kampung maamur dan kampung-kampung lain. Saya selalu bergebang dengan pak long-pak long dan mak long- mak long. Mereka selalu mengadu TV rumah dema tak leh nak tengok, puas pasang ariel puas pusing ariel tapi dok lagu tu juga, nak pasang astro tak mampu, bukan apa pak long nak dengar berita jeehhh. Kalau tak percaya tanya tok naib kadi Pantai Besar Tv rumah dia kalau tak pasang astro boleh tengok ka tidak.

Sebelum aidilfitri hari tu saya tengok ada rumah orang kampung Relang terbakar. Sebelum ini pon saya pernah lihat ada dua tiga buah rumah yang terbakar. Memang jauh balai bomba di bandar Taiping dengan Kampung Relang. Malah kalau Pekan Batu Kurau terbakar pon Bomba Taiping tak mampu nak selamatkan. Elok nya balai Bomba di buat di pekan Jelai.

Elok nya dirikan lah balai Bomba Batu Kurau atau pon pekan Jelai kerana kita kan orang Melayu yang berkuasa nak jaga harta orang Melayu, kalau di Bandar Taiping itu bukan kah nak jaga harta habuk Cina, kita kan pejuang Melayu, tanpa kita Melayu akan hilang kuasa, bila tak undi kita Melayu berpecah, Melayu tak bersatu, Melayu akan hilang kuasa. Apakah Melayu hanya bersatu bila undi UMNO? Melayu tak bersatu bila undi PAS/PKR/DAP.

Saya amat berharap dengan pembentangan bajet untuk Negeri Perak, akan mengheret sedikit peruntukan tersebut untuk kemudahan orang kampung yang sentiasa setia mengundi UMNO. Jangan lah pemimpin UMNO lupa, kerana di khuatiri nanti orang Kampung yang bergenarasi muda akan lupa untuk mengundi UMNO dalam PRU 13 nanti.

Di sini ada sedikit persoalan dari saya :

1. Apakah ada peruntukan untuk pelebaran jalan masuk kampung, seperti jalan masuk kampung Kelian bawah Dun Kubu Gajah

2. Apakah ada peruntukan untuk pemasangan paip air percuma untuk penduduk kampung yang mana bekalan air bukit telah di rosakan oleh pembalakan.

3. Apakah kerajaan Negeri akan menanggung separuh Bayaran Bil air, untuk penduduk kampung kerana terpaksa menanggung kesan kerosakan punca Air.

4. Apakah kerjaan Negeri Akan membina kemudahan Infrastruktur2, seperti menyusun kedai-kedai untuk pekan Selasa supaya nampak lebih Kemas dan teratur supaya menarik minat org bekunjung.

5. Apakah kerajaan menyediakan peruntukan untuk para peniaga kecil, supaya mereka lebih berdaya saing.

6. Apakah peruntukan biasiswa untuk anak negeri Perak yang cemerlang di tambah atau pon di kurang kan.

7. Apakah kerjaan negeri memberi peruntukan untuk mengadakan/ menaik taraf kemudahan jalur lebar di kawasan luar bandar.

8. Apakah ada peruntukan untuk menaik taraf/mengadakan perkhidmatan pengangkutan awam yang baik, untuk penduduk batu Kurau Khas nya dan negeri Perak am nya.

9. Apakah ada peruntukan yang akan di beri kan kepada penanam-penanam durian di batu kurau, bila harga buah jatuh menjunam.

10. Apakah kerajaan Negeri akan menyedia kan satu tapak kemudahan berniaga bagi pekebun-pekebun ini,

11. apakah kerajaan negeri bersedia untuk memasukkan kawasan batu kurau kedalam kalender pelancongan sebagai kawasan durian.

12. Apakah ada peruntukan untuk mendirikan/ menambah/ memperbaiki perpustakan desa.



5 comments:

pejuang/// said...

Salam sahabat..,
Terima kasih atas soalan itu. Saya terharu kerana saudara adalah antara bloggers yang artikel dikeluarkan dalam blog saudara adalah artikel berbentuk pembangunan masyarakat, bukan untuk kepentingan peribadi.

Apa pun saudara, soalan itu saya rasa adalah lebih baik saudara panjangkan ke blong YAB Dato' Seri Zambri. Tapi secara ringkas semua daerah dalam negeri Perak akan mendapat peruntukan. Tiada pengecualian.

Wasalam,,,,,,,

tabuan said...

salam pejuang...terima kasih kerana membaca..

Insyaallah saya akan panjangkan kepada dr.Zamri, tapi saya harus lengkap dengan data sekali.

rizuan mh said...

salam orang Batu Kurau.

saya setuju dgn saudara..pembangunan di kawasan kita masih jauh ketinggalan walhal daerah2 inilah yang tak pernah gagal memberikan kemenangan kpd UMNO dan BN..inilah uniknya orang2 di kawasan kita.tetap berpegang kpd pejuangan. kalau disemak dari sudut sejarah perjuangan kemerdekaan pun kita akan menemui fata yang sama.justeru saya setuju sekiranya kerajaan yg ada sekarang memberikan fokus yang sewajarnya kepada ketiga-tiga daerah ini..sejak dari zaman Haji Hussein lagi misalnya, Selama mengalami pertumbuhan yang sangat perlahan baik dari sudut ekonomi, sosial dan infrasruktur lain..kawasan peranginan juga banyak dan menarik tetapi masih gagal diserlahkan.adakah kerana lokasinya yg terlalu ke hulu? saya tdk nampak kerana pelancong asing pun pernah datang berkayak di Lata Rambog dalam kawasan Selama. Semua ini adalah tanggungjawab yg harus dipikul oleh YB2 kita dan juga agnesi2 kerajaan yg lain untuk membangunkan daerah2 istimewa ini..

apa2 pun saya berharap saudara akan terus update berita tentang kawasan kita.saya jarang berada di kampung dan selalu tercari-cari sumber alternatif spt blog saudara yang indie dan telus. syukur kerana terjumpa di blog Dato Raja.

teruskan perjuangan.

salam dari org Selama.

tabuan said...

W/salam..selamat melawat blog saya..
saya akan sentiasa menulis untuk kawasan kita,.

Saya tak mahu kawasan ketinggalan dari arus pembangunan negara apabila malaysia mecapai status negara maju.

Saya akan rasa amat sedih sekiranya pada masa malaysia mengecapi negara maju, orang kampung kita masih lagi naik kereta sapu, dan terus ketinggalan dari arus pembangunan negara

Ahmad Nazir Haji Yusuf said...
This comment has been removed by the author.