Monday, April 25, 2011

Ini Sudah Gila: Apabila Cina Kena Marah Kerana Tak Mahu Baca Utusan

PERKASA berdemo depan pejabat MCA

Kira-kira 50 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhimpun di depan ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur bagi membantah gesaan parti itu untuk memboikot Utusan Malaysia.

Mereka melaungkan slogan "Hidup Melayu", "Hidup Utusan Melayu" dan bertakbir selain membawa poster bertulis "MCA jangan main api".

Menganggap akhbar itu sebagai pembela orang Melayu, Setiausaha PERKASA Syed Hassan Syed Ali berkata perhimpunan itu diadakan kerana MCA terus menyentuh sensetiviti kaum itu.

Ini sudah gila....walaupon gila ada macam-macam jenis gila.......

Ini gila tahap gaban.....

Kalau cina tak mahu baca nanyang siang pau..wajib la di marah..

Kalau cina tak mahu baca Sin Chew Daily....wajib di marah...

Kalau Cina tak mahu baca China Press..wajib di marah....

Ini di marah cina yang tak mahu baca Utusan Meloya.....kena marah

Ini macam marah Samy Vellu tak mahu baca Talkin.......

Ini macam marah Soi Lek tak mahu baca Kitab Jawi....

Ini macam suruh koh soo Koon Bersunat.......

Ini Kerja gila...........

Kehebatan Mata : Sembunyi Nampak Yang Terang Tak Nampak

Utusan hari ini di muka depan melaporkan Pulau Pinang lubuk judi. Taruhan jutaan ringgit sehari dan 59 di tahan seminggu. Ini lah gambaran oleh akhbar Utasan mengenai negeri Pulau Pinang yang di perintah oleh YAB Lim Guan ENG yang bukan beragama Islam.

Ya!! Lim Guan Eng bukan beragama Islam, dia memakan babi dan penyembah berhala. Ayah nya Lim Kit Siang juga begitu. Judi tidak haram bagi mereka.

Utusan cuba mengambarkan betapa buruknya pemerintahan Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang di penuhi dengan Judi. Haram judi kata utusan!!!

Di Ipoh ada padang untuk lumba kuda tetapi Lim Guan Eng tidak memerintah di sana. Dr Zamry seorang Islam yang tidak menyembah berhala dan makan babi memerintah di sana. Di Kamunting dan di Ipoh banyak kedai magnum, toto dan kuda. Di Batu kurau Dekat kedai basikal ada jual nombor dan di Jelai kedai pintu warna kuning ada juga jual nombor ekor.

Di Melaka datuk Ali Rustam memerintah walaupon susur galur Lim Guan Eng Berasal dari sana. Datuk Ali Rustam Seorang Melayu yang beragama Islam. Dia tidak menjamah babi walaupon di masjid tanah ada banyak ladang babi. Di melaka ada banyak kedai number ekor magnum, kuda dan toto.

Lim Guan Eng Juga tidak memerintah negeri pahang. Adnan Yaakob yang beragama islam memerintah di sana. Di atas bukit genting ada pusat judi kasino.

Dari Johor sampai Perlis ada beribu-ribu pusat judi Magnum kuda dan toto....Dari Kudat sampai Bau ada beribu kedai nombor ekor..

Tuesday, April 19, 2011

Sarawak : Untung Nya Rakyat

Sekejap hitam sekejap kuning, senyum pon tawar habeh itu lah muka PM Najib waktu berkempen di Sarawak. Berkampung Najib Dan TS Muhyiddin sampai seminggu di bumi Sarawak. Berkampung bukan untuk belajar menyumpit atau tarian sumazau tetapi untuk menawan hati rakyat Sarawak.

Kehulu- hilir mereka menjelajah dengan helikopter, kadang kala nak tunjuk susah naik lah sekejap boat penambang. Mereka berpecah Muhyiddin tak bersama Najib sewaktu berkempen manakala Taib pula di tidak di bawa sebagaimana selalu. Mungkin Taib tak selesa berkempen bersama mereka kerana dia berbini muda dan anak dara. Berbanding dengan janda sudah tentu ia jauh berbeza.

Ini lah penangan pilihanraya Negeri Sarawak ke-10. Makan tak lalu berak pon tak keluar, tidur laglah tak lena. Segala strategy mesti rancang, vedio sex, raja petra masih tak laku malah meraih simpati. Maka di angkutnya projek untuk di tabur janji.

Segala sungai yang di jumpai dan denai yang di lalaui di hadiahkan jambatan dan jalan raya. Ini cukup baik bagi negeri Sarawak. Sebuah negeri yang kaya tetapi rakyatnya papa kedana. Hasil hutan, hasil pekan, hasil bumi semua di sembat dan di rembat. Maka segala janji di tabur kan untuk menarik semula kepercayaan rakyat dan di terjemahkan dalam bentuk undi.

Bagi Rakyat Sarawak ia merupakan hadiah yang besar. Maka sudah semestinya mereka mengundi BN untuk kali ini. Tetapi ingat rakyat Sarawak jikalau mereka hanya memasang papan tanda projek tanpa perlaksanaan elok lah lima tahun lagi kamu usah percaya dengan janji mereka.

Monday, April 11, 2011

Sarawak : Pengundi Jangan Beri Keselesaan Kepada BN

Penamaan calon dan tempoh berkempen sudah mencecah lima hari. Dari blog ke blog yang banyak ialah isu vedio sex. Suasana di Sarawak dan kempen melalui blog agak kurang. Mungkin banyak blogger kurang akses dengan maklumat dari sana.

