Tuesday, September 27, 2011

Najib Naik Bas & Orang Batu Kurau Naik Kereta Sapu

Buat pertama kalinya dalam siri menjelajah ke seluruh negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongan dibawa menaiki bas menelusuri jalan raya di Perak menuju ke destinasi yang telah diatur dalam lawatan kerjanya itu.

"Dulu naik kereta kali ini kita naik bas jumpa rakyat, mesejnya nak rasa bagaimana tidak ada protokol antara pemimpin dan rakyat.

"Tak boleh pisah antara satu sama lain dan ini akan bawa pemimpin dekat dengan rakyat,” katanya pada acara pertama lawatannya iaitu jamuan Aidilfitri bersama Perdana Menteri di Taman Soon Choon di sini.

Lawatan itu melibatkan perjalanan dari Ipoh sehingga ke Sungai Siput sejauh kira-kira 50 km di mana Perdana Menteri mendekati serta bermesra dengan rakyat berbilang kaum termasuk kaum Orang Asli di Lasah, Sungai Siput...




Beliau merasai kesusahan rakyat yang menaiki BAS. Lihat lah bagaimana di Pudu Raya apabila kita menaiki BAS. Dengan bising ulat tiket, bersesak-sesak dan berebut-rebut dan kadang kala kita di tipu oleh Ulat tiket.

Begitu juga susar nya pelajar yang tinggal di ulu kampung seperti di Kg Teras Ijok atau di Selama Perak menaiki Bas untuk ke sekolah atau pun pulang dari Asrama. Mereka berebut-rebut menaiki Bas Red Omnibus untuk ke Selama selepas itu bila sampai Selama kena tunggu Ayah atau sedara mara datang ambil. Tiada Pengangkutan awam ke tempat mereka.

Bagus la Dato Najib mengambikl inisiatif ini untuk merasai perit Jerih kesusahan Rakyat. Di Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi Bas percuma untuk kegunaan rakyat dari seberang untuk bekerja di Pulau Pinang.

Pakir kereta di seberang dan naik bas. Boleh jimat Tol dan minyak. Sebulan lebih kurang rm 300 dapat di jimatkan. Bagus lah juga bila Perdana Menteri UMNO juga berbuat begitu, menaiki bas untuk merasai perit Jerih rakyat.

Sewaktu lawatan ke Ipoh dia sudah naik bas. Molek lah kiranya Kapten Najimuddin Ilyas jemput perdana menteri untuk merasai naik kereta Brek Sapu pulak. Di batu Kurau kan banyak kereta Brek Sapu, boleh Datuk Seri Najib Merasai nya.

Isteri beliau Datin Rosmah pun boleh cuba sekali, tapi bila melalui kona-kona dekat kilang rotan tu dia turun dulu takut kereta senget ke tepi dan terbabas.

Pasti selepas itu orang Batu Kurau akan bertambah lagi undi UMNO, walaupon UMNO tak bawa pembangunan dan tolak Hukum Hudud. Boleh lah Kapten jemput Umi Halfida datang lagi Batu Kurau bagi Ceramah pasal kisah seks dan punggung Saipol...

Tengok lah betapa teruk dan sesak nya BAS yang DS Najib naik, selesa lagi Kereta Brek Sapu Orang Batu Kurau..tak gitu Kapten...

No comments: