Tuesday, November 24, 2009

Lambang Satu Malaysia : KTM Komuter Bukan Formula One

KTM Komuter adalah rangkaian pengangkutan di bawah selian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Pengangkutan ini di lancarkan pada tahun 1995, sebagai salah satu pengangkutan darat dan bertujuan untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di ibu kota.

KTM komuter yang mempunyai rangkaian sepanjang 1
53km dan melalui 42 stesen dan di bahagikan kepada dua aliran. Aliran Sentul - Pelabuhan Kelang dan Aliran Rawang -Seremban. Pertukaran bagi kedua-dua aliran boleh di lakukan di Kuala Lumpur Sentral, stesen Keretapi lama, Bank Negara dan juga di Stesen Putra.

Setiap warga perlu bergerak, bergerak untuk mencari rezeki, bergerak untuk menunjukan bahawa jasad ini masih hidup, bila bergerak maka bergeraklah ekonomi. Warga Kuala Lumpur memang berbangga dengan bangunan pencakar langit, dengan tower-tower yang cahayanya berkelipan pada malam hari. Warga merasa bangga dengan kemajuan ini, dengan kemajuan yang di capai yang mampu meletakan Malaysia sebaris dengan negara-negara maju.

Kebanyakan warga yang memerah keringat di Ibu Kota bukan lah di beranakan di sini, uri mereka di tanam di tempat lain, tali pusat pon di potong di daerah lain, bidan yang menyambut pon bukan dari daerah sini.
Mereka datang berdagang, mereka datang mencari rezeki, mereka memerah keringat, membanting tulang di Bandaraya yang menjanjikan rezeki lumayan.

Dari ceruk kampung,dari felda dari estet mereka menuju ke Ibu Kota.Ibu Kota tempat semua bangsa, samada bangsa serumpun, bangsa yang di angkut ingg
eris, bangsa yang baru datang, atau pon bangsa yang menyuruk datang, mereka bersama, bersama mencari rezeki di Ibu Kota sebuah bandaraya.

Setiap hari berduyun-duyun warga kota yang bereb
ut-rebut menaiki KTM Komuter. Tolak-menolak, bersendat-sendat, bergesel-geselan adalah pekara biasa bagi para penumpang. Warga yang ada kad pengenalan, warga yang berpasport, warga yang bervisa, warga yang tiada apa-apa pengenalan sudah sinonim dengan pekara sebegini. Alah tegal bisa....


Setiap pagi, setiap petang, mereka perlu berebut gerabak Komuter, untuk balik, untuk pergi kerja. Ada Komuter yang bergerak dengan kuasa elektrik, ada yang di tarik oleh engine lokomotif, ada yang Keretapi tapi bertugas sebagai komuter.
Sesak yang menyesakan. Sememang nya warga yang menumpang komuter setiap hari tidak berpuas hati, marah di pendam kesum
at di dalam hati. Tetapi kepada siapa hendak di luahkan.

Memang Komuter melambangkan semangat
Satu Malaysia, kalau nak tengok bagaimana rakyat satu Malaysia bersatu, lihat lah KTM Komuter. Lihat lah bagaimana mereka menaiki komuter, bersatu rapat dan padat di dalam komuter. Di sini lah Semangat Satu Malaysia yang di canang Dato Seri Najib sewaktu mengambil alih seri perdana, Di sini lah permulaan yang baik untuk Satu Malaysia, bukan nya di sekolah, bukan nya satu sekolah, dan bukan nya Formula
One yang meranap berjuta wang negara.

Di sini lah di KTM Komuter lah semangat satu Malaysia bermula dan menyala. Najib sudah lewat sebenar nya untuk semanga
t satu Malaysia, semangat satu Malaysia di KTM Komuter sudah bermula sekian lama.

Malah kalau Tan Sri Muhiyiddin mengambil alih nanti dan beliau bermimpi untuk membawa semangat atau slogan Satu Asia, beliau juga boleh menggunakan KTM Komuter juga, kerana bukan sahaja rakyat malaysia bersesak di dalam KTM Komuter tetapi ramai warga asia turut serta, dari Nepal hingga ke Bangla, dari India hingga ke China Doll dari Philipine hingga ke Myanmar, menjadi tukang tolak dan tukang sendat dan rapat. Tanya lah Warga satu Malaysia mereka sudah sebati dengan harum bau mat bangla, mereka sudah sinonim dengan geselan Mat Bangla. Sudah tiada beza antara bau nasi lemak antarabangsa dengan bau mat bangla.

Ini lah warga kita, yang menyahut semangat satu Malaysia. Mereka yang menyumbang kepada negara, mereka lah yang memerah keringat pagi, petang siang dan malam membangunkan Ibu Kota, mereka lah yang menghayati, mendalami, melaksanakan semangat satu Malaysia dengan menumpang KTM Komuter, tetapi kereta Formula One di katakan lambang Satu Malaysia. Ternyata Dato Seri Najib Melakukan kesilapan yang Besar. KTM komuter lah lambang satu Malaysia.

Tiada upaya pak cik penoreh getah, tiada upaya mak cik felda, untuk membeli tiket formula One, tiada upaya pak cik sawah Jitra nak duduk kerusi penonton. Mereka tak mampu untuk berada di situ. Tetapi mereka mampu untuk naik KTM komuter bila melawat anak menantu yang bekerja di Ibu Kota, tetapi mereka perlu mengharung pekara yang sama, perlu di tolak dan di sendat kan untuk melambang Warga satu Malaysia memang bersatu, bersatu di dalam KTM Komuter.