Negeri bumi Kenyalang adalah bumi yang terluas di dalam negara Malaysia, negeri yang kaya dengan hasil minyak nya. Menurut sejarah minyak yang mula di korek di Sarawak ialah pada tahun 1910. Negeri ini juga amat kaya dengan hasil balak selain pengeluar utama lada hitam.

Lebih 20 suku kaum mendiami bumi Kenyalang, dengan ke amanan serta keharmonian yang wujud di bumi kenyalang ini adalah satu petanda yang baik bahawa suku kaum nya saling hormat-menghormati dan bekerjasama.

Pada 16 april nanti bumi kenyalang akan mengadakan pilihanraya yang ke-10. Setelah 9 kali pilihanraya negeri di adakan menyaksikan barisan Nasional menjadi parti tunggal yang memerintah negeri Sarawak. Dalam Pilihanraya negeri yang lepas hanya 6 kerusi di menangi pembangkang.

Dulu pada 2006 setelah selesai penamaan calon, barisan nasional akan memenangi tidak kurang dari 10 kerusi dengan tanpa berlawan. kemenangan Free dan kerana calon tarik diri. Namun dalam penamaan calon baru-baru ini situasi sudah berubah.

Isu - isu Sarawak adalah tidak berkaitan dengan semenanjung dan juga vedio sex Ds Anawar. Di sana ialah isu tanah adat dan kemiskinan mereka yang selama 48 tahun berada di dalam Malaysia dan 30 tahun bersama Taib Mahmud yang berbini muda itu.

Kemiskinan dan kesusahan rakyat Sarawak yang berada di negeri yang kaya raya adalah menjanggalkan. Hasil bumi nya seperti minyak, gas, balak, hasil pertanian & perikanan adalah penyumbang utama kepada pendapatan negeri. Amat pelik rakyat miskin berada di dalam negeri yang kaya -raya. Mereka yang kaya raya hanya lah golongan yang menguruskan kekayaan ini. Golongan ini adalah mereka yang di pilih oleh rakyat sarawak di dalam pilihanraya.

Di kawasan pendalaman Sarawak, kebanyakan pendudk nya masih lagi membuang taik, mandi, membasuh dan mengangkut air di Sungai. Mereka masih lagi membeli barang yang mahal kerana kos pengangkutan yang tinggi. Namun mereka hanya melihat kayu balak di hanyut kan di sungai dan kawasan hutan mereka di cerobohi. Air sungai kemerahan. Namun hasil daripada duit balak itu mereka langsung tidak dapat nikmati.

Di dalam Pilihanraya kali ini rakyat Sarawak perlulah bermuhasabah, setakat hari ini apa pembangunan, janji dan juga keuntungan yang mereka dapat hasil dari pemerintahan Bariusan Nasional di negeri Sarawak. Mereka harus buat audit dan penilaiaan.

Orang Sarawak perlu sedar bagaimana hak mereka di rampas dan kekayaan negeri mereka di rompak. Sesuatu perlu di lakukan.

Pengundian yang di jalankan nanti turunlah membuang undi, berilah undi kepada parti dan calon yang anda suka tetapi janganlah beri keselesaan kepada mereka. Kerena keselesaan yang anda berikan kepada parti dan calon akan menyebabkan mereka jadi raja dan anda jadi kuli. Sekiranya anda memberikan mereka kedudukan yang was-was, seperti tarik tali, anda akan jadi raja dan mereka jadi kuli....Selamat mengundi

Thursday, March 31, 2011

Cili Kasi Taruk!!! Azli Keling Mana di Sebelah.......



Azli Shukri pemilik blog di sini boleh mengesahkan siapa Keling Balukang di sebelahnya....

CILI KASI TARUK!!! : Parpu Kari Penjilat Pungkok & Peminum Todi Tegar

Parpu Kari si penulis upahan Umno mencabar supaya di dedahkan siapa beliau. Parpu Kari Dada berbulu dan perut boroi, punggung tongek. Ada persamaan dengan dato T.



Bukan Jenis Melayu tetapi jenis keling murtad. Kalau tengok gaya badan kalau berak di jamban duduk boleh pecah jamban. Taik pulak mesti bertambun macam taik gajah.

Spesis ini kalau bawa pergi zoo mau harimau dan singa tersenyum lebar. Tapi tak pasti pulak Harimau ini lalu makan atau tidak si Parpu ini. Harimau tengok perut jenis isi benda haram jadah..mesti Harimau pon muntah.

Di upah roti canai sekeping dengan kuah parpu ..dia jilat pinggan dia tulis la merapu dan meraban....baca sini



Tetapi ingat ini bukan mamak tulen, ini keling paria padigal dari ulu banat negara India. Jenis pelahap todi....bila mabuk mula merapu dan meraban....


Friday, March 18, 2011

Selepas Mencirit Dari Berdebat Pemuda Umno Larut Terus Tak UpDate Blog

Kahkah..kesian pemuda Umno Larut apabila ketua nya yang lari mencirit dengan cabaran debat kepada Pemuda Pas tempoh hari sudah tidak Up date blog.

Ini Kita ketahui bahawa Ketua Pemuda Umno Larut ini tiada pengetahuan, tiada ilmu, dan tiada idea sebab itu kita lihat blog nya macam hempas nyok. Tiada tulis yang bernas yang penuh dengan idea yang baru. Kalau kita mengambil kira buku yang di bacanya barangkali sampai muka surat tiga.

