Monday, October 24, 2011

Pulau Pinang : DAP Bagi Rumah 500K Kepada Sembilan Keluarga Melayu

Berita Yang Menakutkan UMNO Tanjung & Blogger Pencacai UMNO...


Ingatkah lagi anda tentang Kes Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Kes yang di pergunakan oleh UMNO untuk menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat.

Pada malam hari berita ini di jual oleh Tv3 suku dan pada siang hari di siar oleh akhbar Utusan Meloya. Berita dengan tujuan untuk memburukan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Tiada tujuan lain berita ini selain untuk terus memperbodohkan Umat Melayu dan terus menambah kebangangan tahap tolol kepada ahli pendokong United Malayan Nation Organition (Umnok).

Ketakutan wajib terus di tanam dalam hati Umat Melayu agar mereka akan terus menyokong gerombolan UMNOK.

Namun kisah sebenar mereka tak ketahui bahawa Kerajaan Barisan Nasional di bawah Gerakan "Koh Soo Kon : lah yang telah menjual tanah ini kepada Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan dengan diskaun 50%.


Keputusan mereka lah yang menyebabkan peristiwa ini terjadi. Mereka makan kenyang berak mereka orang lain yang kena cuci. Kalau takat berak cicak itu masih lagi senang di cuci, tetapi ini berak babi, memang sukar di cuci, kerana ia perlu di samak.
Namun kini ada berita Gembira dari Kerajaan Pakatan Rakyat yang berjaya menolong penduduk di kampung ini. Mereka kini gembira bila mana kerajaan Negeri memberi rumah kepada mereka. Lihat berita dari Sinar Harian.



GEORGETOWN - Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.

“Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.

“Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.

“Saya harap penduduk gembira kerana penyerahan kunci dibuat tiga hari sebelum menyambut Deepavali,” katanya kepada media pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Taman Buah Pala, semalam.

Menurutnya, pihaknya dan beberapa individu lain antaranya Adun Sri Delima, S N Rayer, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh bersungguh-sungguh membela nasib penduduk kampung itu namun hampa berikutan sembilan penduduk lagi berkeras enggan menandatangani perjanjian penyerahan rumah baru.

“Pada 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah kampung ini adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka tidak suka, kita perlu terima bagi menghormati undang-undang.

“Namun Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju untuk mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana mereka menerima cadangan Kerajaan Negeri.

Setelah berunding, seramai 24 keluarga bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan namun sembilan lagi tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat janji kosong dan menipu,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama dua tahun akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua tingkat yang selesa untuk didiami bersama anak-anak.

“Selama ini saya hanya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas rumah saya dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan kunci rumah kepada semua penduduk kampung itu termasuk sembilan keluarga Melayu.

Kampung Melayu Tanjung Tokong Bagaimana?



Namun kita bertanya apakah Nasib Penduduk Kampung Tanjung Tokong, Tanah mereka juga di ambil oleh UDA, Syarikat milik Gerombolan UMNO. Apakah mereka akan di halau seperti lalat? atau mereka hanya di beri duit pampasan Rm 10K atau hanya di beri rumah Flat 700SF?

Namun kita amat tahu yang Gerombolan UMNO pasti tidak mampu menolong mereka. Ya!! kalau mampu mereka sudah lama menolong. Lihat lah masalah mereka sudah lama, sejak zaman BN memerintah lagi.

Tidak mampu! Ya ! tidak mampu, kita lihat Pakatan Rakyat baru 3 tahun memerintah sudah berjaya menolong penduduk kampung Buah Pala. Tetapi UMNO/ BN yang memerintah 50 tahun tak berjaya selesai kan masalah penduduk kampung Tanjung Tokong.

Ya!! sangat sedih nya ialah penduduk Kampung Tanjung Tokong 90% adalah berbangsa Melayu.Mereka Nelayan Miskin. Tetapi UMNO nyata dan Terang tidak mampu menolong.

Lihat sudah berapa kali Perdana Menteri Mohd Najid turun ke Pulau Pinang, sekali pun beliau tak jengah melawat penduduk Kampung Tanjung Tokong. Beliau hanya melawat Kampung Orang Cina seperti Air Itam, Padang Tembak & menghulurkan bantuan kepada Sekolah Cina.

Kewujudan UMNO Pulau Pinang sekarang tak lebih daripada "Tukang Salak" belaaan Gerakan sahaja. Mereka hanya akan menyalak dan menjerit terpekik di KOMTAR sahaja. Mereka tiada idea untuk menolong menyelesaikan masalah Orang Melayu Pulau Pinang terutamanya masalah penduduk kampung Melayu Tanjung Tokong.

Umnok lah yang menjadikan Orang Melayu Pengemis di bumi Melayu...

3 comments:

Anonymous said...

DAP DAN GERAKAN KEDUA 2 ADALAH PARTI CINA... SUDAH TENTU MEREKA AKAN UTAMAKAN ORANG CINA DAHULU... KG PALA MAJORITI ADALAH ORANG INDIA...HANYA 9 ORANG MELAYU...SEKARANG TIM KETUA MENTERI PULAU PINANG ADALAH ORANG MELAYU.. APA SI BALACI TU BUAT UNTUK ORANG MELAYU?.. TAKDER APER... HANYA MINTAK TAGIH UNDI SAHAJA... JADI JANGAN SALAHKAN...UMNO SAJA... SEKARANG AWAK ADER KUASA... BANTULAH!!!!!.. JANGAN HANYA PANDAI CAKAP... MAKIN HARI GERAI DAN PERNIAGAAN MELAYUDI PP MAKIN BANYAK DI ROBOHKAN...

Wayang Cina said...

Sembilan keluarga melayu je... kes beli jiwa! Dalam masa yg sama robohkan gerai2 perniagaan org2 melayu. Main wayang je lebey.

Anonymous said...

Tabuans ni gambar you tube..DAP robos Kedai Melayu...hang tengok..sampai pemandu jentolak pon pitam..

http://www.youtube.com/watch?v=JRc0LQsO3fU..