Tiada idea dan tiada pengetahuan akan menyebabkan nya akan kalah Debat. Kerana kekuatan debat ialah kebernasan hujah di sahehkan dengan fakta.

Sekiranya nak menulis blog dengan hujah dan fakta pon tak boleh, tergagap apakah dia mampu untuk naik ke pentas dan berhujah dengan lawan.

Saturday, March 12, 2011

Tsunami di Jepun :Perarakan di Penang di batalkan

Perarakan membela Melayu yang bakal di adakan di komtar Pulau Pinang Pada 12 march (Sabtu) jam 3 petang hari INi di batalkan.

Pembatalan ini ekoran kejadian tsunami di Jepun dan langkah berjaga-jaga oleh Negara Indonesia. Pada 2004 kejadian tsunami di penang mengorbankan 86 orang.

Sehubungan dengan itu pihak penganjur menyarankan agar di tangguhkan dulu perhimpunan ini. Kerana ia untuk mengelak bahaya terkena kepada pihak yang hadir. Selain itu pihak pengajur juga ingin menghormati Negara Jepun yang sedang berdukacita di landa musibah tersebut.

Di khuatiri Perarakan tersebut akan menyinggung pelabor jepun yang banyak membuka kilang di negeri tersebut. harap dapat sebarkan.....sms kepada kawan-kawan

Wednesday, February 23, 2011

Malaysia perlu akal baru & bukan lagi akal Mahadey

Tun Mahathir memerintah Malaysia selama 22 tahun. Banyak jasa beliau kepada negara. Jasa yang baik harus di puji manakala yang tidak baik jangan lah di keji. Manusia ada juga melakukan kesilapan.

Selama 22 tahun umat melayu khas nya menelan bulat-bulat apa yang mahthir kata. Jarang umat melayu mengkritik beliau. Satu faktor mengapa ini terjadi kerana apa yang di buat oleh Madey bukan hanya melalui kata-kata, tetapi ia boleh di rasai dan di nikmati oleh rakyat.

Seni politik mahadey halus. Sukar di baca, seni nya lebih kurang mamak nasi kandar... dalam pusing-pusing dia kata 6 ringgit. Sebab itu kita menyaksikan sesiapa yang melawan Mahadir akan rebah tersungkur. Pak Lah yang di jadikan kambing hitam oleh beliau supaya beliau boleh di pandang cantek oleh org lain dengan memburukan pak lah. Pak Lah tersilap kerana tidak menjunjung Mahathir semasa hayat pemerintahan nya. Sepatutnya Pak lah memuji dan Memuja Mahathir.

Lihat sekarang Kerajaan Najib, Mahathir di usung dan di puja semula. Segala kata-kata Mahathir sewaktu mahu berhenti dahulu kununya "Dah lama dah" tak mahu dah terlibat dalam politik dan mahu berehat, saya dengar pesan mak saya supaya berhenti semasa org sedang suka sudah hilang. Kini kita lihat Mahathir lebih perdana menteri daripada Najib. Dia lah yang lebih sibuk... segala air liur yang keluar dari kerongkong nya di tadah bagaikan mutiara.

Terbaru ini kita dapat saksikan yang Mahathir sedang menyamak diri. Opps lalang beliau tidak terlibat, semasa pemerintahanya dia minta Isa di mansuhkan. Ini adalah bukti-bukti di mana dia sedang menyamak dan beristinjak. Ini di lakukan supaya diri nya nampak bersih dan pemerintahanya tidak zalim.

Hari ini Malaysia sudah 53 tahun Merdeka, lagi 9 tahun akan menempuh tahun 2020 di mana di janjikan Malaysia akan menjadi negara maju. Mahathir juga sudah meninggal tampuk kuasa selama 9 tahun. Sudah dua perdana menteri sesudah beliau.

Namun kini nampaknya umno dan pemerintah Malaysia masih guna akal Mahadey. Di kutip nya lagi. Sepatutnya kita sudah menggunakan akal lain lah pulak untuk membangunkan negara ini. Ini tak habis-habis akal Mahathir. Semalam di dalam berita di tunjukan Mahathir berkata lebuhraya tidak perlu di milik negarakan. Ini kerana ia akan membebankan kerajaan dan sudah pasti akan lebih teruk kerana tiada kerja penyelenggaraan dapat di buat kerana tidak mengutip tol.

Milik negara kan ini akan menyebabkan syarikat kroni Mahathir lingkup. Itu sahaja perlu faham. Kerajaan tetap mengutip tol, cuma dalam kadar yang tidak membebankan rakyat. Kerajaan boleh melantik syarikat GLC untuk mengawal dan meyelengara. Contoh macam TNB dan Telekom. Bagi kenderaan perdagangan seperti pengangkutan untuk barangan keperluan utama seperti gula, beras dan lain-lain kerajaan boleh mansuh kan tol untuk mereka dan ini sudah tentu harga barangan tersebut menjadi murah. Kerajaan juga senang hendak kontrol tawkey-tawkey ini.

Kalau kita melihat sekarang ini, kerajaan seolah-olah tiada kuasa langsung ke atas lebuh raya. Terpaksa menurut dan mengikut sahaja.

Maka untuk ada perubahan seperti di jana oleh datuk seri Najib dan rakyat merasa perubahan nya maka elok lah pemikiran Mahadey ini di tolak ketepi. Bawalah pemikiran baru, kearaha masa depan yang lebih cemerlang untuk Negara, UMNO dan Barisan Nasional. Kalau tidak kita fikir kita sedang melangkah ke depan rupanya kita sedang undur ke belakang.

Monday, February 21, 2011

Madey : Kuda Tua Yang Masih Gila Kuasa

Mahathir memerintah selama 22 tahun. Di masa pemerintahan beliau Ananda krisnan menjadi kaya raya kerana mendapat satelit, astro dan maxis. YTL juga mendapat tanah KTM sentul dan didirikan apartment mewah, dan ini menjadikan flat melayu di sekitar sentul seperti Flat Seri terengganu, seri pangkor sebagai flat melayu peminta sedekah di tanah sendiri. YTL juga mendapat lesen untuk membina penjana bebas IPP dengan Subsidi yang besar dari kerajaan. Subsidi tidak dipotong sepertimana subsidi kepada paktani dan nelayan. Mahathir juga memberi lesen judi kepada vicent tan.

Di dalam jawabpan nya kepada Nik Aziz beliau mengangkat Mustafa kamel atartuk sebagai tokoh Islam. Mustafa Kamel manusia yang menghapuskan sistem pemerintahan khalifah di bumi arab. Lihat lah umat Islam di Turki, mereka menjadi lebih barat daripada barat. Ini lah rasanya yang Mahatir mahu orang melayu jadi, kunun nya mengecapi kemajuan.

Mahathir semasa eranya banyak perpecahan orang melayu terjadi. Mahathirlah puncanya Tengku Razali menubuhkan parti semangat 46. Perpecahan besar bagi orang melayu. Begitu juga semasa krisis Anwar , orang belaan Mahathir. Dan yang terakhir Mahathir juga lah yang memecah belah kan orang Melayu supaya membenci Pak lah, orang yang di pilih oleh Mahathir sendiri.

Perpecahan paling besar pada tahun 2008. Mahathir sakit hati dan cemburu dengan menang besar Pak Lah pada 2004. Mahathir lah penghasut untuk memecah belah kan umat Melayu.

Sekarang kita lihat, kunun nya dulu masa nak berhenti mahathir kata dia nak berehat dari politik, nah sekarang lihat dia lebih sibuk daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Dia lah sibuk ke hulur-hilir melebihi perdana menteri.

Datuk Seri Najib tak pernah kata tok Guru Nik Aziz, dan mengajak kepada muafakat, tetapi Mahathir lah yang menolaknya kata nya nanti tiada cermin nak suluh muka umno....tetapi sekarang dia lah yang mengatakan PAS lah punca perpecahan orang melayu...tetapi sebenarnya dia lah mamak tongkang yang memecah belahkan melayu....

Thursday, February 17, 2011

Kes Liwat : Tindakan lebih cerdik daripada zaman Madey dulu


Dulu pergi Mahkhamah bawak Tilam....
Kaji-kaji rupanya melayu ini tak bodoh lagi...masih boleh fikir...
Ingatkan melayu tak pernah tidur di hotel mewah.....
Rupanya melayu pernah tidur di hotel... dan tahu tilam di hotel di lapik cadar....
Bila ada lapik cadar mana mungkin air mani boleh tembus....
Bila lapik cadar mana mungkin bulu pungkok munawar boleh melekat...
Akhirnya Madey terkantoi.........
Kesian pulis jenuh usung tilam.......hapak lagi busuk...

Tindakan Cedik sikit kali ini.................

Liwat II: Bulu, seluar dalam, cadar dikemukakan

3.00pm: Dr Seah berkata ujian DNA pada calitan kapas B5 pula (dari kawasan peri annal) menunjukkan ia milik Saiful dan campuran DNA termasuk Saiful, lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki.

2.50pm: “Tiada profil DNA pada calitan B, B1, B2, B3, B4 dan B6,” kata Dr Seah.

Menurutnya, tompokan pertama air mani daripada seluar dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful. Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA. Satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidaak dikenali dan dilabelnya sebagai “lelaki Y”.

2.45pm: Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.

2.40pm:
Mahakamah bersambung semula dengan Dr Seah mengambil tempatnya di kandang saksi.

1.04pm: Laporan kimia itu juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan berkata ia akan disambung pada jam 2.30 petang.

12.43pm: Dr Seah berkata dua ujian dijalankan ke atas tompokan spesimen B - iaitu ujian PSA dan ujian menentukan kehadiran sperma.

Tiga ujian dilakukan pada kesan tompokan mani - iaitu ujian asid phosphosate, PSA dan ujian kehadiran sperma.

12.38pm:
Dr Seah berkata beliau berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan dan juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.

12.34pm:
Doktor itu juga menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan.

12.29pm: Dr Seah berkata beliau hanya mengetahui lokasi calitan kapas diambil berdasarkan tanda-tanda yang dibuat. Antaranya:

Calitan B5 yang ditanda P36 ialah kawasan sekitar peri-anal atau dubur.

Calitan kapas B7 dan B 39 yang ditanda P38 dan P 39, masing-masing adalah sekitar dubur atas manakala calitan B9 yang dilabel sebagai P40 adalah di kawasan sekitar dubur bawah.

12.23pm: Dr Seah menyambung keterangan dan berkata ujian DNA dimulakannya pada 1 Julai 2008. Ujian kedua pula dilakukan pada hari keesokannya.

Katanya, analisis DNA itu selesai pada 5 Julai 2008 dan hasilnya beliau mendapati kesan air mani pada calitan kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9.

12.20pm: Mahkamah diberitahu semua barangan termasuk permaidani dan selimut disimpan di bilik sejuk Jabatan Kimia.

12.17pm: Dr Seah berkata ujian toksilogi dilakukan oleh seorang ahli kimia toksilogi,AP Mohan.

12.12pm: Mahkamah bersambung semula. Turut hadir hari ini adalah bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan ahli parlimen Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff.

11.37am: DPP Noorin memohon mahkamah untuk rehat seketika. Hakim Zabidin bersetuju dan meminta semua pihak masuk semula pada tengahari.

11.32am: Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Anwar dari tempatnya memerhatikan sampul surat yang berisi cadar itu dibuka. Menurut Dr Seah bungkusan itu dihantar ke jabatannya dengan tanda keselamatan polis.

Setelah memeriksanya, ia dibungkus semula dan ditandakan dengan mohor Jabatan Kimia.

11.28am: Selain pakaian Saiful yang lain seperti, baju hijau jenama G2000, turut ditawarkan sebagai bahan bukti adalaghpermaidani pelbagai warna yang disita oleh Jabatan Kimia.

11.17am: Satu lagi seluar dalam yang juga dipercayai kepunyaan Saiful turut dikenal pasti. Semua bahan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah sampul.

11.14am: Seluar dalam Saiful yang berjenama Levi's pula dikenal-pasti. Seluar dalam ini telah dikemukakan sebagai bahan bukti.

Ketika ini, Wan Azizah dilihat menundukkan kepalanya, manakala Anwar sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.

11.10am: Kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren yang digunakan oleh Saiful pula dikemukakan.

11.04am: Sepasang seluar hitam (tanpa jenama) yang dipercayai yang digunakan oleh Saiful juga dikemukakan sebagai bahan bukti.

Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.

11.02am: Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan.

"Macam mana Dr Seah tahu perkara tersebut?" soalnya.

DPP Noorin berkata ia berdasarkan laporan doktor itu.

Sankara berkata ia sepatutnya ditanda sebagai segumpalan rambut.

10.59am: Bahan-bahan bukti, termasuk bulu kemaluan kini sedang ditandakan. Ketika proses itu, DPP Noorin, peguam Ram Karpal dan Sankara Nair semuanya memakai sarung tangan getah.

Dr Brian Mc Donald yang duduk di antara Sankara dan Ram memerhatikan perkembangan itu.

10.27am: Semua sampul yang bertanda B1 hingga B11 yang dipercayai mengandungi calitan kapas, di mana spesimen diambil ditandakan sebagai bahan bukti.

10.15am: Menurut Seah beliau menerima bungkusan berkenaan daripada DSP Jude Blacious Pereira. Seah kemudian mengena-pasti pegawai polis itu dan juga bungkusan tersebut.

10.08am: Hakim Zabidin membuat keputusan yang memihak pihak pembelaan bahawa dokumen (borang kedua Pol 21) yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit.

10.06am: Mahkamah bersidang semula.

Mahathir Sudah Nya yu..........

Tun Mahathir adalah negarawan. Dia sudah pon keluar dari pentas politik negara tetapi kini beliau di lihat lebih susah hati berbanding Datuk Seri Mohd Najib dengan nasib Parti UMNo. Mengapa??

Beliau berkata sekarang melayu dalam di lemma dengan nasib mereka. Apakag betul kata Mahathir ini. Selama 50 tahun UMNO berkuasa apakah nasib melayu terbela. Atau hanya melayu-melayu tertentu sahaja yang melimpah ruah kekayaan nya.

Mari kita lihat...5o tahun Melayu berkuasa

Lima Puluh tahun Melayu berkuasa.....Lim kuan yew dapat Tanah Singapura...........

Lima Puluh tahun Melayu berkuasa..........Singapura menjadi luas.... hasil tambak Pasir dari Johor.......

Lima Puluh tahun Melayu berkuasa.....Singapura beli air 3sen dan jual balik 50sen........

Lima puluh tahun Melayu berkuasa.........Lim kuan yew dapat Pulau Batu Putih..........

Lima Puluh Tahun Melayu berkuasa .......Lim Kuan Yew dapaT Tanah KTM.............

Lima puluh Tahun Melayu berkuasa.......Melayu amat Takut nak bina Jambatan di atas tanah sendiri.............

Lima puluh tahun Melayu berkuasa.... Vincent Tan dapat lesen judi.....vincent Tan menjadi kaya raya....Melayu terus ternga-nga...

Lima puluh tahun Melayu berkuasa.......Anananda dapat Satelit Measat....Ananda dapat Astro... Ananda dapat Maxis......Anananda kaya raya...........melayu Nga-nga...

Lima puluh tahun Melayu berkuasa ......Lim Goh Tong dapat bukit Genting....Lim Goh Tong seketurunan kaya raya...Melayu terus Nga-nga....

Lima Puluh tahun Melayu Berkuasa.........YTL.. dapat tanah KTM Sentul... Bina apartment Mewah....Melayu Flat Sentul...Melayu Flat Seri Kelantan....Melopong...

Lima Puluh Tahun Melayu Berkuasa.....YTL dapat bina penjana bebas IPP....YTL dapat subsidi gas tanpa satu sen pon di potong...... YTL kaya raya....Melayu Pak tani dengan melayu nelayan yang kena potong dan tanggung subsidi..............

Lima puluh Tahun Melayu Berkuasa.........Kampung Chu Badak...Kampung Abdullah Hukum....Kampung beremban..... Kampung Melayu batu Uban.... habis di rembat dan di berikan kepada Tawkey......Melayu pindah masuk bukit.........

Lima Puluh Tahun Melayu Berkuasa......di Petaling Street ada China Town.....di brickfields ada Little India.........Dimana Malay town....Dimana....Little Malay ? Melayu terus ternga-nga....

Lima Puluh Tahun Melayu berkuasa......Sekolah Cina Ada.....Sekolah India ada....Di mana sekolah Melayu?...........Melayu...terlopong.......

Lima Puluh Tahun Melayu Berkuasa.........Menteri Melayu Cium Keris pusaka warisan nenek moyang kena sujud mohon maaf..... tetapi Namawee... hina melayu....Soi lek hina Melayu.....Karam singh kata melayu bangsat... tak perlu mintak maaf...............oh Melayu terus ternga-nga..........

Lima Puluh Tahun Melayu berkuasa.....Melayu tulis Novel Interlok......kena mintak maaf....kena menanggis...........dan kena pinda penulisan............oh Melayu.....

Lima Puluh Tahun Melayu berkuasa....Melayu Felda dapat baja campur pasir.............

Lima Puluh Tahun Melayu berkuasa.......Melayu Felda terus tanggung hutang tanah............

Lima Puluh Tahun Melayu berkuasa.........Melayu Felda Tanam semula sawit Rm 8000/ekar tetapi Sime darby tanam 1 ekar Rm 3000........Melayu felda terus berhutang........

Lima puluh tahun Melayu berkuasa...........Melayu Felda jual sawit gred A di kira Buah gred C........ternga-nga lagi Melayu.....

Lima Puluh Tahun Melayu Berkuasa........Orang Melayu Batu Kurau terus Naik Kereta sapu........

Lima Puluh Tahun Melayu Berkuasa......Rumah Orang Melayu Batu Kurau terus terbakar kerana balai bomba yang jauh..........

Lima Puluh Tahun Melayu berkuasa.......Orang melayu lihat KLCC macam tengok ikan dlam balang ..........seorang melayu pon tak berpeluang berniaga.......

Lima Puluh tahun melayu berkuasa ...seorang melayu pon tak tahu siapa bapak madey...kahkahakha

Tuesday, February 1, 2011

Keyakinan Rakyat bertambah elok kerajaan Naik kan harga Minyak

Pilihanraya di DUN Tenang Barisan Nasional mendapat mandat yang besar daripada Rakyat. Kemenangan yang sangat selesa walaupon hujan lebat dan banjir. Tahniah Barisan Nasional.

Rakyat sangat tahu kerajaan BN sangat perihatin dengan nasib mereka. Sebab itu walaupon banjir melanda rakyat keluar juga mengundi demi untuk memenangkan calon BN.

Kemenangan Bn di Johor sudah di Jangka tetapi yang tidak di jangka ialah mejority yang besar. Dengan kemenangan ini eloklah BN mengambil beberapa tindakan drastik. Ini kerana rakyat sudah kembali percaya dan yakin dengan BN.

Pertama untuk membangunkan negara, elok kiranya BN menaikan harga barang keperluan asas seperti minyak bakar dan minyak masak. Ini penting kerana pengurangan subsidi kerajaan dapat berjimat dan najib dapat buat renovation rumah 65 juta.. ehh silap dapat mempertingkatkan kehidupan rakyat.

kedua, melaksana cukai GST, good service tax. Ini penting untuk menambah kantung negara, boleh lah Rusmah buat meeting 1st lady pulak 4.999 juta, ishh silap.. boleh lah kerajaan ganti kereta sapu di batu kurau dengan BAS. Kesian Husni Haznazilah berbueh mulut dok cakap pasal GST akhirnya Najib kata tak mau buat. perabih duit mesyuarat saja dan buat makmal sahaja.

Ketiga elok di lepaskan semula kes-kes pendakwaan rasuah ke atas pemimpin BN seperti kes PKFZ dan lain-lain, ini baik untuk BN supaya boleh menunjukan BN ini parti yang terbaik...

Wednesday, January 26, 2011

UMNO dulu PAs Sekarang, PAS sekarang Umno Dulu..

Hujung minggu ini para pengundi di Dun Tenang akan memilih wakil rakyat mereka. Mereka akan memilih sama ada Azhar atau cikgu Mala. Mereka akan memilih Barisan Nasional atau Pas. Ini lah Pilihanraya Kecil yang ke-16 untuk penggal ini selepas Pru ke-12 pada tahun 2008.

Banyak isu di Dun Tenang. Tetapi nampak Parti BN menyoruk dari isu besar tetapi menumpu kepada isu kecil. Mereka menyapu sampah yang besar ke bawah karpet. Isu-isu seperti masalah-masalah rakyat tentang kos sara hidup yang meningkat di kala melihat Rumah Pm di Seri Perdana di renovation 65juta. Isu Felda yang di timbulkan oleh Pengerusi ANAK. Selain itu isu Isteri PM yang merampas tugas menteri pendidikan.

UMNO hanya membawa isu tentang PAS yang meletak calun wanita, calun PAS tak mahu bersalam, PAS tanya sebab apa kedai cina jual arak dan menakut-nakutkan pengundi cina dengan hukum islam PAS dan idea negara Islam oleh PAS.

Menakut-nakutkan ini adalah kerja UMNO sejak dahulu kala lagi. Menakut-nakut kan Melayu kununnya akan hilang kuasa dan merempat di tanah air sendiri. Dengan harapan cerita hantu ini maka org Melayu akan takut dan menyukung UMNO. Akhirnya cerita hantu ini pecah terbarai bila PM Najib dalam persidangan agong UMNO mengingatkan orag Melayu bahawa jangan takut walaupon tak cukup 2/3 mejority org melayu tetap berkuasa, walaupon ribut taufan sekalipon, kecuali perlembagaan di ubah dan 9 raja-raja melayu yang di buang kuasa oleh UMNO pada 1993 bersetuju, maka barulah perlembagaan yang menetapkan org melayu jadi PM boleh di ubah.

Sekarang UMNO menakut-nakut org Cina dengan negara Islam dan hukum Islam PAS. Melalui lidah soi lek umno menyerang PAS. Pekara ini sebenarnya tak elok, pekara sebegini akan menyukar usaha dakwah dan boleh menyebabkan bukan Islam fobia terhadap agama Islam.

Sepatutnya di dalam hal sebegini PAS dan UMNO bersatu dan berdakwah di Dun Tenang. Menang Kalah itu bukan ukuran. Menang atau Kalah itu adat bertanding. Membawa orang bukan Islam untuk memahami Islam. Ingat kita sudah merdeka 53 tahun, dan selama 53 tahun UMNO berkawan dengan MCA dan Gerakan tetapi mereka masih lagi tidak memahami Islam.

Memahami Islam dengan masuk Islam dua perkara yang berbeza. Kalau mereka masuk islam Alhamdulillah. Kalau mereka memahami Islam maka mereka lebih menghormati kita. Tak payah susah nak bergaduh hal halal haram lagi. Ini tidak kita yang menyiksa mereka, tetapi kita tidak menjelaskan Islam yang sebenar kepada mereka. Kita hukum mereka 'apalah cina ni jemur ikan masin tetapi anjing duduk berguling atas ikan masin" atau ' Kuali lepas goreng babi goreng pulak sambal nasi lemak.

Kalau mereka memahami Islam, mereka pasti tak akan buat begitu. Maka kita juga yang senang. Kita lihat betapa mereka terpengaruh dengan agama kita, tetapi kita yang menjauh mereka, lihat bila tiba Ramadhan ada cina yang cuba berpuasa, mereka menghormati kita, tidak makan depan kita. Malah mereka terpengaruh untuk sama-sama bersedekah, lihat adun di selangor yang masuk masjid untuk menderma pada bulan Puasa. Maka di serang habis-hbisan oleh UMNO..kunun nya mintak sedekah org kafir. Ini mewujudkan islam fobia kepada mereka.

Saya memuji dato Seri Najib bila beliau nak bantu negara Amerika untuk mengatasi Islam Fobia di negara tersebut. Tetapi mulakan dulu di sini. Ajar puak-puak UMNO dulu...

Friday, January 21, 2011

Pilihanraya Kesukaan Rakyat Malaysia

Al-Fatihah untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54. semoga Allah swt memberikan pahala atas setiap kebaikan yang di buat dan mengampunkan dosanya.

Pilihanraya kecil akan muncul lagi walaupon penamaan calon di Dun Tenang masih belum bermula lagi. Segala hinggar binggar seperti upacara melaga lembu belum lagi berlangsung. Namun umpan sudah di tabur di kawasan tersebut. Tiba-tiba sahaja harga buah sawit meningkat di umun di kawasan DUN Tenang. Tiba-tiba sahaja harga buah sawit meningkat di umum dalam TV.

Speaker Dun Selangor Datuk Teng Chang Khim mengumunkan kerusi DUN Perlabuhan Kelang yang di wakili oleh Badrul Hisham Abdullah kosong. Ini kerana beliau tidak hadir bersidang selama enam bulan.Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

Dato Najib sebagai pengerusi Barisan Nasional di tanya tentang kemungkinan PRK di kawasan tersebut berkata BN akan mengkaji dari segi undang-undang. Sementara itu SPR berkata mereka belum menerima sebarang notis. Mengikut firasat dan ramalan saya PRK Dun pelabuhan Kelang akan di adakan kerana SPR boleh buat hari yang dengan Dun Merlimau, dan kalau adun Merlimau tidak meninggal dunia pasti SPR tak akan istihar Kerusi ini kosong. Tugas SPR ialah memastikan BN menang.

Sebelum ini Badrul juga mencetus sempang peranang apabila menang atas tiket PKR kemudian pada Oktober 2009 memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu. Selain itu isteri beliau Ramizah Mazlan, membuat tuntutan fasakh terhadapnya.

Kemeriah PRk di Malaysia sudah menjadi tawar hebeh. Setiap bulan ada sahaja PRK, agaknya ini hukuman tuhan kepada rakyat malaysia (terutama melayu) kerana sangat suka berpolitik. Dari mula Pilihanraya Umum hingga ke Pilihanraya umum pula, cerita, kesah, surah, politik tidak pernah habis. Tiada langsung cerita bagaimana nak maju kan diri sendiri.

Dalam kita memikir hukuman tuhan kepada kita, kalau di lihat secara mendalam ada hikmah nya juga. hikmah kepada rakyat. Setiap pekara yang pemerintah nak buat akan terbantut kerana adanya PRK. Perkara-perkara yang membebankan rakyat. Seperti kenaikan takrif elektrik, kenaikan harga minyak masak dan Goverment service tax akan terbantut. Tak boleh nak buat kerana takut kalah PRK.

Kita lihat PRK DUN Tenang, ternyata BN takut. Walaupon tempat tersebut tempat selamat tetapi BN takut sekali, ini kerana kawasan tersebut ada 5 buah Felda. Undi kaum Felda menjadi undi penentu.
Orang tua felda mungkin memberi undi kepada BN tetapi anak-anak Felda apakah mereka akan memberi undi kepada BN. Lihat sahaja pendedahan oleh pengerusi ANAK...tentang penipuan dalam Felda, sehingga hari ini FELDA tidak dapat memberi jawabpan. Setakat tukar pengerusi kepada pengerusi yang terbukti bersalah politik wang atau rasuah itu bukan nya nak bersihkan Felda tetapi nak tambah semak lagi.

Kalau mengikut pengkiraan harapan BN nak kalah di DUN tetang tidak mungkin tetapi mejority akan susut....

Thursday, January 20, 2011

pecah berita PRK Merlimau Melaka..........

Adun Merlimau di percayai sudah meninggal dunia kerana serangan sakit jantung.
Nampaknya PRK lagi kali yang ke-16...
Elok bik mama jadi calon...

Friday, January 14, 2011

Cabaran Debat : KP Umno Larut Patut Letak Jawatan & Gi Motong...

Perdebatan adalah penyubur demokrasi. Bercakap di belakang-belakang kunun nya hero itu adalah politik zaman kuno. Rakyat pada masa kini sudah berfikiran terbuka, mereka mampu menilai dengan akal yang waras. Mana hujah yang dangkal dan mana hujah yang bernas dapat di buat penilaian.

Hujah lawan hujah. Hujah bukan lawan tonjeng punggung tunjuk teloq. Berhujah secara matang dan professional adalah terbaik.

Mencabar orang dan kemudian lari bersembunyi dalam spenda adalah perbuatan terencat akal. Perbuatan sebegitu macam hanya berani berkokok di belakang, apabila bersua muka teloq sudah hilang.

Sebagai manusia bermaruah dan ada pendidikan saya fikir KP umno larut tidak harus memalukan UMNO di seluruh larut. Seluruh warga pemuda umno kawasan larut akan malu tujuh keturunan. Malah KP umno Larut juga akan malu sehingga bercucu cicit piut.

Nasi sudah menjadi bubur, maka untuk mengembalikan maruah Pemuda larut yang teruk tercemar dan busuk seperti bangkai ini maka saya menyeru kepada KP umno Larut supaya meletak jawatan. Ini bertujuan untuk mengembalikan maruah pemuda. Selain itu untuk menunjukan bahawa pemuda UMNO larut bukan keturunan bacul.

Saya harap KP umno Larut dapat fikir secara mendalam permintaan saya ini. Pergi lah buat kerja lain, nak makan persen cari tender kantin pon tak mengapa, janji maruah pemuda kawasan larut dapat di kembalikan..........

Tuesday, January 4, 2011

KP Pemuda UMNO Larut Taik Kucing...


Sah, baka Umno bukanlah baka yang berani berdepan secara jantan..mereka berdegar-degar di depan rakyat menerusi media kononnya mereka adalah 'bangsa' yang berani, pejuang rakyat dan tidak gentar dengan lawan..

Namun sah pemuda UMNO Larut taik kucing, penakut....bacul...

Ni baca cabaran debat dari KP taik kucin..

Friday, September 3, 2010

Respon Dari Blog Ustaz Kepada Komen Tabuan

Anda boleh baca di sini..(.komen saya) dan jawapan di sini...
Saya ucapakan terima kasih kepada Ustaz Misbah atas respon ini..

Monday, June 21, 2010

Anak Batu Kurau Pulang Lah Menabur Jasa

Ramai yang berkata kepada saya 'kritik memang senang tetapi cuba buat tengok". "Hang dok kat luar boleh la kami duduk dalam kami tahu la". Saya menerima apa yang mereka kata kepada saya. Pada saya, saya akan terus juga mengkritik dan mengatakan apa sahaja yang terbuku di hati saya. Saya tiada kepenting apa pon, saya tidak mendapat bayaran satu sen pon daripada mana-mana pihak. Saya juga tidak mendapat sebarang projek, sebarang tender, samada tender kantin sekolah, atau pon tender kambus parit tali air.

Saya cuma mahu melihat Batu Kurau tidak ketinggalan dari arus pembangunan negara. Saya juga tidak mahu melihat orang kampung saya di perbodohkan. Saya sangat sedih kalau saya mengetahui nya.

Saya melihat ramai anak wwarga Batu Kurau yang merantau di luar, ramai yang berjaya. Setahun sekali atau dua kali mereka akan pulang ke Batu Kurau. Biasa nya bila tiba musim perayaan atau pon durian che dema berbuah-buah (durian tok wan mereka berbuah).
Saya boleh melihat keramaian orang Batu Kurau di perantauan bila tiba hari Hari Raya dan hari raya tersebut jatuh hari rabu dan pada hari Selasa jalan akan jam dengan teruk sekali.

Bagi saya ini adalah satu kejayaan orang Batu Kurau, kejayaan dalam menghasilkan modal insan. Modal insan yang mengembeleng tenaga membangunkan negara.

Saya terfikir untuk mengajak anak-anak Batu Kurau yang berjaya di perantauan supaya kita balik membangunkan tempat kita. Kita curahkan idea dan sebagainya untuk membantu membangunkan tempat kita.